Followers

Monday, February 14, 2011

KEK COKLAT KUKUS


Kek ni buat semalam untuk majlis baca Yassin. Aku dh blur tak tau nk buat apa last2 belasah buat kek ni. Tu pun dah last2 minute. Kukus pun tak sampai sejam sebab nak cepat...hehehe. Mula-mula masa buat tu cam konpius jgk, betul ke kek ni tak payah pukul smpai kembang ke apa. Main campur camtu jer. Tak sedap hati jer aku, ingat nk pukul jer la. Tp fikir balik, haissshhh kalau dh resepinya cakap cam tu, follow jer la kan... banyak songeh plak aku. Klu tak ikut camne nak tau apa bezanya. so, aku pun ikut la resepi ni. Bila dah siap....fulamak...sangat lembut la ini kek... mabelesss! Tak nyesal cuba. Tapi topping tu aku tak sempat buat sebab dah terlewat... hehehe...

Resepi ni aku copy dr blog K.Ummi Kuantan. K.Ummi plak ambik resepi ni dari buku 1 Hari 1 Resepi Chef Hanieliza . Nak tau camne buku tu, boleh tengok kt blog K.Lieza. Lagi bagus klu dapat buat collection kan. Kalau aku kt mesia, sure aku rembat satu.




KEK COKLAT KUKUS

Sumber Asal : Hanieliza's Cooking
Sumber (Copied): Ummi (Home Sweet Home)

Bahan A:-

  • 1 cawab susu cair (akak guna fresh milk) - ina guna fresh milk jgk
  • 1 cawan air
  • 1 cawan mentega cair
  • 2 cawan gula perang (akak letak 1 3/4 cwn je)


Bahan B:-

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan serbuk koko (*akak guna jenama Van Houten)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat

Bahan C (dikacau rata):-

  • 1 biji telor
  • 1 sudu teh esen vanila

Bahan Krim Coklat (Ganache):-

  • 1 cawan susu pekat
  • 2 sudu makan serbuk koko
  • 2 sudu makan mentega

Cara Membuat Kek:-

  1. Panaskan kukusan.
  2. Kacau semua bahan A di dalam mangkuk besar supaya sama rata dan sebati.
  3. Ayak bahan B dan masukkan ke dalam bahan A dengan perlahan-lahan. Kacau rata.
  4. Bahan C dipukul sikit dengan garfu dan masukkan ke dalam mangkuk adunan. Kacau lagi supaya adunan tidak bergentel.
  5. Lapik loyang dengan kertas baking (*akak guna loyang bulat 7 in) dan tuangkan adunan.
  6. Kukus selama 1 jam dengan api sederhana kecil (untuk mengelakkan kek pecah di permukaan) - memang betul..sikit jek merekahnya dan permukaan pun rata. (akak balut penutup kukusan dengan kain semaasa mengukus kek)
  7. Hiaskan dengan krim coklat dan taburan chocolate rice.

Cara Membuat Krim Coklat:-

  1. Masukkan susu pekat manis dan serbuk koko ke dalam bekas tahan panas. Kacau rata.
  2. Panaskan dengan api sederhana. Kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan mentega dan kacau rata sekali lagi.
  4. Tutup api dan kacau lagi hingga sebati.
  5. Tunggu hingga sejuk sedikit dan tuangkan di atas kek.

4 comments:

  1. Kak ina... Mahalnya sewa rumah kat sana ek.. Fuh mmg dasat. Tu kek ni namapk sedap tul.. Masuk list nak cube jugak ni... Mekasih kak.. Moist ke kek ni?

    ReplyDelete
  2. sedappnya kek coklat...
    mas suka...
    ada lagi ke kak..
    nak sikittt...

    ReplyDelete
  3. @Izah,
    mmg mahal sewa rumah sbb fully furnished. tp apartmentnya kecik cenonit jer....hehehe.

    kek ni mcm kek coklat yg lain jgk...tp lembuuut gitew... best tau!


    @Mas,
    ada lagi seketul ni mas...saje la konon x nak makan banyak2 walau pun dalam hati tu tingin jer nk bedal 2-3 slices....hehehe...

    ReplyDelete
  4. sue dh rasa kek kak ina ni..mmg lazat menjilat bibir! abeh dua slice sue telan, abeh dietkuu...sia2 gi menari zumba ptg tu..hikhikk..;)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...