Followers

Sunday, February 06, 2011

MEE GORENG MAMAK



Lama betul tak makan mee. Kat sini memang takde mee yg boleh dimakan dengan yakinnya. Yang tak yakin tu berlambak la, hehehe. Ni mee yg si Husna buat. Aku ni tak penah lagi buat mee, mesin pasta pun takde. Mee goreng ni buat petang semalam, dah lewat dh lepas asar. Lepas tu malam konon nk update blog tp mood plak tak datang so sambung pagi ni la. Dulu masa kt Malaysia selalu buat mee goreng mamak sbb senang dan cepat. Resepi aku ambik kt buku masakan mee klu tak silap. Tak ingat dh keluaran mana. Tapi kali ni try resepi dari K.Nor plak. Tumpang copy paste yer K.Nor! :) Mee goreng mamak aku ni kureng gelap skit kalernya sbb ketiadaan kicap pekat. Tapi mabelesssss jer walau pun terlupa masukkan tomato.....hehehe...


MEE GORENG MAMAK
Sumber : K.Nor Secubit Garam

  • 1 bungkus mee kuning
  • daging (k.nor guna daging batang pinang) ~ dihiris nipis -ina guna ayam
  • fishball/sotong ball ~ dipotong
  • 2 ulas bawang putih ~ diketuk
  • 2 sudu besar cili mesin
  • 5 bj bawang merah ~ diblend
  • 2 ulas bawang putih ~ diblend
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 bj tomato ~ dihiris nipis
  • sedikit garam dan gula
  • 2 bj telur
  • kangkung - ina letak taugeh
  • sedikit air
  • minyak
  • timun batang
  • limau nipis

Cara-cara

  1. Panaskan minyak masak dan masukkan bawang putih yg diketuk. Goreng hingga wangi/perang.
  2. Masukkan cili mesin dan kacau hingga garing.
  3. Masukkan bahan yg diblend dan kacau goreng hingga pecah minyak.
  4. Masukkan daging dan sedikit air utk mengempukkan daging.
  5. Masukkan fishball/sotong ball dan tomato buah serta kicap pekat, kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Gula perlu dimasukkan utk bg balance rasa masin dr kicap2 dan sos tiram. (Hati2 bila masukkan garam, sbb dah banyak rasa masin dr kicap2 dan sos tiram td)
    Goreng hingga pecah minyak pastu masukkan telur.
  6. Kacau hingga telur masak dan masukkan kangkung yg dah dipotong.
  7. Kacau2 kejap baru la dimasukkan mee.
  8. Kacau mee hingga sebati dgn rempah2. Biarkan masak seketika baru la dipadamkan api.
  9. Sedia utk dihidangkan bersama hirisan timun dan jangan lupa perahkan limau nipis bg menambahkan lagi keenakkan mee goreng ni.
    Slmt mencuba..

Nota K.Nor:

* daging boleh digantikan dgn udang atau ayam tp K.Nor prefer letak daging.
** boleh letak ubi kentang dan tauhu yg dipotong dan digoreng hingga garing.
*** kalau ada lebihan kuah kacang pun boleh masukkan dlm mee ni masa menumis rempah2 tu.



3 comments:

  1. wahhh...sini pun ada mee goreng...
    akak macam berjanji lak ngan kak hana...sedappnya..
    mcm yg mas ckp kt kak hana...mas suka mee goreng yang orang masak....rasa sedapp sangat...
    nak tapau mee goreng akak sekali la...

    ReplyDelete
  2. salam ina, baru 2 malam lepas k.nor buat mee goreng mamak ni :)

    mekasih yg sudi try resipi ni..

    ReplyDelete
  3. @Mas,
    Happy Birthday! Ni dtg nk hantar kek besday ker? boleh2..... hehehe. nak tapau mee goreng? dh licin daa...nti akak goreng lain ek untuk besday girl....hehehe

    @K.Nor,
    Tuan punya resepi mesti buat sekelip mata jer kan... tunjuk ajarku sifuuuu....hehehehe.... mekasih yer k.nor sudi share resepi yg best ni....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...