Followers

Wednesday, February 02, 2011

KEROPOK LEKOR EDEN CRESCENT



Hehehe...sesaje jer suka2 ati letak nama camtu. Ambik feel sket ala2 orang jual keropok kt Kuala Kemaman...kekeke. Eden Crescent tu op kos la nama jalan & apartment yg kami tinggal ni. Bercerita pasal keropok lekor ni, sebenarnya hari tu kebetulan sembang2 dengan kawan mcm mana cara nak buat keropok. Bespren aku tu mmg familynya buat bisnes keropok. Tp aku tak sure la dia penah buat sendiri ke tak. Buzy keje kan. Nak makan apa susah, balik jer kampung....hehehe. So, dia beritahu la secara ringkas bahan2 yg diperlukan seperti ikan, tepung sagu, ais, garam dan ajinomoto. Tp masalahnya kt sini tak ada tepung sagu so dia suruh aku try guna tepung ubi/kanji tp jangan letak banyak sbb takut liat.

Maka dengan semangat yg jitu aku pun search la resepi kt internet ni. Macam2 versi jugak yer. So, lepas tolak bahagi tambah darab semua, aku pun try la combine sesuka hati aku. Ini pun yg menambah lg semangat bila ada plak akak jiranku duk sebut2 teringin nak makan keropok lekor. Dengan aku sekali terliur dibuatnya, hehehehe.

Keropok yg aku buat ni tak liat. Isi keropok tu lembut jer. Cuma tawar sikit sbb aku takut nk letak garam lebih. Kalau termasin tak ke haru, lgsg takleh nak telan, kan? Klu tawar masih boleh makan lg. Kira langkah selamat la. Lg satu aku takde ajinomoto so tak de la kot rasa cam lemak2 skit tu. Tp secara keseluruhannya boleh la mengubat rindu nak makan keropok lekor. Tp yang lawaknya sbb baru 1st xperimen, buat pun sikit maka terpaksa la potong kecik2 maka dapat la jiran2 dpt rasa sikit sorang. Lepas la kempunan tu.....hehehehe... Boleh tgk resepi yg aku study seperti berikut minami133 MyResipi, aa iezah MyResipi dan 14sept MyResipi



KEROPOK LEKOR EDEN CRESCENT
Bahan-bahan

  • 450 gram ikan trevally (seekor tanpa kepala)
  • 100 gram tapioca flour (tepung kanji/ubi)
  • 50 gram tepung gandum
  • ¼ sudu kecil baking powder (optional)
  • Beberapa ketul ais
  • Garam
  • Sedikit air

Cara-cara

  1. Bersihkan ikan. Buang kulit ikan dengan cara menyiat/mengoyak. Asingkan isi dari tulang.
  2. Potong isi ikan secara kecil-kecil dan tumbuk secara kasar.
  3. Kemudian masukkan isi ikan ke dalam blender. Kisar bersama ketulan kecil ais. Tambah sedikit air sahaja (jika perlu) untuk memudahkan proses mengisar.
  4. Gaul isi ikan yg telah dikisar td dengan tepung kanji/ubi, tepung gandum, baking soda dan garam secara sedikit demi sedikit. Adunan mungkin sedikit lembik/melekat. Kalau rasa adunan terlalu lembik boleh ditambah sedikit tepung.
  5. Tabur tepung kanji/ubi di papan pencanai untuk mengelakkan doh ikan td melekat. Uli/gentel secara memanjang mengikut yg anda kehendaki.
  6. Masukkan keropok ke dalam periuk yg telah mendidih. Tutup periuk. Apabila keropok terapung/timbul di permukaan air bermakna keropok telah masak dan boleh la diangkat. Note: keropok ini mmg melekit selepas direbus.
  7. Angkat, tos dan sejukkan. Kemudian boleh dipotong untuk digoreng.

keropok lekor yg direbus


SOS KEROPOK
Sumber : minami133 MyResipi

  • 3 sudu besar cili blend
  • sedikit gula melaka
  • 1 sudu kecil asam jawa(bancuh dgn air)
  • 2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar tepung jagung utk memekatkan sos
  • 2/3 cawan air

Cara-cara

Masukkan air ke dalam periuk dgn api yg perlahan. lps tu masukkan cili blend , gula melaka dan air asam jawa. bila dah mendidih, masukkan garam, gula dan ajinomoto. masukkan cuka... akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung utk pekatkan sos.
Note: sesuaikan rasa mengikut citarasa anda.


4 comments:

  1. sedaknyer tgk kepok lekor ni..! nnt nak try bt..dulu penah bt skali, tp mcm agak liat rsnyer..tepung lebih kot..nnt nk try lagi guna resepi ina..klau x jadi jugak, kene la panggil masterchef ina dtg bt demo deh..boleh slalu kan..?

    ReplyDelete
  2. ziela,
    hahaha...try jgn tak try... sodap!!! klu cikgi demo kena kasi 50% kt cikgi la, buleh? muahahahahaha....

    ReplyDelete
  3. inaaaaaaaaaaaaa....
    aku ingat tadi salah ghumah! wehhhh sodap tuh wehh kopok lekor! dulu aku rajen buat... sekarang MALAS!! hahahahaaa.. mintak sebatang jadi laaaa...

    ReplyDelete
  4. k.hana,
    hahahaha....saje la tukar langsir baru sbb laki ku ckp langsir lama burukkkk.....kekekeke....

    kepok lekor mmg la tak susah sgt bahanya tp nk membuatnya tu yg byk renyah....tp part makan sodap jer laju....hehehe.... sebatang tak cukup kak.... ngeh ngeh ngeh...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...