Followers

Thursday, February 10, 2011

MASAK LEMAK CILI PADI DAGING BAKAR


Sana sini masak lemak mana boleh tahan ni, hehehe. Hari ni plak siang tadi tgh duk blur fikir masak apa, terlintas la masak lemak cili padi. Disebabkan tak online maka tak boleh la nak skodeng resepi orang. Masak ikut dan jer. Lagi pun kepala pening2 lalat semalam tido lewat kes 'mengapam' punya pasal....hehehe. Apa kisah dengan apam? Nanti la....... kelakor rupe kejadian apam tu....hehehe.

Daging ni aku bakar dulu. Alaaaa....fefeeling mcm daging salai la kononnya, hehehe. Pastu tengah syok2 masak baru perasan lupa letak kunyit. Sabo jer la.... sib baik la sempat sedar masa tgh duk kacau tu. Kalau tak, tak berseri la rupa kejadian masakkan ku ini. Masak lemak cili padi aku ni takde la pedas sangat pun sebabnya ada org tak tahan pedas dan sebab lagi satu cili yg ada ni mmg tak berapa nak pedas. Serai pun dah habis stok. Kt kedai pun dh licin. Bila la nak ada stok baru. Susah xde srai ni. Lagi satu asam keping. Terpaksa la ganti dengan asam jawa. Nasib la kan.....dah gigih sangat nk makan masak lemak cili padi....hehehe...



MASAK LEMAK CILI PADI DAGING BAKAR

Bahan-bahan

  • Seketul daging (anggaran 250 gram)
  • 4 biji cili hijau - kisar
  • 1 biji cili merah - kisar
  • 4 biji cili padi - kisar
  • 1 inci kunyit hidup / 1 sdk serbuk kunyit - kisar
  • 1 batang serai - ketuk
  • 1 tin santan + air
  • Asam keping/ asam jawa
  • Serbuk belacan
  • Garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Panaskan pan dengan satu sudu minyak masak. Masukkan daging yg telah dibersihkan. Balik2kan/ pusing2kan daging tadi untuk memberi warna pada tektur daging. Tak perlu smpai masak.
  2. Bakar daging ke dalam oven dengan suhu 200 selama 20-30 minit. Setelah daging masak, keluarkan dan hiris daging mengikut tebal kesukaan anda. Ketepikan.
  3. Masukkan bahan-bahan kisar, serai, santan, asam keping dan serbuk belacan ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
  4. Kemudian masukkan daging bakar tadi disertai dengan garam secukup rasa. Biarkan seketika kemudian boleh la tutup api.


6 comments:

  1. mas pun tak tahan tengok...sedappnya...
    akak..mna apam tu...menyorok ke..

    ReplyDelete
  2. mas pun tak tahan tengok...sedappnya...
    akak..mna apam tu...menyorok ke..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...
    Tadi nampak kat kuantan terus le jengok dapur ni. Mak ai ada kat auckland rupanya. Jauh teman merantau. Salam kenal. Ni kena kuatkan iman ni semua dapur ada gulai lemak. Tak bleh..tak bleh...tak bleh.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. yg ni 1st class!!daging bakar ke, daging salai ke masak lemak mmg syiok abis..

    ReplyDelete
  6. @Mas,
    tau la sedap...sampai terdabel post... wakakaka...jgn mareee aaaa.. apam ada duk menyorok... tak buat entry lg...malas nk edit gambar....hehehe...

    @K.Sam,
    Waalaikumussalam w.t.h..
    Hehehe....jauh tak jauh klu terbang ada la >< 11-12 jam. nak buat camne la kak, kita ikut cik abe...nti hjung tahun nk balik dah. Salam kenal jgk buat akak. Tak pe la kak, skali skala pekena msk lemak kaw2...bukan selalu...lepas tu klu nyesal..mkn la msk rebus hari2 nk cover balik... hehehehe

    @Deliah' Deli,
    Memang manyak syiokkkk ooooo... tapi tak leh selalu....manyak bahaya.....muahahaha....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...