Followers

Monday, February 14, 2011

MEE BANDUNG SIMPLE



Dah tengah malam ni. Mata tak boleh nak lelap. Hari ni dapat lagi satu news. Tak tau la nak cakap berita baik atau pun tak. Berita baik kot. Berita baik yg mendebarkan....huhuhu.... errkkk, boleh plak camtu? Kali ni berkenaan hal kesihatan pulak. Owh, banyak betul dugaan...huhuhu. Nasib baik le akak aku online tadi...lega skit rasa hati....hehehe. Walau bagaimana pun harap2 semoga semuanya berjalan lancar, InsyaAllah. Apa kisahnya..... tungguuuuuuu....... hehehehe.....

Mari la kita cite pasal makanan pulak, hehehe. Hati banyak gumbira cite pasal masak2 dan makan2. Lupakan seketika soal rumah yg naik sewa dan perihal news tadi. Tapi, sebut pasal rumah kan, sian jgk kt kawan kami yg tengah cari rumah. Kes dia plak baru jer pindah beberapa bulan dan tengah syok2 duk rumah yg lebih ok dr sblum ni, tiba-tiba kena pindah lagi. Alkisahnya tuan rumahnya yg berhijrah ke OZ tetiba nak balik semula ke NZ ni. Tak ke haru tu. Leceh kan nk kena pindah randah ni. Dah la kita orang akan balik hujung tahun ni. Dah hampir 3 thn dh duk sini....kena la balik. Duduk lama2 wat perabis duit kerajaan jer, kekekeke.

Ok la, sebelum aku merepek meraban ntah apa2 lg, baik kita cite pasal mee bandung. Bukan mee pun sebab aku guna spegeti jer (tp kita panggil mee jer la kan...tak sedap la plak sebut spegeti bandung....kekekeke). Semalam lepas balik dr gathering MAPSA City/majlis baca Yassin tu, aku tertido kejap. Dah bangun tu aku terus buat mee bandung walau pun tak cukup bahan. Sebabnya aku tau nanti malam mesti smua kelaparan. Klu tanya time petang memang la cakap masih kenyang. Alih2 malam nanti tak pasal2 mesti aku kena masak. So, baik aku masak siap2 dan malam boleh la bersantai (malam tutup restoren la....hihihihi). Elok jer dh siap masak terus masing2 dah terasa kelaparan. So, mee bandung pun posing ala kadar jer la, lepas tu terus ngap masuk mulut.... hehehe..... Resepi ambik dari sape lagi...tunjuk ajarku sifuuuuu.....kekekeke... K.Hana laaa.... tp kuantiti tu aku buat sikit jer....




MEE BANDUNG SIMPLE

Sumber : Hana6877 MyResipi
Sumber : Hanamemories

Bahan-bahan ( 4 orang )
  • 1 peket mee kuning - ina guna spegeti
  • 4-6 ekor udang basah - ina guna ayam & daging jer
  • 50g udang kering ( blend )
  • 1/2 biji bwg besar
  • 3 ulas bwg putih
  • 5 tangkai cili kering -ina guna serbuk cili
  • 2 biji keledek (size kecil) - direbus dan dilenyek @ suku cawan kacang tanah goreng(dtumbuk) - klu tk nk letak pon tkpe tp lebihkan udang kering supaya kuah pekat.
  • 4 biji telur
  • sawi - tak letak sbb tak de
  • bawang goreng
  • Hirisan cili merah
  • Air rebusan daging
  • Gula
  • Garam
  • hirisan daging
  • limau kasturi / limau nipis
  • tauhu goreng - hiris nipis - tak letak sbb takde

Cara-cara

  1. Celur mee kuning
  2. Blend bwg besar,bwg putih,cili kering. Panaskan minyak dan tumis hingga cili masak.
  3. Masukkan udang kering yang telah diblend hingga naik bau. Kemudian masukkan air rebusan daging,keledek lenyek/ kcg tanah, hirisan daging dan udang basah. Didihkan. Masukkan pula gula dan garam secukup rasa.
  4. Kecilkan api. Pecahkan telur sebiji2. Jgn kacau supaya telur tidak pecah.Biarkan telur masak/separuh masak (terpulang).. Akhir skali masukkan sawi.
  5. Tutup api. Curahkan di atas mee. Dan hiaskan dengan bawang goreng,tauhu, hirisan cili dan limau kasturi. Siap utk dimakan.
  6. Yang nih menggunakan kacang tanah blend utk memekatkan kuah.

5 comments:

  1. mas suka mee bandung..
    sedappnya..
    ada lagi ke kak ina...
    mas nak sepinggan..he..he..

    ReplyDelete
  2. Assalam ina... merantau juga ke? lahir thn 79 juga ke?..btw sungguh mengancam mee bandung ina ni...terliur dh nieza nengok ni...memang my fav ni..:)

    ReplyDelete
  3. @Mas,
    Licin dh mas oiiii... sedap la resepi K.Hana ni, simple pun simple..


    @Nieza,
    Wassalam. A'aaa...merantau kejap jer ikut hubby further study kt sini. Ye, tahun 79. Sama ek? Muda lagi la kita berdua ni... keh keh keh.

    Best mee bandung ni Nieza, try la. Tp nak kena ada udang kering la... itu rahsia yg membangkitkan kesedapan kuah bandung ni... :)

    ReplyDelete
  4. assalam ina..mokwo harap2 berita baik yek!! nak congrats awal2...sedap tul nengok mee bandung tuh..tapi umah mokwo nih anak dara mokwo cukup phobia tengok mee kuning...!

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum...
    Bila le plak saya nak sampai ke bandung ni. Mcam best je.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...