Followers

Friday, February 04, 2011

APAM DEWA



Haaaaa....korang ada keturunan dewa-dewi tak? Takde? Kalau takde tak bleh makan apam ni. Hehehehe...merepek betol! Tak sesueiiii!!! wakakaka... Sebenarnya apam ni kuih tradisional org Terengganu. Jangan tanya aku nape namanya 'Apam Dewa' sebab aku pun mmg tak tahu, ngeh ngeh ngeh. Mak aku klu kekeringan idea minum petang selalu buat apam ni sebab membuatnya adalah teramat mudah. Macam buat bahulu tp version kukus. Tak payah pakai apa2 bahan penaik atau pelembut cuma telur, gula, tepung gandum. Senang kan? hehehe. Dulu penah la aku mintak resepi dgn mak tp version mak aku tu yg banyak, telur pun pakai berbelas biji. Nak pitam dengar, hehehe. Sib baik la ada yg sudi berkongsi resepi kt MyResipi. Tu pun aku buat setengah adunan jer.

Ok la, nak cepat ni...malam ni ada majlis baca Yassin. Tadi aku duk membuang masa menukar langsir baru tu pasal serba terlewat hari ni. Encik Haza la ni cakap template blog aku ni huduh. Aku ni bukan reti sgt nak kreatif2 (sebenar malas nak godek2, keh keh keh). So, berwajah baru la dapur aku kini seadanya. Ok, layan resepi seperti di bawah.



APAM DEWA
Sumber : missayu MyResepi

Bahan-bahan
  • 6 biji telur
  • 1 1/2 cawan gula
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar sunquick (utk hilangkan bau hanyir telur) - ina guna esen vanila tp klu mak biasa guna esen ros.
  • Pewarna


Cara-cara

  1. Pukul telur bersama gula dan sunquick hingga kembang (putih).
  2. Setelah kembang, masukan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata
  3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan masukan pewarna yang disukai. alaskan loyang dengan plastik.kemudian masukan adunan ke dalam loyang berselang seli.
  4. kemudian kacaukan sedikit aduna yang di dalam loyang dan lorekan corok di atas.
  5. Kukus selama 45 minit atau sehingga masak.. ****selamat mencuba****

7 comments:

  1. woww...gebu dan lembut nampak apam ni.....
    nanti nak try wat gak la.....

    ReplyDelete
  2. Mas,
    mmg gebu mas oiiii!!! hehehehe.... pastikan pukul sekuat hati tau! kasi kembang itu telur. klu tak betul2 kembang nanti dia tak gebu. selamat mencuba!

    ReplyDelete
  3. td tgk ada blogger wat ayam maharani..kat sini kek dewa plak..hebat2 nih :p~

    ReplyDelete
  4. Kak Ina,
    cantiknyer apam..
    oo makanan tganu ke? nak kena try ni.. =)

    ReplyDelete
  5. @Deliah's Deli,
    hahahaha....lepas ni kita cari resepi yg namanya ada 'rakyat jelata' pulak....hehehe...boleh? ;p

    @Norul Mas Hana,
    cantik ek? tp dh licin...hehehe. try la buat. ni mmg kuih org trg. senang jer ni. pejam mata pun bleh buat...hehehe

    ReplyDelete
  6. serius!gebu sgt nmpk.. resepi dh salin.. harap2 leh cuba nnti.. =)

    ReplyDelete
  7. Azura,
    senang jer ni...try la. tp ada org kata kuat sgt bau telur. saya buang tali pusat telur... Alhamdulillah ok jer.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...