Ikan singgang pun masuk blog jugak? Tak pe lah, bukan senang nak buat ikan singgang kat negara omputih ni kalau tak cukup bahan. Tak cukup bahan tak cukup la rasa singgang. Nasib baik ada Asian Supermarket (kedai cina), boleh la jumpa lengkuas, kunyit hidup, asam gelugor/keping. Frozen pun frozen la dr tak ade langsung.
Ikan yang aku guna ni namanya ikan trevally. Kalau kt malaysia tak tahu la apa namanya tp aku tengok rupanya macam ikan selar cuma saiznya aje yang besar. Sori la, aku ni bab ikan tak berapa nak terer sangat. Ngaku aje la, hehehe. Semalam skodeng masakan2 ikan kt dapur Hana. Seronok baca corat coret dia pasal ikan fresh kt Jepun sane. Kami kt sini bukan selalu pn makan ikan, mahai. Tapi kalau kena time ada promosi tu, ok la harganya. Macam kali ni dapat la ikan trevally yang kecik sikit so harga pn ok la. Kalau tak selalunya besar gabak. Buat apa la banyak2 setakat kami bertiga. Ikan pn kalau simpan lama2 dah tak sedap.
Berbalik pada singgang tadi. Nak letak jugak ke resepi? Setakat masak rebus camni sape2 pun boleh masak. Tapi tak pe la, sebab tengah rajin kan...hehehe. Mesti ada yang konfius kenapa aku letak lada hitam dalam singgang. Kalau tahu dek mak aku ni mesti dia cakap mana la aku belajar masak singgang macam ni, keh keh keh. Alkisahnya aku dapat style ni dari kawan aku yang mak dia merupakan tukang masak orang kenduri-kendara. Dia cakap mak dia masak macam tu. Dan aku pun tau mak dia masak sedap. So, aku pun try la. Ntah apa beza aku tak tau tapi aku rasa macam sedap jugak. Layan aje la....hehehe..
Bahan-bahan
• Seekor ikan trevally (ikut kesukaan anda)
• 2 ulas bawang merah - aku takde bawang merah, so gantikan dgn sehiris bawang besar
• 1 ulas bawang putih - belah dua
• 1 inci kunyit hidup - hiris
• 1/2 inci lengkuas - hiris
• 1 keping asam keping/gelugor
• 10 biji lada hitam (optional)
• Beberaa biji cili padi - (optional)
• Air secukupnya
• Garam secukupnya
Cara-cara
1. Bersihkan ikan.
2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk.
3. Tunggu sehingga ikan masak. Tutp api dan boleh dihidangkan.
Salam Ina, mana dpt ikan travelly tu? Park N Save ya.. hehe.. mmng mcm2 boleh dimasak dgn Ikan Travelly ni kan.. x banyak tulang.. Akak suka masak asam pedas, kari, gulai, lemak cili api. Macam la..terliur lak dgn Ikan singgang Ina..sedapnya dpt hirup2..
ReplyDeleteKak As, ikan tu beli kt countdown jer. Mmg sdp kan ikan ni msk mcm2. Isi dia manis. Akak terer msk, pejam mata jer ni buat singgang, hehe...
ReplyDelete