Dermags Kulai

Dermags Kulai
R&D Skincare

Saturday, June 19, 2010

NASI KERABU PERANTAU


Dulu masa baru beberapa bulan duduk di Auckland ni teringin benar nak makan nasi kerabu. Tapi mengenangkan diri sendiri tak pernah buat nasi kerabu dan bahan-bahan pun susah nak dapat (pada fikiran aku ketika itu) maka hajat nk makan nasi kerabu tu dilupakan aje.

Sehingga la pada satu hari aku terbelek di myresipi.com dan terjumpa la satu resepi namanya Nasi Kerabu Perantau. Alkisahnya diberikan nama perantau kerana tuan punya resepi tu berada di luar Malaysia ketika itu dan dgn kebijaksanaannya menggunakan dan menggantikan bahan-bahan yg sesetengah susah nk dpt maka terhasilkan nasi kerabu. Aku sangat suka resepi ini kerana amat mudah dan rasanya sedap (ada rasa nasi kerabu la....hehehe). Dan mcm biase la, aku ada la ejas2 sikit mengikut keadaan aku. Kata orang walau pn tak betul2 sama tp dapat la jg merasa hampir2 sama....hehehe....(ni part aku perasan sedap lar.....kekeke).

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

Nasi
• 4 cwn beras
• 1 sudu kecil garam
• 4 1/2 cawan air - macam masak nasi biasa.. nak lembik/keras kena tambah/kurangkan air
• 2-3 titik pewarna kuning
• 2-3 helai daun limau purut(optional)
• 1 btg serai-diketuk(optional)

Sambal Tumis
• 5-10 biji lada kering
• 1/2 biji bawang besar
• 2 ulas bawang putih
• 1cm halia
• 1cm kunyit/ 1 sk serbuk kunyit
• 200ml/ 1/2 tin santan pekat
• 2 btg serai
• 2 keping asam gelugur
• 2 sudu besar budu / 3 sudu besar sos ikan
• garam dan gula melaka

Sambal ikan
• 1 ekor ikan kembung- saiz besar
saya pakai tuna dlm tin aje, senang ;-)
• 1 cawan kelapa kering/ kelapa parut
• 2 ulas bawang putih
• 1/3 biji bawang besar (4-5 biji bawang merah)
• 1 batang serai
• 1cm halia

Kerabu
• kubis
• timun
• taugeh
• daun kesum

Bahan lain- optional
• solok lada
• telur asin
• bawang jeruk
• ayam goreng kunyit
• sambal belacan

Cara-cara

Sediakan sambal tumis
1. blend lada kering, bawang, kunyit dan halia sehingga lumat.
2. Panaskan minyak(kena banyak siket), tumis semua bahan blend tadi sehingga pecah minyak

Masak nasi
3. Cucikan beras dan masukkan semua bahan utk masak nasi yang lain. Masaklah seperti masak nasi biasa.

Cara sedia sambal kelapa ikan
4. Bersih ikan dan bakar. Sementara tu bolehlah goreng kelapa
5. Goreng kelapa tanpa minyak dengan api kecil sehingga jadi perang. Kalau kelapa parut ni kasar, bolehlah ditumbuk sekejap ketika kelapa masih panas-panas.
6. Asingkan isi ikan dengan tulang. Tumbuk isi ikan untuk kelihatan halus.
7. Tumbuk pula bawang dan serai, sehingga lumat. Kalau guna food processor masukkan bawang dan isi ikan sekali gus ke dalam food processor .
8. Campur sekali ikan dan bawang, goreng tanpa minyak sehingga agak garing.
9. Campurkan ikan dengan kelapa goreng tadi. Masukkan garam dan gula. Gaul hingga sebati.

Kerabu
10. Hiris semua sayur dan gaul ratakan.
11. Bila nak makan tu, ambik sikit semua bahan dan letak ke dalam nasi. Boleh juga dimakan dengan bahan lain tu.. lagi sedap

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...