Followers

Saturday, May 29, 2010

ROTI JOHN





Aku memang suka makan roti john tapi dah duduk kt negara orang ni mana nak cari makanan mcm kt tanahair sendiri. Tapi, john tu kan nama orang putih...tak kan takde john buat roti kat auckland ni? hahahaha........ sekadar merepek saje...

Ok, sebenarnya tak de la susah mana pun buat roti john ni. Resepi adalah seperti di bawah dan boleh rujuk resepi asal di sini. Cuma aku je yang saje-saje buat rajin buat hot dog bread sendiri padahal boleh aje beli kat kedai. Resepi roti (Hotdog Bread) ni aku ambik kat myresipi. Macam biasalah, kebanyakkan masakan yang aku cuba adalah diambil dari situ. Myresipi banyak berjasa pada aku dalam menambahkan minat dan skil yang dari asalnya memang zero.....eh, mana ada zero, dulu reti jugak masak maggi...hahaha....

ROTI JOHN MUDAH

bahan-bahan

• 250gm daging cincang
• 1 biji bawang besar
• 3 ulas bawang putih
• 1 sudu kecil serbuk kari
• 3 sudu makan minyak untuk menumis
• sedikit garam
• 3 biji telor
• sedikit butter
• 4 keping hot dog bread
• sos dan mayonis (jika suka)

Cara-cara

1. Blend bawang dan bawang putih
2. Panaskan minyak, tumis bahan yang diblend dan masukkan serbuk kari
3. Masukkan daging cincang dan letakkan garam secukupnya hingga masak
4. Belah dua roti jangan sampai putus
5. Masukkan telor dalam daging cincang
6. Pukul sebentar telor+daging
7. Panaskan butter dlm kuali
8. Sapukan aduna daging+telor atas roti
9. Terlangkupkan atas kuali
10. Terbalikkan adunan jika telah masak dan biarkan sebentar
11. Angkat setelah bahagian bawah sudah sedikit garing
12. Hiaskan dengan sos dan mayonis jika suka




HOTDOG BREAD

Bahan-bahan ( 4 biji )

• 160ml air
• 250g tepung roti
• 14g (1 ½ sudu besar) gula
• 4g (1 sudu kecil) garam
• 8g (1 sudu besar) lemak sayur
• 2.4g (3/4 sudu kecil) dry yeast
• 16g (3 sudu besar) susu tepung

Cara-cara

1. Masukkkan semua bahan-bahan ke dalam breadmaker. On kan. tunggu siap
2. Bila dah siap, keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 6 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 15 minit.
3. Buatlah bentuk panjang seperti gambar lebih kurang 13 cm
4. Biarkan naik dua kali ganda atau 30C selama 50minit
5. Bakar pada suhu 180C selama 10-12 minit. Biarkan di dalam oven selama 5-10 minit kalau mahukan roti kelihatan lebih perang.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...