Dermags Kulai

Dermags Kulai
R&D Skincare

Friday, May 28, 2010

ROTI BEBOLA BERGULA







ROTI BEBOLA BERGULA

Roti ni paling digemari seisi keluarga. Pertama sebab mudah nk buat, bahan2 pn tak susah mana. Rasanya sedap. Kedua sebab saiznya yang kecil amat sesuai untuk kanak-kanak. Dah banyak kali buat roti ni sama ada untuk makan sendiri, bagi kt jiran atau untuk pot luck. Gerenti licin la, hehehe. Terima kasih la kpd tuan punya resepi tu. Tak sia-sia dia share resipi kt myresipi.com. Resepi adalah seperti di bawah. Sila rujuk Roti Bebola Bergula untuk resepi asal.

Bahan-bahan (26 biji)

• 200g tepung roti *
• 4g yis kering *
• 20g gula halus *
• 3g garam *
• 10g skim milk *
• 20g shortening *
• 130cc air *
• mentega dan gula halus secukupnya

Cara-cara

1. Masukkan semua bahan-bahan bertanda * ke dalam breadmaker. Pilih menu untuk buat kulit roti / doh. Tekan butang 'ON'
2. Bila dah siap, keluarkan dari breadmaker. Tekan adunan untuk keluarkan angin. Bahagikan adunan kepada 26. Buatlah bentuk bulat.
3. Biarkan roti naik 2 kali ganda.
4. Bakar dalam oven dengan suhu 180C selama 12-15 minit.
5. Bila dah masak, sapukan dengan mentega dan taburkan dengan gula.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...