Dermags Kulai

Dermags Kulai
R&D Skincare

Saturday, May 29, 2010

PEANUT BUTTER ROLL



Roti ni asalnya diambil dari resepi Cinnamon Roll tetapi memandangkan tukang makan dalam rumah ni tak suka cinnamon maka terpaksalah tukang masak yang perasan berbakat ini mengolah ikut citarasa yang dikehendaki. Maka, dapatlah hasilnya Peanut Butter Roll.

Bahan utk Roti
300g tepung roti
50g butter
1 biji telur
50g gula halus
100ml fresh milk/air (suhu badan)
8g dry yeast
1 sudu kecil garam

Filling
Peanut butter
60g gula perang
20g butter-suhu bilik
Kismis secukupnya

Cara-cara
1. Cara buat roti: Gaulkan butter dengan tepung sehingga jadi macam serbuk roti
2. Kemudian masukkan gula dan dry yeast. Kacau dengan sudu sehingga bergaul rata.
3. Masukkan pula garam, telur dan susu. Uli sehingga tak melekat ditangan atau sehingga licin.
4. Wrap dengan plastik/ kain lembab. Biarkan naik sehingga 1.5 kali ganda. Bila dah naik, buatkan bentuk bulat sekali lagi dan rehatkan selama 10 minit.
5. Note : bg yg ada breadmaker, masukkan semua bahan adunan roti ke dalam breadmaker & tekan untuk adunan doh & tggu sehingga siap.
6. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Ambik 1 bahagian dan canaikan lebih kurang 20x25cm atau mengikut kepanjangan yg anda sukai. Letakkan bahan-bahan filling. Cara letak filing seperti meyapu mentega pd roti biasa.
7. Kemudian gulung. Bahagikan (potong) pula kepada 4 bahagian kecil( lebih kurang 4 cm panjang). Ulang untuk doh yang sebahagian lagi. Tetapi sekiranya suka saiz yg kecil, boleh potong kepada 6 atau 7 bahagian.
8. Susun roti dlm dulang pembakar. Atau klu suka boleh lapikkan roti dengan muffin cup. Biar naik 1.5 kali ganda lagi. Sapu roti dgn kuning telur.
9. Bakar dengan suhu 180C selama 15 minit.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...