Followers

Thursday, July 18, 2013

Ooooo...tak masak yerrr



Hehehe....inilah nikmatnya berada di bumi Malaysia.  Bila bulan puasa, wujud la bazar Ramadhan.  Masa berada di Auckland dulu mintak maap la yer yg ada cuma bazar 1 hari di bulan ramadhan.  Maknanya orang Malaysia ni usaha jugak buat bazar ramadhan tp cuma sehari jer la, hehehe.  Lepas la rindu tu kan walau pun makanan yang ada tak la semeriah kat tanahair tercinta.  Bazar pun bukan la banyak sangat gerainya.

Motif hari ni citer pasal bazar ramadhan?  Keh..keh..keh... sebenarnya kan semalam terpaksa (ceewah! :p) beli juadah kat bazar.  Maklom la bila peti sejuk 'shutdown' dan melakukan keje-keje 'penyucian' (hahaha...) maka boleh la mencari alasan untuk menjebakkan diri ke bazar ramadhan....hehe.

Ini pilihan kami, ikan pari bakar.  Boleh tahan jugak rasa cuma sambal tu macam kering sikit biladh tiba time berbuka dan tak disertakan dengan air asam.  Rasa sambal tu macam asam pedas cuma pekat/kering.  Dan daun-daun salad tu aku tambah sendiri la kat rumah :D.




Ini pula menu sahur.  Biasanya bos kat rumah memang tak nak makan nasi tapi angin sepoi-sepoi bahasa mana ntah datang menyapa, beliau kata nak try mende alah dalam tin ni.  Maka, masak la nasi untuk sahur.  Mende2 dalam tin ni bukan la aku gemar sangat sebab tak fresh....kaaaan kawan-kawan tp ada jugak stok kat  rumah untuk emergency katakan, hehe.  Rasa spicy mussels ni?  Sambal dia ok la cuma mussels tu macm ada rasa pahit skit sedangkan kalau yang fresh memang saaaaaangat manis.  Dah nama pun dalam tin kan.

Tapi, yang kerang punya sedap la jugak.  Masakan segera dalam tin macam ni bagi aku sesuai kalau nak travel ke oversea yg mana susah nak dapat halal food atau kedai halal tu jauh dr tempat penginapan.  Sesuai jugak untuk orang yang malas masak atau malas keluar rumah, hahaha.





4 comments:

  1. mussels tu nampak besar dan sedap je
    huhu, perut asik berbunyi je hari ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...nape, tak sempat sahur ke hari ni?

      Delete
  2. oh, first time tengok product ni...
    betul tu..kalau waktu emergency memang buka aje makanan
    dalm tin..especially bila buntu nak masak apa dan bahan2 dalam fridge dah habis..dan sangat sesuai kalau for traveling..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami pun baru 1st time try ni. boleh tahan jugak rasa sambal tu, sedap la jugak walau pun dua2 macam lebih kurang jer rasa, hehe. selain kerang dan kupang ni, ada lagi jenis2 lain. memang sesuai sangat la waktu emergency dan traveling.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...