Nasi ayam goreng |
Pejam celik dah masuk hari ke-7 kita berpuasa. Waah seminggu tu. Sekejap jer kan. Setakat ni aku masak jer kat rumah. Tak jejak lagi ke pasar Ramadhan. Entah la, tak ada dorongan lagi nak pergi. Tak seperti tahun lepas, bukan main lagi tak sabar-sabar nak membeli juadah kat pasar Ramadhan. Maklom la 3 tahun lebih tak jumpa. Tapi tahun ni, masak sendiri lebih menjadi keutamaan dan mendatangkan rasa puas hati. Lagi pun kita orang bukan makan banyak. Walau pun masak sikit jer tp tetap ada baki lagi kekadang tu. Masing-masing tak nak over makan takut nanti pancit semasa terawih, hahaha.
Semalam kawan aku tanya pasal blog aku sebab nak cari resepi nasi ayam goreng. Tetiba datang pulak idea untuk aku masak nasi ni untuk iftar kemarin. Mr. Haza ni kalau datang cerewet dia boleh fonin jugak kepala nak masak apa. Tapi kalau tiba time 'mudah', memang sonang sangat keje. Contoh macam nasi ayam goreng ni. Dia tak nak lauk tambahan dah. Cukup jer nasi yg dah sedia dengan ayam tu dan salad, tapi dengan syarat wajib ada air asam. Sonang kan, hehehe.
Sebelum ni dah pernah post resepi nasi ayam goreng kat sini. Tapi kali ni menggunakan beras jasmin jer sebab takde stok basmati kat rumah. Kali ini juga aku menggunakan resepi air asam sendiri seperti di bawah.
Bahan-bahan
Untuk Nasi
- 3 cawan beras basmathi-cuci toskan
- 1 sudu makan rempah kari
- 1 inci halia-tumbuk kasar
- 4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
- 2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
- 1/2 labu bawang besar-potong dadu
- 2 inci kulit kayu manis
- 2 biji buah pelaga
- 3 kuntum bunga lawang
- 1/2 cawan susu cair
- sedikit kiub ayam
- garam, lada hitam
- daun ketumbar @ daun kari
- 6 ketul drumstick@ 1/2 ekor ayam potong2
- 1sk Serbuk kunyit
- 1sb Serbuk kari
- Garam
Cara-cara
- Gaul ayam dengan serbuk kunyit, serbuk kari dan juga garam. Perap sebentar. Kemudian goreng hingga masak. Angkat dan toskan.
- Dalam periuk, panaskan minyak tumiskan bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk dan rempah kari hingga wangi.
- Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi.
- Tuangkan susu cair dan 3 cawan air (bergantung jenis beras basmathi).
- Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam serta kiub ayam.Masak nasi hingga masak.
Air Asam
- 1 biji cili merah
- 3-4 biji cili padi -hiris
- seketul belacan (2-3 cm)
- 1 sudu besar sos cili
- 2 sudu kecil pes asam jawa adabi
- 1/2 biji bawang besar - hiris nipis
- 1 biji tomato - hiris nipis
- 1 cawan air (bergantung pd kepekatan yg diingini)
- 1 buji limau kasturi
- garam gula secukup rasa
- Kisar cili merah, belacan dan gula (dalam1/2 sudu besar). Kalau rajin,boleh jer tumbuk. Masukkan ke dalam mangkuk.
- Satukan sos cili, pes asam jawa bersama air. Tuang ke dalam mangkuk tadi. Kacau sebati.
- Masukkan bawang, tomato, cili padi yg telah dihiris.
- Perahkan limau kasturi dan masukkan garam. Kacau sebati.
Assalam ina, nasi ayam goreng ni tak salh akak pernah cuba juga dulu..memang sedap tapi sosnya yang guna cili hidup dan dihiris kecil2..lepas tu letak daun ketumbar..anak2 tak makan sosnya sebab dia orang tengok macam bersayur gitu..heheh oh ina buat sos macam kat atas tu ya..good idea tu lain kali boleh ikut ina punya style..:)
ReplyDeleteWassalam. Emh...kak, nasi ni datang skali dgn resepi sos ke? yg saya copy sebelum ni nasi jer, tak perasan plak sosnya, hehe. tu yg saya memandai gandingkan dengan air asam jer, hehehe...apa pun gasak la, yg penting kita dan keluarga boleh terima yg mana berkenan di tekak...kaaannn? keh keh keh :)
Deletehahha..ina,
ReplyDeletememang nasi ni tak datang dengan sosnya..
basically teman2 yang lain matchkan aje dgn nasi ni..
tapi next time memang nak cuba air asam macam ina buat tu..mana tahu anak2 makan pulak..akak dah updated my posting
akak linkkan dengan blog ina ni..thanks ya..
http://curlybabesatisfaction.blogspot.sg/2011/07/nasi-ayam-goreng.html#axzz2ZHI4Aqmf
ooooo...sos mcm tu. masamnya menggunakan cuka yer. air asam yg saya buat ni lebih kurang utara style. selalu orang utara matchkan dengan nasi daging. tp pernah jugak yg saya jumpa diaorang matchkan air asam ni dengan nasi ayam. sedap jugak. kt kenduri belah utara pun pernah nampak mereka hidangkan air asam mcm ni, ada tu diaorang letak kerisik. nti akak cuba la dulu baru tau kena kat tekak atau tak, hehehe...
Deletek wan hari2 order bazar ramadhan...malas nak masak...muahahahaa...ptg ni pergi lagi...
ReplyDeletetp tetiba nak makan ikan selayang kukus goreng la pula....hmmm....tapi malas nak buat..... :-p
haipppp....k.wan, rajinnya...rajinnya pegi pasar ramadhan, keh keh keh. k.wan, kite hari ni tetiba rasa nak makan ketupat daun palas hok goreng tu. kt bazar ramadhan padang astaka tu sokmo ada orang jual kan? ada sesapa buka order x jual ketupat ni untuk raya?
Delete