Dermags Kulai

Dermags Kulai
R&D Skincare

Friday, July 05, 2013

Suprised Holiday!

Tak pernah dibuat orang percutian suprise lagu ni.  Ni semua Mr. Haza punya keje la ni.  Sebenarnya beliau telah berhajat nak bawak family jalan-jalan sekiranya naik pangkat.  Ok la tu.  Konon nak suprise habis tp disebabkan nk dapatkan maklumat bini-bini adik-adik beliau untuk beli tiket flight terpaksa jugak la beliau bg sedikit clue.  Itu pun beliau pesan supaya adik-adik beliau tidak bocorkan kepada isteri-isteri mereka.  Cuma pesan ambik cuti aje la sekiranya perlu.  Dan kami pun sampai sudah tak tahu ke mana destinasi sehingga la sampai airport.  Yang pasti mesti la dalam negara sebab tak memerlukan pasport (dan sah2 la kami dah tak de pasport sejak perampok dah kebas itu hari, sila baca entry terdahulu kes pecah rumah. Tak pasal2 nanti nak kena buat pasport baru.)

Ok, berbalik kepada percutian terkozut ni sebenarnya aku dh tahu awal2, tu pun sbb clash dengan date konvo adik aku.  Tu yg beliau terpaksa bocorkan rahsia sbb tak dapat la aku nk join family aku untuk raikan konvo si adik. Cuma destinasi jer la yg beliau gigih keep secret.  Tp kan ayah aku dh teka siap2 yg destinasi itu adalah Pulau Langkawi.  Hahaha...tak sangka tepat tekaan pak mertua Mr. Haza ni haaaa....hahaha.

Laaa...Langkawi, ingatkan pegi Sabah, maklum la sebab dinyatakan naik fligh, for sure akan teka yg keluar semenanjung kan.  Yang kt semenanjung ni boleh naik kete jer.  Hahaha, padahal hakikatnya kalau nak pegi Langkawi naik kete tu mau jugak keletihan dan kerugian waktu sebab nak pergi on weekend jer kan.

Tak pe la, Langkawi pun seronok aper.  Lagi pun ni la first time dapat bercuti ramai-ramai, 9 orang iaitu mak, adik-adik beliau dan isteri masing-masing.  Aku pun pernah sekali jer jejak Langkawi.  Tu pun lebih kurang 11 tahun yang lalu, hahaha....lama betol tu.  Oh, tetiba dalam kepala terbayang perkataan 'shopping'! :p Oh ini memang seronok :D

Eh, Mr.  Haza dah susun macam-macam aktiviti tau tapi disebabkan plan nak naik cable car tergendala sebab ditutup untuk penyelenggaraan (which is beliau sangat frust nonggeng, hahaha) so, jadual tu dh berubah.  Bila jadual dah berubah last skali waktu untuk shopping tu dah jadi terlalu singkat.  So, capai mana yang sempat jer la.  Ceh, rasa macam nak patah balik jer hahaha.... tak puas aku nak shopping tau tp nak buat camne, karang tak pasal-pasal terlepas flight balik pulak.


masa flight balik tu aku tengok ramai betul passenger yang bawak plastik ijau ni, hehehe.


ini aje la yang sempat beli.. nak beli banyak2 kan, ongkos pun kena banyak la... hahaha


4 comments:

  1. ina...dah kira banyak tu...he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. k.wan, tu kira sikit la tu. orang lain yg naik sama flight dgn kami lg baaaaaanyakkk tau, hehehe. kt airport boleh nmpak masing2 duk kalut ejas2 barang2 ni. kebanyakkannya bawak naik atas flight la/carry. tp saya hantam aje buh dlm lugage, sib baik x pecah...hehehe.

      Delete
  2. NakpergijalanjugatapibelumsempatJuly 14, 2013 5:04 PM

    Guna pakej ker? Kat sana duduk mana? Naik apa? Kalau ada info meh share kat kengkawan. He he he... Boleh bayang ke'frust'an Haza tak dapat naik cable car :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak guna pakej. beliau handle sendiri. maklom la percutian penuh secret recipe, muahaha. pegi balik naik kapal yang terbang. kt langkawi sewa kete je & stay kt homestay sbb ramai. semuanya line clear kecuali cable car....hahaha..

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...