Ok, ini bukan pasal filem Pecah yg trailer nye duk ulang tayang kt tv tu. Aku pun tak tahu filem tu pasal apa. Ini nak cerita pasal pecah rumah! Sudah sebulan berlalu kes pecah rumah. Rumah sape lagi, sob sob sob...
Sejak kami pulang ke Malaysia masa tu kami takde rumah lagi so, jenuh jugak la mencari rumah sewa. Boleh dikatakan memang teramat sukar sekali nak mendapatkan rumah sewa walau pun dah menggunakan pelbagai medium. Akhirnya berjumpa jgk dan kami pun tak banyak songeh la terus grab. Dan setelah tinggal kat sini aku boleh katakan suasananya ok, jiran-jiran yang ramah dan kawasan pun tak sunyi. Feel good la yg boleh aku katakan.
Ok, pasal kes pecah rumah ni, kami cuma tinggalkan rumah semalam jer sebab pergi family day dan tempat family day tu dekat je dalam sejam perjalanan jer. Sekali, balik rumah keesokkan harinya, tengok rumah dah kena pecah. Ada la barang-barang berharga yang hilang yang membuatkan diri sendiri terduduk. Shock pun ada tp dalam masa yang sama aku bersyukur Alhamdulillah kerana kejadian itu berlaku ketika ketiadaan kami di rumah. Bak kata adik bongsu aku, 'nak hilang gelang ke nak hilang tangan'?. Kui..kui..kui... Betol la tu.
Satu aku nak pesan kalau sape-sape menghadapi masalah seperti ni (mintak dijauhkan), tolong jangan sentuh apa-apa barang di tempat kejadian sehingga polis penyiasat datang. Sebab after kita call polis, selalunya polis yg datang tu cuma just check keadaan jer dan minta kita kenal pasti barang-barang yg hilang untuk buat report. After kita buat report kat balai polis/ibu pejabat polis, barulah polis penyiasat akan datang untuk siasat dan ambik gambar. Ceh, tetiba terbayang muka Horatio, CSI Miami...keh keh keh. So, never ever touch all the things until the officer finish their job!
Bila ada orang tanya aku, kenapa barang sekian-sekian tak bawak sekali semasa keluar, aku no comment aku jer la. Mende dah nak jadi kan. Tp sekarang kalau orang tanya lagi soalan tu aku akan tersenyum sorang-sorang sebab aku teringat sembang aku dengan jiran yg datang tanya kabar pada hari tersebut. Jiran aku cakap, bila balik kg dia akan bawak semua barang-barang berharga, kemudian anak dia bertanya, habis tu tv ni macam mana, tak nak bawak ke. Jiran aku cakap, tak kan la tv pun nak bawak, nak taruk mana dalam kete, bukan muat. Keh, keh, keh.....nak tergelak aku setiap kali mengingatinya.
Kat sini kita kena kena faham konsep Qada dan Qada'. Sesuatu yang telah ditetapkan di luar keupayaan kita. Dan Allah SWT telah mengizinkan sesuatu itu berlaku. Kalau kita tak redha bermakna kita telah ingkar pada Qada' dan Qada' Nya. Bukankah percaya pada Qada' dan Qadar itu termasuk dalam rukun iman. Menolaknya bermakna tidak beriman. Tapi sebagai manusia biasa adalah normal ketika kejadian kita ada perasaan sedih, marah, dan geram. Banyakkan beristighrfar semoga kita tenang dan sedar bahawa setiap sesuatu yang berlaku itu ada hikmah dan sebab musababnya. Mungkin kita ada melakukan kesilapan, terlalai, atau kurang amalan, atau sebagai peringatan, hukuman, ujian dan macam-macam la yg akan membuat kita berfikir dan muhasabah diri.
Kami ambil pengajaran dari kejadian ini dan InsyaAllah bila masuk rumah sendiri nanti sedikit sebanyak dah tau aspek-aspek yang perlu dititikberatkan. InsyaAllah.
Tapi pada penjenayah itu aku doakan moga Allah SWT berikan dia hidayah, semoga tidak terjadi pada orang lain pula. Amin.
dah ketentuan allah kan...ada hikmah disebaliknya...sabar yea...
ReplyDeletek.wan, tu la...apa yg kita fikir, InsyaAllah ada hikmahnya. Cuma terkozut jer la kan. mau tak terkozut tgk rumah bersepah-sepah. Kalau ikut hati nak jer ku sumpah perampok ni jd mixer kitchen aid.. keh keh keh.. tp istighfar jer la banyak-banyak.
DeleteIsh, tak guna la pencuri tu! Mmg pantang lepa. Ada tak alat2 memasak yang dicurinya? Bread maker? Huhuhu... Ingat dulu motor kena curi. Mmg terduduk juga la.
ReplyDeleteBread maker? hahaha....dia nak buat hape dgn mende alah tu? nak main uli2 roti? wakakaka. Haza sangat sedih hokeh passport kena kebas sbb kenangan bersusah payah sepanjang berjuang nk dapatkan phd. bukan boleh dapat cop balik...hahaha...perampokkk! pulangkan passport kamiiiiiiii!!!
Delete