Followers

Thursday, March 31, 2011

MIHUN SUP KEDAH

nostalgia betul la mihun sup kedah...
teringat zmn muda remaja masa study kt kedah...hehehe

Dah tengah malam ni tapi semngat membara nak masukkan entry. Hahahaha...nak balas dendam siaran tergendala akibat masalah antara blogger.com dengan IE. Aisey, tersilap la pulak sekarang guna IE. Adoi...mcm mana boleh ketidakperasanan ni....almaklum la aku lebih selesa guna IE, rasa lebih secure...ececece... so, dh ter' open secara tak sengaja kt sini, teruskan jer la.. harap2 ok la...huhuhu...

Jom, layan mihun sup kedah. Sambalnya kaler merah. Klu belah selatan plak biasa kita makan dengan sambal kicap kan. Yang ni sambal merah, bihunnya kuning. Kalerful gitu. Haiii, terkenang2 plak zaman berada di kedah dulu.... seronok! Dah...cukup la tu nak fefeeling, jom layan resepi....hehehe


Bahan-bahan ( 5 orang makan )

  • 1/2 bungkus mihun direndam dengan air dan 1 sudu besar kunyit serbuk selama 2 atu 3 jam
  • 500g tulang rusuk campur 250g daging tetel direbus hingga empuk
  • 80g halia diketuk
  • 8 ulas bawang putih diketuk
  • 1 paket Sup bunjut sup tulang
  • garam dan gula secukup rasa. Mesti lebihkan rasa masin dan manis supaya berasa bila makan ngan mihun nanti...

BAHAN UNTUK SAMBAL CILI

  • 3 sudu besar cili serbuk
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar cuka/air limau nipis
  • 1 sudu teh garam
  • daun bwg, daun sup, bwg goreng, cili merah, limau nipis dan lobak asin (jika suka) - dihiris dan sedia untuk dihidang

Cara-cara

  1. masukkan halia, bwg putih dan sup bunjut kedlm periuk rebusan tulang/daging tadi dan rebus lagi dgn api sederhana.
  2. sementara itu, masukkan serbuk cili kedalam periuk dan bancuh dengan sedikit air supaya menjadi paste
  3. masukkan gula, garam, cuka/air limau nipis, kacau sebati dan masak menggunakan api kecil
  4. masak dan kacau sentiasa hingga mendidih sikit, dlm 5 minit, tutup api.
  5. sambal cili ini mesti ada rasa pedas, manis, masam dan masin. Kalau rasa tak cukup manis/masin/masam, tambahkan gula/garam/cuka secukup rasa.
  6. toskan mihun yg telah direndam dan celurkan dgn air panas
  7. keluarkan tulang/daging dari sup dan potong kecil2 untuk dihidangkan
  8. Siap untuk dihidangkan
p/s: hahahahahampeh....kena guna firefox jugekkkk....hehehe....

4 comments:

  1. sedapnyer bihun sup...my feberet ni.

    ReplyDelete
  2. kak ina..betul tu..kalau sebelah utara..bihun supnya ngan sambal merah kan kak...
    bihun mesti kuning...
    mas memang suka....sedappnya..

    ReplyDelete
  3. @mamawana,
    sama la kita...klu yg jenis sup2 ni mmg suka sgt...nasib baik la nk buatnya xde la susah sgt kan...

    @Mas,
    tu la mas, lain negeri lain caranya. barulah variasi kan. klu part tulang yg ada isi tu lg syiokkkk...kan mas, kan...hehehe

    @Sofea,
    mmg feberet jgk ni. kebetulan hari tu mkn kt rumah kwn. ni tiba2 teringat lg so, tu yg buat tu...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...