Followers

Thursday, March 31, 2011

PUDING KARAMEL dan sabar ajer la blogger.com ni...

Sebelum cerita pasal puding ni nak cerita pasal masalah blog. Sabar aje la blogger.com ni. Something wrong between blogger.com dgn Internet Explorer (IE). Ingatkan sebab aku gatal tangan pegi edit2 hari tu, rupa2nya takde kena mengena pun. Sebab bila guna firefox, elok jer pulak. Tapi bila guna IE, habis semua berterabur. Bila cek kt forum blogger, rupa2nya bukan aku sorang jer yg menghadapi masalah ni. Hurmmm...Sabo jer la.

Ok, berbalik kisah puding....Ni kes tertinggal kete api lar ni. Orang lain dh berdesup buat puding ni lama sudah. Klu nak diumpamakan...lama zaman tok kadok dah. Tak pe la kan, aku baru buat untuk pertama kali. Maklum saje la tuan2 dan puan2 yer. Dah sebulan lebih takdak entry masak2, meh hari ni kita tepek puding ni kt sini.

Sebenarnya kan dah lama tok kadok dh pun aku usha puding ni tapi ntah nape la aku rasa cam susah jer pd fikiran aku ketika itu. Takut tak cantik la, takut tak menjadi la. Dan aku ada juga intai tips2 berguna dari K.Nor dan Hasue. Mula-mula tu rasa nk try resepi kt blog Hasue tp tgk telur guna 7 biji terus tak jadi. Bukan apa, klu tak menjadi, habess la telur tu punah ranah....hahahaha... So, kena cari resepi yg guna telur sikit dulu la. Agak2 dh expert nanti boleh la try resepi yg guna 7 telur tu kan.

Sedap rasa puding ni walau pun mula2 tu aku cam kelam kabut skit buat karamel tu. Orang suruh kacau pelan2 tp aku pegi kacau mcm gergasi...hahahaha. Sib baik teringat tips yg baca kt blog Hasue, klu tak sampai ke sudah la tak menjadi karamel aku, hahahaha. Ok, resepi ambik kt MyResipi. Boleh tgk jgk kt entry K.Nor dan Hasue. Bagi sesiapa yg baru 1st time nak buat tu boleh baca dulu Tips Hanguskan Gula dari Hasue.

PUDING KARAMEL Sumber : Alia MyResipi

Bahan-bahan ( saiz:16 cm )

  • 400cc(400ml) susu segar/susu cair
  • 5 sudu besar gula halus
  • 3 biji telur- pada suhu bilik 2 biji telur kuning-pada suhu bilik 2-3 titik esen vanila
KARAMEL
  • 5 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air

Cara-cara

  1. Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
  2. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
  3. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
  4. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  5. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
  6. Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
  7. Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
  8. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais.

6 comments:

  1. wah sedapnya tgk puding caramel ni ina...nieza suka mkn tapi kalau nk buat tgk telur byk2 tu takut juga.

    n3 berterabur tu pun nieza pun kena juga tu la tak tau masalah blog tu bila taip tetiba tulisan ada kecik ada besar..dh edit tapi jadi balik..pening juga memula tu.

    ReplyDelete
  2. Nieza,
    Memang sedap....tak sedar laju semacam masuk mulut... sib baik la ingat2 jgk mende ni manis dan byk telur, klu tak harus hentam perabis sekali das....hahahaha.

    tu la pasal blogger ni, bermasalah plak. tensen betul satu hari suntuk duk ejas sane ejas sini. lgsung x bleh publish entry sbb berterabur. last2 guna firefox.

    ReplyDelete
  3. duk asyk kiv je rcp ni bila tgk telur tu bnyk sgt tu yg terbantut ermm

    ReplyDelete
  4. Chik Mimi,
    itu la pasal...ini pun simpan dh berkurun...bila tgk byk guna telur tu yg ada sikit seram...hehehe

    ReplyDelete
  5. kak ina...sedappnya puding....
    tak pe kak buat lambat....asalkan buat gak kan...he..he..

    ReplyDelete
  6. Massss!!
    baru datang...biase Mas org pertama yg muncul dulu. rasa cam dh lama jer x tgk Mas kt sini... hehehe...tp akak jengok jer dapur mas. dapur feberet katakan...hehehe.

    p/s:biar lambat asal telur digunakan dgn selamat....hahahaha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...