Dermags Kulai

Dermags Kulai
R&D Skincare

Monday, March 28, 2011

Apa itu Ovarian Cyst?

....sambungan entry terdahulu Kisah sakit kt negara orang.

Apa itu Ovarian Cyst?

Melalui beberapa 'pencarian' di internet, terdapat byk info yang bercerita pasal ovarian cyst ini. Malah, tidak keterlaluan klu aku kata sebenarnya ramai jgk wanita yg pernah mengalaminya. Bila aku buka cerita dengan kawan-kawan, majoriti akan berkata "oooooo....cyst. si polan sekian2 penah kena". Aku petik sedikit dari artikel Dr. Zubaidi Hj. Ahmad berkenaan Ovarian Cyst ni.

"Pada wanita yang normal, setiap kali kitaran haids, organ ovari akan membentuk gelembung dinamakan ovarian folikel. Ia mengandungi ovum, yakni benih wanita. Selepas ovum dikeluarkan, ovarian folikel ini akan mengecut, tetapi ada sesetengahnya terus membesar melebihi 2cm. Ini dinamakan ovarian cyst."

Untuk lebih memahami, anda boleh baca artikel penuh di laman web Dr. Zubaidi bawah tajuk Pembedahan Untuk Ovarian Cysts. dan juga Ovarian Cyst.

Sementara itu Dr. Hamid Arshat iaitu seorang pakar sakit puan pula menulis dalam blognya berkenaan cyst,

"Cyst adalah sejenis tumbuhan dalam kilang ovary. Mengapa ia digelar cyst? Sebabnya tumbuhan in mesti mengandungi cecair/fluids, samaada air, cecair becampur perotin, darah beku, darah haid , minyak dan lemak, lendir. Ia bolih disertai dengan tumbuhan daging yang munkin jenis kanser, rambut , cartilage, tulang dll"

So,mesti kita akan tertanya2 adakah Ovarian Cysts ni merbahaya atau tidak, kan? Jawapannya adalah bergantung kepada jenis cyst yang dihidapi itu sendiri... "sama ada malignant (jenis kanser) , benign (bukan kanser) , yang merosak benih dan peranakkan (endometriosis) dan yang bolih hilang tanpa rawatan (follicular cyst)"- Dr. Hamid Arshat- Anda boleh baca jenis-jenis cyst ini di blog Dr. Hamid Arshat di bawah tajuk Cyst Ovary bermacam jenis.

Alhamdulillah yg aku kena masuk dlm kategori 'benign'. Berdasarkan pembacaan dan sembang pengalaman dengan kawan2, ada yg mengalami cyst ni tidak mempunyai tanda2 sakit, ada pula sakit yg teramat. Ada seorang sahabat pula kena semasa pregnant. Cyst ini hanya boleh dikesan dengan melakukan pemeriksaan ultrasound. Kalau lagi besar cyst ni lagi bahaya dan perlu dibuang dengan segera. Klu kes yg dh merosakkan ovari, maka ovari tersebut terpaksa dibuang. Cyst boleh terjadi sama ada sebelah sahaja atau kedua2 belah iaitu kiri dan kanan. Kalau kecik hanya perlu menjalani laparoscopy tetapi kalau saiz cyst tu sudah terlalu besar maka open surgery terpaksa dilakukan. Tapi yg menakutkan adalah cyst ini boleh berulang. Kecuali kes yg dah buang ovari tu, habis cerita la kan, sebab proses tu dah x berlaku, kan. Itu la apa yg aku tahu serba sedikit dan kita sebagai orang Islam sudah pasti la kena banyakkan berdoa. Usaha secara saintifik sudah pasti la kan, tp jangan dilupa kepada Allah S.W.T kerana dengan izin-NYA sesuatu itu berlaku.

P/S: Bagi mereka yg berminat mengenai hal-hal kesihatan atau mempunyai kemusykilan tentang kesihatan, anda boleh mengemukakan persoalan anda di alam maya ini di Facebook Dr. Zubaidi iaitu Klinik FB Dr. Zubaidi atau hal-hal sakit puan di Facebook Dr. Hamid Arshat

nanti sambung lagi....hehehe

3 comments:

  1. kak ina ..
    memang ramai yang ngidap menda alah ni kan. moga akak cepat sembuh la.nak tanya kak la, selain tanda sakit perut tu, ada tanda lain lagi ke? cam kuar darah ke apa ke?

    ReplyDelete
  2. Izah,
    Itu la zah, ramai yg kena.
    setakat yg akak duk sembang dgn kawan2, tanda2 cam keluar darah tu tak pasti la. tp tanda2 lain adalah spt perut kita makin membesar atau kitaran haid yg tak teratur atau tempoh period yg panjang. Semoga kita semua diberikan kesihatan yg baik hendaknya, InsyaAllah.

    ReplyDelete
  3. Kalau betul da kanser ovari. JANGAN RISAU. primaseries ada jawapannya. www.primaseries.my

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...