Dermags Kulai

Dermags Kulai
R&D Skincare

Friday, March 25, 2011

KISAH SAKIT KT NEGARA ORANG

Assalamualaikum dan Selamat Pagi buat semua,

Apa khabar semua? Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat dan gembira serta ceria2 gitu. Dah sebulan lebih kan takde entry baru kt sini. Buat mereka yg tinggalkan jejak tu, InsyaAllah akan saya belek2 dan jejaki anda. Terima kasih sudi berkunjung ke blog yang tak seberapa ni. Hehehe....skema giler intro... HA! HA! HA! gelak sekali untuk ceriakan suasana kt sini, nanti nak bukak cerita sedih lagi melankolik ni....huhuhuhu....

Seperti yang sedia maklum, entry yg lepas aku ada cerita pasal aku menjalani laparoscopy kan. Terima kasih jgk buat sahabat2 yg sudi tinggalkan komen dan wish cepat sembuh. Syukur Alhamdulillah sekarang ni keadaan bertambah baik. Masa sakit camtu memang doa semua orang amat bermakna dan bernilai sekali.

Hari ni takde entry masak2 tau! kena kumpul mood dulu la, hehehe... (eh, penat la aku taip perkataan hehehehe...ada sape2 reti tak camne nk masukkan smiley yg bergerak2 bergedik mcm dlm ym tu kt blogger ni? klu reti, boleh tlg ajarkan tak...macih). Ok, hari ni nak ceritakan pengalaman aku sakit kt negara orang. Errkkk, ada org nak baca tak ni...? Cerita ni panjang tau...tp klu korang baca, memang terharu la aku...huhuhu



Alkisahnya mula2 tu aku sakit perut kt sebelah kiri, bahagian bawah. Orang kata klu perempuan sakit kt bahagian perut (abdominal pain) ni macam2 boleh jadi kan. Maksudnya kena further check la untuk nak tahu apa sakit sebenar. So, setelah 3 kali pegi GP (General Practise) atau dlm bahasa mudah, klinik la...baru la doktor tu suggestkan buat ultrasound. Kat sini aku rasa macam pelik sikit. Erkkk, sebenarnya bukan pelik tapi berbeza skit dgn tempat kita. Ingatkan klinik dh canggih mcm tu bleh jer scan kt situ rupa2nya kena pegi tempat khas iaitu Auckland Radiology. Macam kawan2 yg mengandung kt sini, cek dgn midwives kt lain, scan kt lain, cek darah kt tempat lain plak. Arrhhh....sungguh meletihkan. Kalau kita kt mesia, pegi klinik kesihatan tu, serah diri jer kan...semua pemeriksaan ada kt situ. Tak payah nak berkejar ke sana ke mari.



So, setelah membuat appointment maka bergegas la kami ke Auckland Radiology yg terdekat. Sebenarnya ada banyak location tapi yg paling dekat dgn rumah dah full so, terpaksa la cari yg ke-2 dekat. Naik la kami bas. Kenapa naik bas? Sebab takde kereta. Kenapa takde kereta? Uwaaaaaa.... sebab tak mampu...huhuhuhu....sediiihh. Sila sedih yer. Sebab apa tak mampu? sebab parking kete kt Auckland City ni mahal. Konpius? Takpe, yang ni kita cite lain kali plak yer. Okeh, sambung balik. So, setelah selesai scan, doktor yg scan tu sepatah apa pun dia tak cerita pasal result scan. Dia cakap report dh hantar ke GP. So, maknanya kena pegi GP plak la. Sib baik la GP tu dekat jer. Tp kt sini mmg mcm tu, of kos la kan kena daftar dgn GP yg dekat dgn kawasan rumah kita. Kat sini bukan sewenang2nya boleh pegi hospital kecuali klu emergency/hujung minggu. GP tak buka pd hari ahad. Klu pegi hospital hari biasa mesti dia akan tanya dh pegi GP dulu ke belum atau ada surat dr GP ke tak.



So, keesokkannya kami pun pegi la GP. Doktor yg sama jgk la. Berdasarkan report dia kata ada ovarian cyst. Nothing serius katanya (ayat nak menyedapkan hati...hehehe). Lepas tu katanya kena refer pakar (gynecologist). Kebetulan pulak masa tu sehari sebelum krismas. Korang bayangkan klu mcm kita kiranya esok nak raya la. Doktor tu pun aku tengok mmg dh memancar semangat nak raya dia tu. Korang jgn tak tau dorang kt sini raya mengalahkan kita tau. Cuti tak hengat! So, adalah tidak dapat dipastikan dapat ke tak pakar kt national hospital (hospital kerajaan) di saat2 dh nak krimas. Klu nak jumpa of kos la kena appointment. Kalau appointment, maybe kena Q plak. Arhhhh, senang citer nak cepat pegi private la. Lepas tu kami ckp tak kisah la sebab memikirkan dh nak krismas kan. dan tak tau mereka ni cuti lama mana sedangkan aku nak tahu macam mana keadaan aku ni. Lepas calling2, doktor/GP ckp gynecologist tu available dan dia set kan appointment jam 1.30 tgri.



Bergegas la kami ke sana. Sampai sane sebelum 1.30 tghri. Setelah daftar kt kaunter, kami pun duduk la kt ruangan menunggu. Sepanjang tunggu tu aku tengok kakitangan kt situ termasuk doktor ke hulu ke hilir. Muka sorang2 nampak happy. Lepas tu ada yg kelek hadiah, ada yg dh say bye-bye....nak raya katakan. Ah, sudah... dah nak tutup ke apa ni. Lama pulak menunggu dalam 30-40 minit kot baru keluar pakar yang kami nak jumpa tu. Alamak! Doktor lelaki la. Nak buat macam mana kan, kt mesia pun ramai doktor sakit puan yg lelaki kan.... klu dh darurat apa boleh buat. Sembang lebih kurang 10-15 minit, Dr. Sowter tu tgk report & filem (filem ke org panggil yg mcm negatif x-ray tu?) hasil ultrasound dan dia kata kena buat scan sekali lagi, lebih kurang selepas sebulan gitu. Klu cyst tu tak hilang maka kena lakukan laparoscopy. Kemudian dia bagi aku risalah pasal laparoscopy dan endometriosis untuk aku study agar lebih faham. Sekejap gitu jer jumpa, mak aih... boleh tahan jgk bayaran consultancy tu. Nasib baik boleh claim dengan insurans. Masa bayar kt kaunter dan nak tetapkan next appointment, sempat la kami tanya tempat tu cuti raya lama mana....tu diaaaa, 3 minggu cuti. Hambeekkk!

bersambung.....

(jangan mareee yerr... nanti aku sambung pasal apa itu ovarian cyst, tp sure ramai yg dh tau, kan?)

* gambar cilok dr google/website tempat2 kesihatan yg dinyatakan.

4 comments:

  1. ohh gitu kisahnya Ina...alhamdulillah dah selamat tu semoga cepat baik yer...nieza pun ada buat rawatan kat sini tapi alhamdulillah kat Finland ni medical bagus tapi mahal la.

    ReplyDelete
  2. Salam Ina. Semuga cepat sembuh sepenuh nya. Susah nya kalau sakit kat negri org tp tentu lebih canggih kot. Take care.

    ReplyDelete
  3. Nieza,

    Terima kasih. Kt sini pun serba mahal jgk. Bagus tak bagus tu 50/50 la... tp kekadang rasa cam bagus jgk kt negara sendiri....hehehe...


    Along;

    Wassalam. Alhamdulillah skrg dh boleh beraktiviti mcm biase. Itu la Along, sakit kt negara org ni ada mencabar sikit la....

    ReplyDelete
  4. salam ina...kak wan selalu jenguk je kat sini...tk sempat pun nak tinggal komen...

    penatnya nak dpt result..pegi sana sini...baca entry ni pun dh penat...he3

    moga cepat sembuh... ;-)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...