Followers

Saturday, August 21, 2010

AYAM MAMAK



Sumber Asal : Soda Hikari
Sumber : Hana
Sumber : Mas
Sumber : Izah


Ayam mamak ni menu berbuka semalam. Kebetulan ada isi ayam tak tau nk msk apa, sekali tgk kt blog izah terus tertarik. En. H pun tertengok gambar ayam mamak izah tu, terus dia cakap ayam tu nmpak sedap....hahahaha. Tp sayang seribu kali sayang... 'TER' buat pedas sikiiiiiit.... langsung terus berpeluh2 org tu makan. Kesian pn ada. Tp aku yg kaki pedas ni mkn cam xde perasaan jer la....huhuhu. Masak follow bahan2 jer, kuantiti main hentam aje sbb nk cepat. Lg pun msk sikit ajer. Sian laki aku, huhuhu...next time i kurangkan cili, wokeh. ;-) Btw, resepi ni asalnya dari udang tp nmpak menarik pulak si izah meng'ayam'kannya....hehehe...tp yg start 'derhakakan' resepi ni adalah mas...tq mas!

Bahan-bahan

  • 1/2 ekor ayam - potong kecil2 dan bersihkan
  • 2 biji limau nipis - ambil jusnya (saya guna limau kasturi) - aku guna lemon
  • 1 biji bawang besar - cincang
  • 1 biji bawang putih - cincang
  • 1 cm halia muda - tumbuk
  • 1 batang serai - di ketuk
  • 1/2 cawan air/stok ikan (saya guna air stok ayam) - aku guna kiub ayam
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar serbuk kari ayam
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 senduk gulai cili kisar
  • 2 tangkai daun kari - x bubuh sbb xde
  • 4 helai daun pandan
  • Garam, gula serbuk lada sulah

Cara-cara

  1. Perapkan ayam dgn garam, serbuk lada sulah & jus limau untuk seketika.
  2. Panaskan minyak, goreng ayam hingga masak, ketepikan.
  3. Dalam kuali berasingan, tumis bawang besar, daun pandan, daun kari hingga naik bau.
  4. Masukkan bawang putih, halia, serai, serbuk kari & cili kisar, goreng seketika.
  5. Masukkan sos tomato, sos cili, serbuk lada hitam, stok ikan, garam, gula secukup rasa, gaul sebati.
  6. Last, masukkan ayam, balik2 kan & tutup api.

5 comments:

  1. kak ina...terliur tengok ayam mamak tu...dah tahu gerenti sedap sangat...mas selalu buat ayam mamak ni, makan dengan nasi tomato lagi sedap, serasi gitu...

    ReplyDelete
  2. alahhh alahh..merahnya memang berasap..kesian en hubby..meletop telinga ye..hehehe

    ReplyDelete
  3. @Mas,
    match ngan nasik tomato ek mas... nanti akak cuba next time. tp kena pastikan btl2 x terlebih cili lg, takut ada plak yg serik nk makan, hahaha...

    @Izah,
    tu la zah, merah x hengat. sib baik x berair mata tu. kijam betol bini ni taruk cili...hahaha QC terlebih piawaian, akak ni mmg failed bab2 cili neh...

    ReplyDelete
  4. mas dah try buat kak, masak nasi tomato, kari daging, ayam masak merah ngan ayam mamak, last2 ayam masak merah ngan kari kurang laku, ayam mamak ni yang habis dulu, family mertua cakap sedap makan ngan nasi tomato...ada kelainan sikit...nanti akak cuba la buat, pada mas memang serasi...

    ReplyDelete
  5. @Mas,
    wokeh mas, next time akak try. best jgk kan ada kelainan. asyik lauk sama jer, jemu jgk kan...pndai plak mas kahwinkan lauk ngan nasik ni yerk...hehehe...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...