Followers

Saturday, August 07, 2010

KUIH LAPIS




Sumber : Tulip77 MyResipi

Kuih lapis ni buat khamis lepas tp malas btl nk upload. Tiba time rajin, keluar error la pulak. Last2 peram dulu la 2-3 hari...hehehe. Sebenarnya dah lama duk skodeng resepi kuih lapis kt MyResipi tp x tau nk try yg mana satu. Last2 cuba resepi ni..sbb apa...sbb tepung beras mmg ngam2 tinggal secawan. Dan hasilnya mmg sgt memuaskan. Mmg nk simpan la resepi ni. Senang pun senang. Klu x caya, cuba tgk kt myresipi, punya la ramai yg telah mencuba. Aku x blend pun...kacau camtu ajer. Wokeh, layan resepi kt bawah.

Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula (leh kurangkan klu x suka manis sgt)
  • 1 st garam
  • 2 paket santan serbuk - aku guna 2 tin (kecil) santan
  • 1 st minyak masak
  • 3-4 titik sirap merah perasa ros atau pewarna kuning/hijau etc. - aku guna pewarna merah, kuning & hijau
  • 4 cawan air ***

  • Cara-cara

    1. Dalam blender, masukkan gula,santan,tepung beras,tepung gandum,minyak,garam dan 2 cawan air. Blend hingga semua bahan bersatu & tak berketul. Panaskan air dalam kukusan.
    2. Keluarkan adunan dari blender & isi dalam bekas. Tambah lagi 2 cawan air,kacau rata.
    3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letakkan satu bahagian pewarna kuning & satu lagi dgn pewarna hijau. Kacau biar warna sekata.
    4. Utk memudahkan kuih ni dikeluarkan, sapu loyang dgn sedikit minyak dan letak plastik cling. Masukkan 2 cwn adunan warna kuning & kukus selama 5 minit.
    5. Lepas 5minit,masukkan pula 1 cawan adunan warna hijau dan kukus selama 2minit. Kemudian selang seli warna hijau dan kuning hingga adunan habis.
    6. Lapis yg terakhir warna hijau dikukus selama 20minit. Bila dah masak alih keluar dari kukusan dan tunggu hingga kuih ni sejuk.
    7. Dgn hati2 tarik keluar plastik cling bersama kuih lapis tadi. Utk lebih kemas,kuih ini blh dipotong dgn benang dan setiap lapisan kuih ini blh dibuka :)
    8. * Jika guna loyang non stick, x perlu letak plastik cling, hanya sapu sekeliling dgn minyak.

    ** jika guna pelbagai warna, boleh bahagikan adunan mengikut warna yg disukai. dan lapis spt biase.

    ***bg yg berada di NZ, boleh gunakan santan spt di bawah. 1 tin ni x cukup pn satu cawan so, kena tambah sedikit air untuk jdkan 1 cawan. Guna 2 tin santan ni & tambah air sehingga cukup menjadi 4 cawan santan cair.




    insyaallah...halal..

    5 comments:

    1. salam ina...cantiknyer kuih lapis tu-rajen betul bt kaler2 camtu :)

      ReplyDelete
    2. salam na... waaaaa cantik u lapis tuh! ttba plak aku terasa nk mkn kuih lapis! mintak sketttt!

      ReplyDelete
    3. ina..bestnya kuih lapis...nk cuba satu leh...he3....

      ReplyDelete
    4. @deliah's deli
      salam kak, tu la, dtg mood nk main kaler2 plak... baru smngat sket nk makan...heehe

      @k.hana
      sedap kak...nanti bulan pose nk buat lg ni....heehe, baru meriah sket pose...ngeh ngeh ngeh

      @k.wan
      kuih lapis kalerpul camne pon, rasenya tetap same jer... hehehe...

      ReplyDelete
    5. This comment has been removed by the author.

      ReplyDelete

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...