Followers

Wednesday, August 04, 2010

TUMIS AIR SAWI DENGAN KEROPOK

teringat dulu penah msk ni masa bujang,
1 of my frens ckp 'ko msk sup keropok ker?' adesssss...



Pelik? Mana ada pelik pun, hehehe. Ini masak tumis air biase ajer, cuma masukkan keropok keping. Ini bkn saje2 reka tau mmg pesen nyer mcm tu. Mak aku slalu msk ni. Masakan biase la kiranya kt tmpt aku, kt kg aku. Kt tmpt org lain x tau la kan. Tp ni aku ngejas2 la skit & letak carrot, klu ikut yg mak masak biasenya tumis letak sawi & taugeh jer la sayurnya & prefer isi ikan. lain2 same jer. My feberet mkn nasi dgn sayur ni serta sambal belacan & ikan bakar/panggang atau ikan goreng. x pyh lauk lain dh...hehe

Apa yg bestnya kt sini, yeay! yeay! dapat kropok free dr akma. Mekacih akma. Mmg suka sgt ni ha dpt kropok. Hari tu dh dpt kropok dr jiran langit ke-12, sakan tngk world cup smbil kunyah kropok. Aisey, begitu beharga keropok. Klu kt kg pndang keropok gitu2 aje, almaklum la org ganu kan, dh puas mkn keropok... Hambik ko, dh smpai sini baru tau beharganya keropok....hehehe.

Bahan-bahan
  • 2 biji bawang merah - ditumbuk
  • 1 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1/2 inci halia - ditumbuk
  • 10 biji lada hitam - ditumbuk
  • sejemput ikan bilis/ isi ikan - ditumbuk (bilis x nk tmbuk pn x per)
  • setangkai/sepokok sawi
  • segenggam taugeh
  • 1 batang lobak (optional)
  • 3 biji fishball -dibelah 2 - klu guna homemade, buh la byk mana yg suka
  • suhun secukupnya - x letak pn sbb xde
  • 6 keping keropok ikan
  • 2 1/2 cawan air / secukupnya
  • secubit garam

Cara-cara

  1. Ikan bilis direndam seketika, kemudian ditumbuk bersama bahan2 lain.
  2. Tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.
  3. Masukkan air. Kemudian masukkan carrot.
  4. Masukkan keropok, fishball diikuti suhun serta sawi & taugeh kemudian garam.
  5. Bila keropok nampak lembut, boleh tutup api.
  6. Jgn masak keropok terlalu lama, nanti keropok hancur... mcm dlm gambar tu...hehehe..tu kes berangan la tu....hihihi


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...