Followers

Tuesday, August 03, 2010

MARBLE BANANA MUFFIN




Sumber 1: Bisous A Toi
Sumber 2: Izah
Sumber 3: Mas
Sumber 4: K.Nor
Sumber 5: Hana

Ok, dh study pasal teknik dan tips membuat muffin maka aku pn try la buat muffin ku yg pertama. Amacam? jadi tak? tak tau la...hahahaha... Tp rasanya sedap..mmg sedap. Tak rugi mencuba. Tgk sumber2 kt ats yg telah ramai mencuba. Sedap la tu klu ramai yg cuba....hehehe..Muffin ni bleh masuk dlm list la. Cuma kena asah lg skil spy x terlebih aduk sbb muffin aku ni nmpak cam ada lubang skit2. Mengikut nota k.hana tu klu ada lubang maknanya terlebih aduk/kacau la.

Bahan-bahan

Bahan A
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan gula kastor (saya guna cuma 1 cawan-itu pun masih manis)
  • 1 sudu besar baking powder
  • 1/2 sudu teh garam

Bahan B

  • 1 biji telur (L)
  • 1 cawan susu segar
  • 1/2 cawan minyak masak (mentega cair)
  • 1 cawan pisang lecek kasar
  • 1 sudu besar coklat paste
  • Topping: Coklat chip/ Walnut/ apa apa yang disukai

Cara-cara

  1. Ayakkan tepung bersama baking powder dan satukan semua bahan A ke dalam satu bekas. Ketepikan.
  2. Satukan telur, susu segar dan minyak dan gaul hingga sebati. Masukkan adunan susu segar tadi ke dalam bahan A dan gaul sebati. Jangan gaul terlalu lama, cukup sekadar bersatu dan masukkan pisang yang dilecek kasar tadi.
  3. Bahagikan 2 adunan, dan masukkan coklat paste ke dalam satu adunan. Kemudian cedokkan ke dalam muffin pan dan selang selikan untuk marble kan muffin.
  4. Bakar pada suhu 190 C selama 25 minit.

4 comments:

  1. kak ina, jadi la muffin tu..cantik muffin tu naik..sedap kan...mas pun suka...senang plak tu nak buat...

    ReplyDelete
  2. tul tu mas, sedap btl muffin ni.. senang pn senang kan...akak mmg suka klu yg sonang2 ni...hehehe.. tp sape yg x suka manis kena ngejas balik la part gula tu...

    ReplyDelete
  3. wah...bestnya muffin pisang...my feveret tu...he3...

    kak wan biasa buat muffin coklat sbb ahmad tk makan selain dari coklat...

    nanti nk try wat la muffin pisang..nampak menyelerakan...mmg jadu sgt dah tu utk pertama kali...

    mmg terer la...blk malaysia nanti dh blh bukak kedai kek... =)

    ReplyDelete
  4. k.wan, try la...sedap muffin ni. klu ahmad suka cokelat, k.wan x pyh buat marbel...buat coklat smua tp still rasa pisang.

    buka kedai? hahahaha...kena masuk kursus dulu la...hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...