Macam biasa tuan rumah tenggelam timbul. Kali ni takde cerita masak2 cuma nak berkongsi pengalaman bercuti baru2 ini. Sebelum ni aku tak pernah lagi masukkan aktiviti bersiar-siar atau senang cakap aktiviti makan angin sampai kembong, hahaha. Sebelum ni semuanya sumbat kat facebook jer sbb malas nak cerita. Tp kali ni datang kerajinan pulak la kononnya.
Untuk pengetahuan semua (yg rasanya memang dah tahu pun kan), New Zealand ni terbahagi kepada dua pulau iaitu North Island dan South Island. Kami sekarang kt Auckland dan Auckland (atau orang Malaysia kt sini suka spell 'oklen', hehehe) adalah terletak dalam North Island. Manakala Christchurch tempat yang selalu kena gempa bumi tu adalah terletak dalam South Island. Lain2 kawasan yg terletak dalam kedua2 pulau ni, korang google sendiri la yerk, hehehe. Kedua-dua pulau ni dari segi suhu memang berbeza iaitu South Island lebih sejuk dan ada salji bila tiba musim winter manakala North Island tarak salji kecuali masa bulan puasa tahun lepas jer yg gempar seketika. Masa tu salji turun dengan lebatnya di Wellington (ibu negara New Zealand) dan di oklen salji turun dengan malu2 kucing jer, hehehe.
OK, takpe, aku rajin tepek map NZ. Mintak dengan pokcik google tadi.
Apa? peta kat atas berserabut? Ok, kita tengok yg simple kt bawah yer.
Sekarang dah nampak kedudukannya kan? Sekian, kelas geografi kita, keh keh keh...
Ok, berbalik kepada cerita cuti2 New Zealand tadi, kali ni kami jalan2 ke Northland iaitu konon2nya kawasan paling utara la di North Island ni. Asalnya takde plan pun nak pergi jalan2 ni (almaklum la elaun pun tak masuk lg masa tu dan ada beberapa perkara yg perlu diselesaikan). Tp mengenangkan ajakan sahabat yg dah nak balik Malaysia for good (skrg dh balik pun kawan tu...) so, kami folowwwww je la. Lagi pun kalau nk bercuti ke tempat2 macam ni kena pegi ramai2 baru seronok dan satu lagi sbb kawasan tu jauh ke pedalaman jd kena la ramai teman supaya kalau jd apa2 tak de la pening kepala sendiri2 jer kan.
Sepatutnya kami memulakan perjalanan pada pagi sabtu tp pd hari tersebut ada perjumpaan MAPSA, eh pilihanraya MAPSA la. Dan kebetulan one of kawan kami tu pulak jadi committee election (SPR la tu konon, muahahaha) so, tak leh la nk ngelat dari majlis MAPSA itu. Takpe la, sebab kami pun lagi sebulan dua dah nak balik Malaysia dan majlis MAPSA ni kira cam last la so, kita orang datang aje la sebagai support kepada kawan-kawan. Lepas dah mengundi, dan makan kenyang2 kt majlis MAPSA, solat dan selesaikan apa yg patut maka kami pun berangkat la.
eh, panjangnya intro cerita aku.... hahahaha....tak pe la...kasi la can tuan blog nak fefeeling jadi penulis kembara gitu. muahahaha. perasan!
Sambung lagi. Maka bertolak la kami 3 keluarga dalam pukul 4.30 pm dan selepas 1 jam ke 2 jam camtu kami berhenti di Kauri Museum. Tapi sayang, muzium dah tutup. Yer la, dah lewat. So, ambik gambar aje la kt luar dan solat Asar kt parking. Takde orang pun sebab kawasan tu macam terpencil. Kauri ni adalah kayu balak so Muzium Kayu Balak la ni. Mengikut kawan yang dah pernah masuk, dalam muzium ni ada pelbagai peralatan dan perabot yang diperbuat dari kayu balak sejak dari zaman dahulu lagi.
Selepas itu kami meneruskan perjalanan. Dalam perjalanan sempat la snap sekeping dua gambar biri-biri, pemandangan yg merupakan trademark di New Zealand ni.
nampak tak titik2 putih di seluruh padang ni? itu la biri2 yg berserakan, lepas bebas.
Agaknya sebab tu daging kambing dan lembu kt sini lembut sebab dapat rumput yg fresh dan melambak2...hehehe
Destinasi seterusnya konon2 la nak ke pantai tapi dalam perjalanan nak ke pantai itu singgah di The Kumara Box. Niat asal nak turun ambik gambar sahaja tapi kebetulan owner kumara box itu ternampak kami dan minta kami masuk dalam 5 minutes untuk sekadar tunjuk2 tempat tersebut.
Menurut penerangan Encik Kumara (soriiiii, ahkak lupa nama owner tersebut), mereka sebenarnya ada membuat 'show' berkenaan kumara. Tapi, persembahan ini bukan la berjadual atau ada opening hours pukul berapa camtu sebaliknya berdasarkan tempahan sahaja. Maknanya ada demand ada la show, hehehe. Sebab, kata Puan Kumara (soriii, nama lupa lagi), mereka pun sibuk bekerja di ladang kumara, bila ada tempahan baru la mereka buat show tersebut.
owh, pakcik ni namanya Ernie, baru teringat bila tengok topinya itu.
cantik kan pemandangan kt belakang tu, mcm lukisan tp tu la ladang kumara mr. ernie.
cantik kan pemandangan kt belakang tu, mcm lukisan tp tu la ladang kumara mr. ernie.
di sini ada penayangan video segalanya tentang kumara.
tp sbb kita orang dtg mengejut so, takde la tayangan.
tp sbb kita orang dtg mengejut so, takde la tayangan.
nak naik train, kena la dapatkan tiket dulu.
Selepas penerangan Mr. Ernie serba ringkas, kami pun meneruskan perjalanan. Hari dah beransur gelap. Rancangan nak ke pantai terpaksa dibatalkan sebaliknya meneruskan perjalanan ke rumah yg telah ditempah. Perjalan membawa ke malam, tertido dan terjaga. Jalan pula macam ular kena palu, berlekor-lekor dah macam keropok lekor, hahahaha. Ada jugak yg mabuk. Berhenti seketika. Sape la yang mabuk tu yer. Dia sorang jer yg mabuk, penumpang lain rilek jer.... hahahaha.
Kemudian teruskan lagi perjalanan. Adohai, bila la nak sampai. Kereta satu lagi dah ber'walkie-talkie' tanya 'lambat lagi ke nak sampai'. Driver jawab lagi setengah jam. Akhirnya sampai la ke kawasan yang dituju. Dah sampai, kena la mencari nombor rumah pulak. Dapat dirasakan kawasan sekitar berbukit. Gelap gelita tanpa lampu jalan. Apa pun tak nampak. Dua tiga kali pusing jalan yang sama tapi masih lagi gagal mencari nombor rumah. Haishh, betul ke tak kita ni. Tak kan kena tipu kot. Mustahil.
Berpatah lagi sekali, akhirnya jumpa la nombor rumah yg cenonit, cekenit. Patut la jenuh mencari. Dah tu baru jumpa nombor rumah, rumahnya tak nampak lagi. Maka, kami pun follow ajer la nombor rumah dan anak panah yang menuju ke satu lorong yang gelap gelita. Masa tu yang ada cuma lampu kenderaan kami sahaja yg memancar dan menampakkan pokok2 di sekeliling. Aku tak tau pokok apa, tp agak2 seperti pokok pine kot yg macam dalam hutan citer omputeh tuuuu. Sudah! Dalam hutan belantara mana la pulak rumah niiiii..... skeriiiii. Masa ni terfikir, nasib baik la datang bertiga keluarga, kadar keskerian itu cuma beberapa peratus jer la....hehehe.
Bersambung...
heheh.. tergelak baca encik kumara n puan kumara tu.. ada jugak ladang ubi rupa2nya, xpernah jumpa pun..
ReplyDeletewindunyer nk berjalan beramai2 camtu.
hehehe...kesian pakcik tu tak pasal2 dh dpt nama encik kumara.
ReplyDeletesebenarnya akak pun tak tau ada ladang kumara ni. dah driver bawak, follow ajer la. seronok kan jalan ramai2 camni. kenal tempat orang.
hehehe...kesian pakcik tu tak pasal2 dh dpt nama encik kumara.
ReplyDeletesebenarnya akak pun tak tau ada ladang kumara ni. dah driver bawak, follow ajer la. seronok kan jalan ramai2 camni. kenal tempat orang.
Hello dearie...apa khabar???? Lamanya tak kemari...adeyyyy!
ReplyDeleteWah besnya gi jejalan overseas..nice pics!
Psst..I fractured my finger dear and it bent sideways. Buat surgery letak wire to straighten it. Dah 2 weeks plus dah..another less than 4 weeks to go for removing it. Huhu punyalah sakit! So cuti dapur almost minggu dah ni..hehex!
Thanks ya for visiting me ;)
tercengang je saya enngokkan gambo2 orang jenjalan tu. tq kak share cerita n pengalaman akak
ReplyDeletesalam rindu ina!apa khabar?wahh lamanya menyepi..nieza pun lama tak singgah sini..apa khabar org Auckland?harap sihat ya.bestla baca ceter jlnx2 tu..letakla gambar byk sikit..kita yg lum sampai sana ni dpt tgk gambar dan dgr ceter ina pun jadilah..btw, tq sharing yer:)
ReplyDelete@Love,
ReplyDeleteowh, camtu. kesian kt u, dear. camne boleh kena tu? angkat barang berat ke? i klu sebut surgery ni mmg skeriii sikit la, huhuhu. mmg tak boleh jd doktor! (mmg cannot pun sbb tak pandai, hahaha!). apa2 pun semoga cepat sembuh k.
@izah,
jaga2 tercengang tu jah, jgn sampai masuk lalat sudah! hahaha.
@nieza,
Alhamdulillah sihat. gambar banyak cuma tak berapa rajin nak edit. yg ni pun takde edit2 terus masuk jer, hehhe. nanti kita tambah gambar lg yer. :)
Salam ina.. Sihat tak? Bestnyer jalan2.. Cantik tempatnyer! bila la dpt nk g mana... Tgk gambo ajer la... huhuhu
ReplyDeleteAkak cuti aritu da blk kg pehu g melaka.. Skrg nih kat kl plak.. Hihihi
hai ;)
ReplyDeletesukar melupakan ladang rumput dan bebiri di Nz