Followers

Tuesday, February 14, 2012

Jalan-jalan ke Northland Part II : Cape Reinga

sambungan dari Jalan-jalan ke Northland.

Akhirnya setelah di hujung jalan maka kami pun bertemu la dengan sebuah rumah.  Terpencil sungguh. Keadaan sekeliling memang gelap gelita.  tp, Alhamdulillah jumpa jugak akhirnya walau pun hari dah menjengah ke tengah malam.  Semua orang dah kepenatan.  Dalam hutan pun dalam hutan la.  Turun dan punggah segala barang-barang.  Rumah tu ada 4 bilik tidur dan 2 bilik air.  Masing-masing mencari bilik yg berkenan di hati.  Memandangkan keluarga aku cuma bertiga so, kami memilih bilik yang paling kecil.  Anak-anak yg tadi tertido dalam kereta dah menjadi seronok yang amat bila berkumpul sesama geng dia orang.  Lepas membersihkan diri, perut pun lapar, sempat lagi masak dan panaskan bekal yang dibawa.  Sedar tak sedar dah pukul 2 pagi.  Masa untuk tido, nanti pukul 4 lebih dah masuk waktu subuh.

Disebabkan masa tidur terlalu sekejap so, lepas solat subuh masing-masing terbungkam semula melayan mimpi indah yang tak berapa nak indah sbb dah penat sangat.  Kemudian aku tersedar bila terdengar bunyi orang bersembang di dapur yg sekali dgn ruang tamu.  Maka, bangkit la aku dr tidur yg mmg sah2 lena, hehe.  Setelah membersih diri maka menuju la ke dapur.

"Eh, dah lama ke korang bangun?"
"Baru jer"

Mata memandang ke hadapan.  "Ya Allah, cantiknyaaaaaaa!".  Itulah perkataan yg terlucur secara otomatik bila terpandang pemandangan di hadapan.  Yer la, semalam masa sampai keadaan gelap gelita, ingatkan dalam hutan belantara rupa-rupanya rumah ini menghadap laut yg sungguh biru dan mendamaikan.  Subhanallah.  Maha Suci Allah yang mencipta alam yg indah sebegini rupa.



Owh, aku sudah berangan2 alangkah syoknya mempunyai rumah percutian seperti yg kami sedang berada di ketika itu.  Mimpi! hehehe.  Sebenarnya orang New Zealand ni mmg suka sangat rumah atas bukit dan menghadap laut.  Nanti akan aku letakkan gambar2 dalam rumah dah kawasan sekitarnya.  Sekarang kita sambung balik kisah percutian ni.
So, hari kedua kami berangkat ke Cape Reinga yang berada di hujung dunia New Zealand ni, hehehe.  Nak gi tengok rumah api jer dan pemandangan2 yang sangat indah.  Ya Allah, cantik! sangat cantik.  Inilah nikmat yang tak dapat didustakan lagi!


sejarah cape reinga
saujana mata memandang...
mereka kata di sini dua laut bertemu. nampak tak ombak dari kanan menuju ke kiri dan ombak dari kiri menuju ke kanan?
namapk tak rumah api hujung sana? jauh tu nak kena menapak. boleh kurus i! hehehe...


1 comment:

  1. wahhh!! rindunyerrr kat Nz!!
    chanteknyer view^___^

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...