Amacam cuti korang semua? Mesti syok kan. Kami masih lagi dalam mood bercuti. Sepatutnya hari ni Mr. Haza dah masuk ofis tapi sambung cuti lagi alang-alang faqihah punya cuti tadika sampai hujung minggu ni. Isnin depan baru bukak. Alhamdulillah pernikahan adik Mr. Haza selamat sudah. Nanti kalau aku rajin aku upload gambar, maklum la part pilih2 gambar tu yg lomah sikit, hehehe.
Hari Ahad after kenduri kita orang gerak balik penang. Hari isnin sepupu Mr. Haza bertunang kt penang. Hari selasa apa lagi, :D gerak ke Kuala Perlis la. Itu pun bertolak dah tengahari gara-gara duk +- nak pergi ke tak. Mr. Haza la kepenatan setelah beberapa hari duk memancing. Jangan tanya hasilnya yer, muahaha. Yang adoooo. :p
Kita orang sempat la singgah ke Padang Besar. Giler ramai orang sampai selisih bahu. Nak pilih2 pun terpaksa bersesak2. Last2 beli baju kt Faqihah jer. Lagi pun dah janji dengan kawan nak makan laksa. Nasib baik la dapat makan jugak sbb kedai favourite kawan tu tutup la pulak hari selasa. Pegi kedai lagi satu pulak nasib baik la bukak, tu pun dah nak tutup sbb dah lewat petang. Gambar laksa tak sempat nak snap sbb dah kebulur laksa sangat kan. Aku pun malas nak snap depan kawan, hehehe.
Otw kitaorang ke Perlis sebelum tu sempat la singgah pekena cendol pulut kat Jo Cendol Pulut, Changlun. Aduh! enak tak terkata menikmati cendol di kala cuaca yang benar2 panas kat belah utara ni. Banyak betol dia orang letak buah kabung sampai tak habis aku makan. Faqihah pulak, dia buat perangai pelik macam orang tak pernah jumpa cendol. Dia kacau-kacau-kacau cendol tu last2 dia tak makan pun. Suruh try, dia tak nak. Mak dia laju je sluurrrpppp :D :D :D
tengok la muka pelik dia 'telek' cendol tu... |
banyak betol buah kabong |
ni mangkuk aku la...laju betol sedut..muahaha... |
menyejukkan tekak di hari panas
ReplyDelete