Yahooo! Musim
cuti kembali lagi, hehe. Cuti kali ni
kami melakukan aktiviti menghantar rombongan nikah kawen. Hari ni sibuk mengemas dan packing
barang-barang. Semalam dah turunkan beg
besar dari almari. Beg yang selalu
diusung ke sana sini terutama bila nak balik kampung :D Tapi kenapa macam tak sudah2 kemas baju,
entah apa lagi la yang nak disumbat ni.
Kalau boleh sumbat almari baju
bagus jgk, tak payah pening2 nak pilih2 baju kan….hahaha. :p
Petang nanti
InsyaAllah lepas Asar bertolak ke Semenyih dulu. Jumpa dengan family Mr. Haza dulu sebelum
sama-sama berangkat ke Parit Buntar, Perak awal-awal pagi besok. Tadi MIL text cakap bakal pengantin demam tak
leh bangun. Aduh, camne ni adik ipaq…lusa
nak nikah. Kalau awak perempuan tak apa,
duduk diam2 jer masa majlis akad nikah.
Ini awak yang nak kena jabat tangan tok kadi yg juga merangkap bakal pak
mertua awak. Harap-harap demam tu tak
larat la yer dan cepat2 sembuh. Ameen.
Kok ipaq dah
siapkan bekas hantaran kawen ni. Mr.
Haza nak sponsor untuk adiknya so, kena la aku yg hiaskan. Bekas sahaja okeh, barang hantaran di bawah
tanggungan pengantin, hehe. Aku ni bukan
la pandai sangat. Keras tangan. Main tempek2 guna pistol gam tu jer ha. Gubah2 aku tak reti. Agak-agak bekas kt bawah ni aku transform jadi camne? jd transformer? hahahaha..... sila jangan imagine canggih2 sebab aku tak sekreatif korang semua.
ini rupa sebelum...rupa selepas....tungggguuuuu... |
Cuti
seminggu, aktiviti nikah kawen tu 2 hari je.
Lepas tu apa lagi….buat agenda kita la pulak. Mr.
Haza ajak balik Penang, katanya nak pegi mancing. Adoiii, boringnya. Aku pujuk dia kalau nak balik penang, apa
lagi alang2 jom la kita ke Kuala Perlis pekena laksa perghliss. Tu diaaaaa, tak hengat punya jauh nak makan
laksa. Macam la kt negeri Johor yang
permai ni takdak laksa, hahaha. Alaaa…
tu trick jer tu, trik tak nak jadi penunggu sedangkan beliau syok2 nak pegi mancing
kan. Hahahaha… kelas tak idea? Sambil-sambil tu harap2 dapat la jumpa kawan
kat sana, kawan baik kami semasa berada di Auckland dulu. Semoga Mr. Haza tak reject trick aku ini walau pun trick ini sudah terbongkar, muahahaha.
No comments:
Post a Comment