Dermags Kulai

Dermags Kulai
R&D Skincare

Friday, February 15, 2013

First Time Makan Nasi Kandar

Aku tak pernah makan nasi kandar.  Mr.  Haza pun aku rasa jarang kot.  Kat Penang memang banyak restoren nasi kandar.  Tapi, tak pernah pulak terlintas nak pegi.  Kalau balik Penang, selalu yang terlintas cuma char kuew teow, laksa, meehun sup, pasembor, sotong kangkung, mee udang dan jeruk pak ali.  :D

Tengahari semalam sebelum bertolak pulang ke Semenyih, sempatlah singgah ke restoren nasi kandar.  Tu pun sebab adik Mr.  Haza yang kirim kt maknya nak tapau nasi kandar.  So, singgah aje la dulu walau pun driver dah bagi hint nak cepat ;)

Sepengetahuan aku nasi kandar ni mahal sikit la berbanding kalau kita beli nasi lauk kari kat kedai makan biasa, hahaha.  Entah la.  Ni nak try ni. 

Kedai pilihan adik Mr. Haza untuk untuk tujuan tapauan. MIL yg tunjukkan jalan sbb dh biasa pergi.


lauk-pauk semuanya merah-merah.  kita orang tapau campur serba sedikit dlm satu plastik.  mcm tu rupanya yer.


 yg mengirim nak lauk ayam goreng so, kita orang pun skali harung la ambik lauk sama.


berhenti kat RnR makan nasi kandar. tengok tangan budak sorang tu perabiskan telur masin ku...huhuhu

Kesimpulannya aku rasa biasa jer makan nasi kandar ni.  Macam makan nasi lauk kari je.  Tapi rasa kurang lengkap la sebab kat kedai tu takde sambal belacan, keh keh keh.  Almaklum la dah terbiasa makan nasi + kari + sambal belacan. :D



9 comments:

  1. salam ina ku. huhu!!!kros dulu pun masa zaman bujang mmg xpernah sentuh & tak pernah kenal pun nasi kandar ni tapi since kawin dgn mamu Kulim mmg dah jadi darah daging. bila time blk kulim sure p penang pekena nasi kandar. masa mula2 tu xpandai makan kuah banjir2 mcm depa tapi leni dah terer layan nasi kandar. terpaksa makan le klu tak lapor.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. k.ros, begitu la kan, bila kawen dengan org yg berbeza dgn kita nak2 cara pemakanan, kena la tekak kita sesuaikan rasa.saya dulu kurang jgk dengan kari tp skrg dh cik abe suka benor makan kari dlm smggu mesti nak kena masak kari jugak. hahaha...k.ros terpaksa makan yer klu tak lapor...hehe..saya pulak tghri tu mkn nasik kandar tapau ni, mlm belasah plak nasik lemak. ;)

      Delete
  2. Aslmkm Ina. Blueberry topping tu Along beli kat pasaraya kat miri. Cuba lah cari kat supermarket tentu ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Along. Ok. Terima kasih atas info ini. Akan cuba cari nanti :)

      Delete
  3. Hello Ina dear!!!! Apa khabar dear :)

    Wahhh teringin pulak nak makan nasi kandar now!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello love. not feeling well lah, ada demam sikit. ni jengok2 jer, nk update tak larat lg la. :)

      Delete
  4. salam ina. lama tak pekena nasi kandaq... nasi kandar ni sedap kalau makan kuah tu campur kuah2 yang ada kat situ. campur 3-4 jenis sekali, biar banjir sikit.. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam, saya masa tu baru tau yg orang makan nasi kandar ni campur2 kuah. nasib baik kuahnya semua kaler merah/oren gitu. klu tak mau saya rasa pelik jugak...hehehe

      Delete
  5. i like nasi kandar
    kalau awak dtg nilai boleh saya bawak ke satu kedai nasi kandar
    bukan mamak punya tau
    tapi melayu siam punya
    hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...