Mc? macam la keje, macam la bekerjaya ada Mc2 ni, padahal surirumah sepenuh masa sajo! hehehe. Emhh.....mc dr berblog, aci gitu?! :p Sebenarnya sejak balik dari bercuti masa chinese new year dulu tu, sehari dua tu rasa lemau jer. Lepas tu demam. Ok kejap pastu demam lg, on off camtu. Dah ok demam, tetiba kepala pulak sakit berdenyut2. Dugaaaaaannnn. Surirumah mana ada mc kan, sakit pun kena jugekk buat keje yg dirasakan kita je yg dpt buat...ceewaaah. Kalau tak nanti anak nak sekolah sape nak uruskan. Cik abe pagi2 dh ke ofis, anak plak sekolah tengahari.
Tapi minggu selepas itu sempat lagi pegi Zoo Johor. Mr. Haza tanya boleh ke nak pegi ni, cuaca panas, kan nanti sakit kepala lagi. Jawab aku, boleh jerrr....jalan-jalan kan...hehehe. Kemudian hujung minggu seterusnya ikut Mr. Haza turun KL. Dia dah siap2 belikan tiket train & flight. Lemah betul semangat aku dua kenderaan ni. Train sebab lambat sampai dan lambat sampai destinasi tp berada dalam train best sbb santai. Yang mencabarnya sepanjang perjalanan hingga sampai KL Central Faqihah memang over excited sampaikan aku tak larat nak layan dia. Non stop ada je mende dia nak buat dan tanya. Tu pun aku dh prepare siap2 kertas dan pencil colours. Tp sambil melukis sambil tu mulut dia ada je bunyi itu ini. Sampaikan ada uncle sorang berbangsa cina menyapa kami. Siap diberikan buah anggur dan epal. Dekat2 nak sampai, aku dh surrender, last2 pakcik kt seat belakang kami plak jd mangsa main 'au cak' dengan dia. Tp faqihah tak berani berganjak dr seat sbb aku dh warning siap2.
Flight pulak aku tak gemor sbb selalu jer aku naik dia akan bergegar langgar awan. Kalau cuaca mendung atau hujan tu, sebelum naik lagi aku dah kecut perut. Hari tu cuaca terang benderang tp berawan. Tak shukeee dia bergegarrrr!!! :D koman spanar tul kan haku :p
Beberapa hari balik dari KL, faqihah pulak demam. Panas betul badan dia. Alhamdulillah lepas makan ubat, demam dah ok. Tp tengahari semalam ada bintik-bintik merah kt badan dia. Balik sekolah nampak pulak kt muka. Semalam pegi klinik lagi. Doktor kata heat rash, cuaca panas. Nak kena balik New Zealand ni, nak cuaca New Zealand, keh keh keh...sempat lagi doc melawak. Klinik tu klinik panel Mr.Haza, Doc pun dh cam muka kami dan masa first time dolu2 dh mcm2 di'interview'nya.
Agak2 cuaca kat tempat korang macam mana yer? Panas jugak ke mcacm kt Johor ni? Kalau panas, banyakkan minum air dan rajin2 la mandi selalu yer, 5 kali sehari pun takperrr....hehehe :)
manakan sama cuaca mesia ngn nz
ReplyDeletetp kalau pegi musim sejuk sgt..nak keluar bilik pun malas
Irfa, kalau cuaca NZ jawabnya minta diri berbungkus kt dalam duvet/ comferter la jawabnya, hahaha...
Delete