Dermags Kulai

Dermags Kulai
R&D Skincare

Wednesday, February 06, 2013

Donut Keledek





yang banyak ni untuk tujuan frozen. :)


Assalamualaikum dan selamat pagi.

Menyambung lagi menu keledek.  Resipi ini asalnya adalah dari donut kentang yang dihasilkan oleh Ros Jintan Manis.  Kemudian ditukar oleh K.Nor Secubit Garam menjadi donut keledek.  Aku pulak ambik resepi ni kat blog K.Yati

Donut Keledek

Bahan-Bahan
  • 500 gram tepung gandum
  • 200 gram keledek yang telah direbus dan dilenyek
  • 4 sudu besar susu tepung
  • 1 biji telur (Yatie letak 2 biji telur, dipukul sedikit) - saya follow k.yatie
  • 200 ml air suam ~ Yatie letak 1/2 cwn je-tuang sikit2 masa uli doh - saya guna fresh milk
  • 3 sudu besar marjerin/butter
  • 3 sudu besar gula halus
  • 3 sudu kecil yis 

 Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.
  2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
  3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
  4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..

4 comments:

  1. suka donut
    tp x penah buat pun :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang, masukkan dlm bredmaker jer...hehe. rumah ni klu buat stok donut mmg hari2 2 beranak tu nk makan donut. pelik betol, tak boring2 ke, hehehe...

      Delete
  2. waduh..gebus gebas nmpaknya donut2 itew!! bak akak 2 ketui..daaapnyer!

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2 ketol jer ke kak? mana cukupppp...hahaha... ke diet? diet apa, akak dah kurus dan jelita lah :)

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...