Alhamdulillah petang semalam dah boleh keluar hospital. Skrang dpt la berehat kt rumah. Terima kasih buat yg sudi mendoakan, membantu, melawat dan mcm2 lg. Terima kasih jgk buat jiran yg byk tolong. Hanya Allah SWT shj yg dpt membalas sgla kebaikan itu. Sbenarnya ni bukan la gian sgt nk berblog, maklum la tgh sakit lg kan tp sbnrnya dh boring terlantar je. Kepala pn dh pening2...so, baik buat sesuatu yg dpt hilangkn boring smbil2 tlantar ni kan. lg pun taip pkai henpon je, bknya hadap pc pn. lg satu nk tnya pndpt sape2 yg penah ada pengalaman yg sama, kot2 la boleh share sumthin ke.
Sbnarnya hri khamis lepas aku msuk spital sbb menjalani pembedahan kecil. bukan open surgery yg kena toreh pnjang tu, huhuhu....yg tu lg seriau. yg aku jalani ni cuma laparoscopy, iaitu tebuk lubang (4 lubang) utk masukn alat (tmasuk kamera) kt perut dan sedut (benda yg nk dsedut-buang). nk lebih faham, pndai2 la korang search sndri apa itu laparoscopy....hehehe...sori, tuan umah pkai henpon je, x larat nk search dan link kan.
ni 1st time aku jalani pembedahan mcm ni. aku pn x tau pntang larang camne. same ke mcm org bsalin? tp aku rasa xde la teruk sgt mcm org bsalin cuma ada la jgk rasa sakit sikit2 je tp kepala mmg dizzy ler. dan perut sgt2 la lapar tp x tau nk mkn apa. mr. haza dh msk sup tp aku mkn skit je...ngada2 kan...hehehe. klu ikut hati aku nk belasah aje mkn mcm2, tp risau jgk sbnrnya...hehehe
ok la kepala dh fonin benar ni. sape ada idea the good food utk recovery, bgtau la. tp jgn ckp ikan haruan plak. mane nk cekau weh kt auckland ni.... tenkiu.
Saturday, February 19, 2011
Wednesday, February 16, 2011
CUTI BER-BLOG SEKETIKA
Assalamualaikum W.T.H.
Tuan rumah akan cuti2 dr berblog seketika kerana sebab2 kesihatan. (tuan umah sbnrnya nk kna masuk spital esok). Doakan semoga semuanya selamat, dipermudahkan dan berjalan lancar. Terima kasih buat yg sudi singgah dan maaf sekiranya ada tersilap atau terkasar bahasa d mana2. InsyaAllah akan update nanti.
Tuan rumah akan cuti2 dr berblog seketika kerana sebab2 kesihatan. (tuan umah sbnrnya nk kna masuk spital esok). Doakan semoga semuanya selamat, dipermudahkan dan berjalan lancar. Terima kasih buat yg sudi singgah dan maaf sekiranya ada tersilap atau terkasar bahasa d mana2. InsyaAllah akan update nanti.
Monday, February 14, 2011
MEE BANDUNG SIMPLE

Dah tengah malam ni. Mata tak boleh nak lelap. Hari ni dapat lagi satu news. Tak tau la nak cakap berita baik atau pun tak. Berita baik kot. Berita baik yg mendebarkan....huhuhu.... errkkk, boleh plak camtu? Kali ni berkenaan hal kesihatan pulak. Owh, banyak betul dugaan...huhuhu. Nasib baik le akak aku online tadi...lega skit rasa hati....hehehe. Walau bagaimana pun harap2 semoga semuanya berjalan lancar, InsyaAllah. Apa kisahnya..... tungguuuuuuu....... hehehehe.....
Mari la kita cite pasal makanan pulak, hehehe. Hati banyak gumbira cite pasal masak2 dan makan2. Lupakan seketika soal rumah yg naik sewa dan perihal news tadi. Tapi, sebut pasal rumah kan, sian jgk kt kawan kami yg tengah cari rumah. Kes dia plak baru jer pindah beberapa bulan dan tengah syok2 duk rumah yg lebih ok dr sblum ni, tiba-tiba kena pindah lagi. Alkisahnya tuan rumahnya yg berhijrah ke OZ tetiba nak balik semula ke NZ ni. Tak ke haru tu. Leceh kan nk kena pindah randah ni. Dah la kita orang akan balik hujung tahun ni. Dah hampir 3 thn dh duk sini....kena la balik. Duduk lama2 wat perabis duit kerajaan jer, kekekeke.
Ok la, sebelum aku merepek meraban ntah apa2 lg, baik kita cite pasal mee bandung. Bukan mee pun sebab aku guna spegeti jer (tp kita panggil mee jer la kan...tak sedap la plak sebut spegeti bandung....kekekeke). Semalam lepas balik dr gathering MAPSA City/majlis baca Yassin tu, aku tertido kejap. Dah bangun tu aku terus buat mee bandung walau pun tak cukup bahan. Sebabnya aku tau nanti malam mesti smua kelaparan. Klu tanya time petang memang la cakap masih kenyang. Alih2 malam nanti tak pasal2 mesti aku kena masak. So, baik aku masak siap2 dan malam boleh la bersantai (malam tutup restoren la....hihihihi). Elok jer dh siap masak terus masing2 dah terasa kelaparan. So, mee bandung pun posing ala kadar jer la, lepas tu terus ngap masuk mulut.... hehehe..... Resepi ambik dari sape lagi...tunjuk ajarku sifuuuuu.....kekekeke... K.Hana laaa.... tp kuantiti tu aku buat sikit jer....

MEE BANDUNG SIMPLE
Sumber : Hana6877 MyResipi
Sumber : Hanamemories
Bahan-bahan ( 4 orang )
- 1 peket mee kuning - ina guna spegeti
- 4-6 ekor udang basah - ina guna ayam & daging jer
- 50g udang kering ( blend )
- 1/2 biji bwg besar
- 3 ulas bwg putih
- 5 tangkai cili kering -ina guna serbuk cili
- 2 biji keledek (size kecil) - direbus dan dilenyek @ suku cawan kacang tanah goreng(dtumbuk) - klu tk nk letak pon tkpe tp lebihkan udang kering supaya kuah pekat.
- 4 biji telur
- sawi - tak letak sbb tak de
- bawang goreng
- Hirisan cili merah
- Air rebusan daging
- Gula
- Garam
- hirisan daging
- limau kasturi / limau nipis
- tauhu goreng - hiris nipis - tak letak sbb takde
Cara-cara
- Celur mee kuning
- Blend bwg besar,bwg putih,cili kering. Panaskan minyak dan tumis hingga cili masak.
- Masukkan udang kering yang telah diblend hingga naik bau. Kemudian masukkan air rebusan daging,keledek lenyek/ kcg tanah, hirisan daging dan udang basah. Didihkan. Masukkan pula gula dan garam secukup rasa.
- Kecilkan api. Pecahkan telur sebiji2. Jgn kacau supaya telur tidak pecah.Biarkan telur masak/separuh masak (terpulang).. Akhir skali masukkan sawi.
- Tutup api. Curahkan di atas mee. Dan hiaskan dengan bawang goreng,tauhu, hirisan cili dan limau kasturi. Siap utk dimakan.
- Yang nih menggunakan kacang tanah blend utk memekatkan kuah.
Subscribe to:
Posts (Atom)