Friday, August 19, 2011

CHEF WAN ON GOOD MORNING TVNZ1

Pagi semalam Chef Wan ke udara dalam rancangan Good Morning di TVNZ 1.  Alaaaa...mcm rancangan Selamat Pagi Malaysia kt RTM1 tuuu.  Seronok dapat tengok Chef Wan masak kt tvnz rasa macam tengok rancangan masak2 dalam bulan ramadhan kt Malaysia pulak...hehehe.  Chef Wan masak dua resepi iaitu Nyonya Laksa dan Grilled Beef With Mango .  Tapi sebab masa terhad, cara masak pun mcm nak cepat sangat dan sedar2 dah siap.

Sepanjang masak tu biasa la mulutnya mengomel.. pasal udang tak de kulit la, frozen x fresh mcm kt malaysia, pasal serai kena potong kontot katanya rubbish....hahahaha, aku pun x tau mana dia dapat serai yg tak de bahagian bawah yg gemok tu.  mmg betul la kan katanya klu kt malaysia yg bahagian atas hijau tu mmg kira 'sampah' kan, hik hik hik. ... dah tu katanya tak jumpa daun kesum kt sini.  mmg susah sikit la tambah2 waktu winter cenggini kecuali yg orang2 malaysia kt sini tanam.  lebar2 tau daun kesum kt sini chef wan oooiiiiii, muahaha.  lepas tu dia usik pengacara pompuan tu katanya pakai baju kaler macam orang tua... hahaha...sabo jer la.  gelak jer kita orang yg menonton ni.  alaaaa....sape tak sedia maklum dengan 'kepetahannya' itu kan.  Ok, gambar2 kt bawah ni tak plan pun nak ambik sbb masa tu memory card dah penuh, so yang ado sajo laaa...


masa ni sarah tengah baca emel penonton untuk segmen ni.  tak silap pengirim tu orang malaysia yang menetap di new zealand ni la.

prepare nak masak grilled beef

yang ni plak Chef Wan tanya Brendon pernah jadi model tak....hehehe

gelak je la melayan Chef Wan ni..

bukan Brendon yg interview dia, dia plak yg interview Brendon dah kawen ke belum, dah ada anak ke, isteri keje apa....hahahaha....

sembang apa ntah lagi...dah lupa



beef grilled yg sedang dimasak


p/s:  sedap plak tengok grilled beef tu. rasa cam nak try jer.  katanya sepatutnya letak cili padi tp mat salleh kan mana tahan pedas so dia ganti dengan cili biasa. ' i dont want to kill u',  kata chef wan kepada pengacara2 itu...hahaha




Wednesday, August 17, 2011

ENTRY KUIH BELIMBING KE ENTRY CUACA NI? HEHEHE...

Sejuuuukkks. Beberapa hari ni cuaca sejuk sikit. Pagi td suhu menunjukkan 4°c. Sebenarnya kalau nak dibandingkan dengan negara2 lain waktu winter cenggini suhu tersebut takde la sejuk sangat. Tempat2 yang ada salji tu lagi la kan...cecah negatif lg. Sebenarnya, Auckland ni tak sejuk sangat seperti negara 4 musim yang lain...kiranya orang tak tahan sejuk cam aku boleh ler duk kt Auckland, heehehe. Tp, 2-3 hari ni cuaca sejuk sangat. Biasanya paling sejuk pun cecah 7°c atau 8°c jer, tu pun pagi2 buta la waktu semua orang tengah syok lena berselimut duvet, hik hik hik.

Hari isnin lepas kecoh sekejap katanya snow turun kt Auckland. Aku memang tak sedar langsung sebab masa tu tengah sibuk mengemas rumah. Bila buka fb, dah kecoh kawan2 kt sini cakap snow turun. Ada yang kata itu hail dan ada jgk yang kata itu sleet, maknanya belum menjadi snow la kot. Tapi bila tengok news, reporter tu sendiri pun x pasti yg turun tu apa, hahaha. Senang citer snow ajer la sebab putih2 kan, hik hik hik. Tapi kejap jer tau, tu pasal aku x sedar. Cuma dapat la aku tgk berita kt tv dengan gambar yg kawan masukkan kt blognya di sini. For u all punya info Auckland memang tak turun salji since 1939. So, excited giler la warga Auckland bila salji turun...hehehe, cam lawak jgk seposen kan.  Heyy, jangan gelak tau! notty! of kossss la kami org Malaysia kt Auckland teringiiiiiin sangat nk merasa snow....hehehe.



Ok la, panjang pulak melalut...hehe. Hampir2 terlupa nak cerita pasal kuih belimbing ni. Dah lama cari baru bertemu resepinya. Dulu masa sekolah selalu buat kuih ni, ada kawan kasi resepi. Tapi lepas tu resepi tu hilang dan terus lupa. Sib baik jgk jumpa kt blog k.Hana. Tapi acuan plak tak de so, aku bantai nozzle icing tu jer la. Kalau ikutkan kuih ni besar la sket, maybe dorang guna acuan semprit ke apa ke x tau la. Boleh check kt blog K.Hana apa nama acuan tu. Memandangkan aku guna noozzle je so, hasilnya dapat saiz kecik2 seperti putik belimbing kot....kekekeke. Ok la, layan resepi di bawah. Kuih ni buat on Friday lepas bawak ke rumah kawan yg ajak berbuka puasa sbb kita orang sibuk pindah rumah.

Sumber: K.Hana@Hanamemories

Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung gandum
  •  1 cawan air
  •  1 biji telur
  •  1 sudu makan marjerin/butter
  •  1 sudu makan gula
  •  esen vanilla

Cara-cara

  1. Didihkan air, gula, esen dan juga marjerin. Sementara tuh, dlm mangkuk lain pukul telur kejap.
  2.  Tutup api. Masukkan tepung. Kacau cepat2 gune senduk kayu.
  3.  Kemudian masukkan telur dan kacau cepat2 hingga sebati dengan tepung td.
  4.  Panaskan minyak, masukkan adunan ke dalam acuan dan picitkan ke dalam kuali. potong setiap 5cm.
  5.  Goreng hingga kekuningan dan angkat.
  6.  Taburkan gula. Sedia utk dmakan!

Sunday, August 14, 2011

BUAH MELAKA (ONDE-ONDE)





Semalam dengan hari ni ke'bizi'an sikit menyelesaikan urusan2 tertentu so, dapur pun tak berasap la. Ni berhenti rehat kejap tapi keje masih banyak lagi yang perlu diselesaikan. Apa la yg sibuk sangat tu yerk? Hehehe...nanti kita stori mori k pasal tu. Haisssshhh... tengah bizi2 camni pun tangan ni cam gatal2 plak nak masukkan entry dalam blog. Selongkar punya selongkar jumpa la gambar onde-onde ni yang buat masa awal ramadhan hari tu. Boleh la kan? Hehehe...sebab tak de lagi entry pasal onde-onde ni so, boleh laaaaa....

Sumber : suriHati MyResipi


Bahan-bahan ( 20 biji )


  • 10 helai daun pandan -kisar dan ambil airnya
  • 2 ketul gula melaka
  • 2 cawan tepung pulut
  • 1 biji kelapa parut- ambil putihnya sahaja - ina guna kelapa kering + santan cair, masak seketika dlm microwave.
  • secubit garam- digaulkan bersama kelapa

Cara-cara 

  1. Bancuh tepung bersama air daun pandan sehingga boleh diuli serata lembut. Pastikan adunan tidak terlalau lembek dan keras.(agak2 boleh dicubit).
  2. Cubit adunan sebesar guli, masukkan gula melaka yg telah dipotong kecil2 ditengah2 adunan, bulatkan, dan pastikan menutupi keseluruhan gula.
  3. masukkan ke dalam air yg sedang mendidih. Ulang sehingga 5-6 ketul.
  4. Bila bebola timbul, bolehlah diangkat, dan ditapis sebentar sblm di gaul dgn kelapa
*  Ina suka adunan yang lembut supaya menghasilkan onde-onde yang lembut. Tapi pastikan adunan tidak terlalu lembik, kalau tidak sukar untuk masukkan inti.


Friday, August 12, 2011

FRIED HOKKIEN FLAT NOODLES



Hehehe.....sebenarnya mee goreng jer!  Nama menu jer lebih-lebih.  Tapi sebenarnya hamba ini tidaklah ketahui akan gerangan nama mee ni dalam bahasa.  Mee lidi ke?  Tapi mee lidi kering kan?  Yang ni memang sama cam mee kuning tu cuma bentuknya aje lebar.  Mee goreng ni buat masa sahur tadi.  Main campak2 ajer sebab dah lewat.  Lepas tu terus ngap!  Ok la, tak leh stori mori panjang2, hari ni ada misi yang perlu diselesaikan.  Resepi campak2 seperti di bawah:

Bahan-bahan

  •  200 gram hokkien flat noodles
  • 1/2 biji bawang besar - kisar
  • 2 ulas bawang putih - kisar
  • 1 cm halia - kisar
  • 5 tangkai cili kering - rendam air panas seketika dan kisar kasar / 2 sudu besar cili boh
  • 1 sudu gula
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 biji telur
  • Garam
  • Udang / fishball / crab ball / fish cake
  • Sawi

Cara-cara
  1. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia yang telah dikisar hingga naik bau dan bertukar warna sedikit.  Masukkan cili kering / cili boh.  Tumis sehingga garing.
  2. Masukkan gula, kacau sehingga bahan tumis bertukar warna sedikit gelap.
  3. Masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap manis dan sos tomato dan kacau sebati 
  4. Kemudian masukkan garam dan rasa rempah.  Sekiranya tidak cukup rasa boleh tambah sos atau kicap lagi.  Masukkan sedikit sahaja air.
  5. Masukkan udang, fishball, fishcrab, fish cake.  Kacau sebati.
  6. Masukkan telur, pecahkan dan gaul sebati.
  7. Kemudian boleh la masukkan mee, kacau seketika dan masukkan sawi.  

Thursday, August 11, 2011

PAUNG PULUT / KUIH BOM



Paung pulut ni sebenarnya kuih bom la. Tapi kami orang Terengganu panggil paung. Selalunya paung ni ada 2 versi iaitu paung pulut yg doh/kulitnya dari tepung pulut dan paung ubi yang dohnya dari ubi kayu (tepung ubi atau parutan ubi yang tu aku tak berapa pasti). Intinya pulak sama jer iaitu inti ikan. Berbeza dengan kuih bom yang ada bijan kt luar tu kan yg intinya kelapa atau kacang hijau. Tapi yang pasti apa yang sama adalah kuih bom ni kalau tak kena gaya boleh meletup waktu menggorengnya. Opocottt! hehehe...

Paung ni sedap betul makan waktu panas2. Faqihah suka betul tapi bila abahnya makan maka keluar la dialog sebegini 'rasa macam pernah makan kuih ni tapi intinya sepatutnya manis'. hahhaha .... macam ni la klu lain negeri lain version, next time harus kena buat 2 versi gitu. Resepi diambil kt myresipi daripada 2 sumber yang berlainan. Part inti tu aku ubahsuai skit sebab menggunakan tuna dalam tin jer.

Sumber 1 (resepi doh) : dee iman MyResipi
Sumber 2 (resepi inti) : salieysa MyResipi

Bahan-bahan:

Doh:
  • 1 1/2 cawan tepung pulut
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • sedikit garam
  • air secukupnya
Inti:
  • 1 tin tuna (dibakar/ goreng tanpa minyak)
  • 1/2 biji bawang besar - kisar
  • 1 ulas bawang putih -kisar
  • 1 inci halia - kisar
  • 1 inci lengkuas - kisar
  • 1 batang serai - kisar
  • sedikit halba
  • Lada hitam
  • garam dan gula secukup rasa
  • Asam keping
Cara-cara:
  1. Untuk inti: Masukkan semua bahan-bahan inti ke dalam kuali dan masak (goreng tanpa minyak) sehingga kering. Keluarkan asam keping apabila inti hampir kering.
  2. Untuk doh : Gaulkan tepung pulut, gandum, garam dan air (jangan terlalu lembut / keras).
  3. Bentukkan adunan tepung menjadi bebola kecil, leperkan, letakkan inti dan bentukkan kembali menjadi bola. (Untuk mengelakkan bebola melekat antara satu sama lain dan mudah diangkat sebelum digoreng, gaulkan bebola di dalam mangkuk yang berisi minyak sedikit).
  4. Goreng dalam minyak yang banyak dengan api yang perlahan (Masukkan paung sebelum minyak menjadi panas dan pastikan api dapur kecil kerana paung mudah meletup!)


p/s: semalam ada nampak kt blog k.ayu singapore kuih bom versi inti kelapa. macam best jugak resepinya so, aku nak simpan siap2 la kot2 nak buat nanti. Ni linknya Kuih Bom

Wednesday, August 10, 2011

BUTTERFLY CAKE



Assalamualaikum WTH dan salam sejahtera. Hurrmm...mcm lama jer kan tak update blog. Hehehe...memang lama pun, dah masuk beberapa purnama gitu. Biase la tahap kerajinan tu ada sikit down (sikit ke? cam banyak jer...kekeke). Bila kawan-kawan tanya nape tak hapdet tetiba rasa nak update la pulak. Haisshhh, macam2 kan.

Sebelum update tu sempat lagi tukar template segala mak nenek. Konon2 fefeeling semangat baru la, kui kui kui... (aku nk tengok jer lama mana semangat baru aku ni...kikiki). Tak pe2, kali ni bukan sekadar citer masak2, semua nak taram masuk dalam ni (tu pun bila kerajinan melanda. :p)

Ok la sebagai entry pembuka meh layan kek rama-rama. Baru buat semalam ni. Ada orang tu request nak makan kek ber icing lepas terawih. Hehehe... boleh tahan taste laling ai ni, ingatkan nak kuih2 tradisional gitu dalam bulan puasa ni. Alang-alang dh request tu, apa lagi boleh la aku buat eksperimen untuk butterfly cake ni kan. Tak guna acuan rama-rama pun. Sekadar kek yang bulat tp dipotong jd rupa sebegitu. Dan tak menggunakan banyak tip pun cuma tip bercorak 'star'. Kek kat dalam tu adalah kek coklat je. Dan bagi kawan2 kt facebook yang tanya resepi buttercream boleh check kt sini yer. Itu resepi yang aku jadikan rujukan tapi masih dalam proses mengubahsuai mengikut tekstur yang aku inginkan. So, nanti dah dapat resepi yang aku rasa dah ok, aku share yer. :)

close-up

lolipop sebagai mata rama-rama...hehe

Sunday, May 15, 2011

PULUT GULUNG



Pulut ni buat Jumaat lepas bawak untuk halaqah kt rumah kawan kt sini. Aku ni macam biase la kalau nak bawak apa2 ke rumah orang atau nak bawak untuk pot luck memang selalu jenuh fikir nak buat apa. Hahahaha...atau lebih tepat mencari resepi yang mudah, cepat dan konpem menjadi dengan sedap. Lagi satu, senang nak bawak...almaklum la, menapak jer kt dalam city ni. Alaaa....sebenarnya cakap jer la, bukannya terer sangat...tu yg jenuh mikir, wakakaka.

Pasal pulut ni sebenarnya nak buat pulut panggang tp sebab kesuntukan masa macam biase la fefeeling buzy kononnya hari tu so, pulut panggang dah kena magic jadi pulut roll....hahaha...gasak la. Dah tu tak ingat langsung nak ambik gambar. Bila dah balik rumah baru terfikir nak ambik gambar. Tu pun bila ada yang tanya resepi, hehehe. Sib baik ada beberapa ketul lagi pulut yang tinggal skit kt rumah. Resepi pulut tu aku ambik kt myresipi asal untuk pulut kuning tapi dah ejas2 sket. Sambal ikan tu plak aku buat hentam aje ikut selera sendiri.



Pulut

Bahan-bahan
  • 4 cawan beras pulut
  • 400 ml santan
  • Garam secukup rasa.
Cara-cara
  1. Rendam pulut bersama selama 1-2 jam.
  2. Cuci dan toskan pulut. Kemudian kukus selama 10-15 minit.
  3. Keluarkan beras pulut dari pengukus. Masukkan santan yg telah dicampurkan dengan garam ke dalam pulut tadi. Gaul hingga sebati.
  4. Masukkan semula pulut ke dalam pengukus dan kukus selama 30-40 minit atau sehingga masak.



Sambal Ikan & Kelapa

Bahan-bahan
  • 1 biji bawang besar - kisar
  • 2 ulas bawang putih - kisar
  • 1 inci halia - kisar
  • 2 batang serai - kisar
  • 2 sudu besar cili mesin/ cili boh (terpulang atas kepedasan yg diingini)
  • 2 sudu besar santan pekat
  • 1 keping asam keping
  • 1 tin tuna (in oil)
  • 1 cawan kelapa kering (desiccated coconut)
  • ½ sudu besar serbuk belacan
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
Cara-cara
  1. Goreng kelapa tanpa minyak sehingga perang. Ketepikan.
  2. Tumis bahan kisar, cili mesin sehingga sedikit kering.
  3. Masukkan santan, gula, asam keping dan serbuk belacan. Kacau hingga sebati.
  4. Kemudian masukkan ikan.
  5. Masak sehingga betul2 kering. Tutup api.
  6. Masukkan kelapa kering yang telah digoreng tadi ke dalam sambal ikan yang telah kering. Gaul hingga rata dan sebati. Kalau tidak cukup rasa, boleh tambahkan garam dan gula ketika proses menggaul tersebut.

Untuk pulut panggang : letakkan pulut ke atas daun pisang kemudian letakkan inti. Gulung kemas2 dan klip/lidikan di kedua2 belah hujung. Kemudian boleh la dipanggang.

Untuk roll : letakkan pulut ke atas baking paper kemudian letakkan inti. Gulung kemas2. Boleh menggunakan bamboo mat/alatan membuat sushi bagi memperkemaskan gulungan. Kemudian potong dengan berhati-hati pulut tersebut supaya tidak terlerai.

Friday, May 06, 2011

NASI DAGANG



Sebelum terlupa baik aku masukkan entry nasik dagang ni. Aku buat minggu lepas...hari apa dah lupa. Memang niat asal beli ikan nak buat nasik dagang ni. Lepas tu pending sebab tekak plak sakit. Camne nak makan nasik dagang, nak tenyeh2 cili padi tu kalau tekak dah perit2 kan. Bila tekak dh ok sket, aku pegi buat nasi lemak la plak ikan tu. Orang terengganu makan nasik lemak lauk ikan tau. Kuat makang ikang sungguh! Muahahahaha... Nasib baik ikan tu besar skit so ada la baki lagi, dan campur plak dengan mackeral dalam tin. Boleh la..

Ni kira2 first time la aku buat nasik dagang betul2. Pernah la dulu try sekali buat tapi guna rice cooker dan gulai pun takde rempah khas. So, rasa tu memang ada kureng la. Kali ni Alhamdulillah rasa puas hati la kat tekak aku ni. Cuma part nasik tu ada ejas2 sket dari segi sukatan air sebab aku guna santan tin jer. So, xde sukatan yang tepat untuk air, cuma agak2 jer. Next time InsyaAllah akan catat sukatan yang tepat. Resepi gulai aku guna resepi dari K.Nor. Sebelum ni dah pernah try guna ayam kat sini.

NASI DAGANG

Nasi
  • 4 cawan beras jasmine
  • 1 cawan beras pulut
  • 1 tin (400 ml) santan
  • Garam
  • Gula
  • Bawang besar - hiris halus
  • Halia - hiris halus
  • 1 sudu besar halba
  • Air (1 - 1 1/4 cawan ; perlu cek semula)
Cara-cara
  1. Beras dan beras pulut disatukan. Cuci dan bersihkan. Rendam semalaman atau selama 8 jam.
  2. Alaskan pengukus (bahagian berlubang) dengan daun pisang dan cucuk2kan. Masukkan beras yang telah direndam dan kukus selama 5 minit.
  3. Ambik 1/2 tin santan dan dicampur dengan air untuk dijadikan santan cair dan campur sedikit garam.
  4. Keluarkan beras dari pengukus dan masukkan ke dalam bekas lain. Gaul bersama santan cair tadi. Sekira takut nasik terlembik boleh masukkan sebahagian santan dahulu dan sambung selepas kukus kali kedua (sebelum masukkan santan pekat).
  5. Masukkan kembali beras ke dalam pengukus dan kukus untuk kali ke-2 hinnga nasi masak.
  6. Angkat dan pindahkan sekali lagi ke dalam bekas. Semasa nasi masih panas, masukkan gula, santan pekat, bawang, halia dan halba. Gaul biar rata. Rasa masin dan manis nasi.
  7. Kalau menggunakan santan fresh, proses masak nasi telah selesai. Memandangkan saya menggunakan santan tin so, saya sambung kukus 5 minit lagi.




GULAI IKAN AYA@TONGKOL
(Gulai Nasi Kuning/Dagang)
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahab-bahan
  • 1 ekor ikan aya@tongkol - ina guna ikan trevally dan mackeral
  • 3kpg asam keping
  • sedikit garam
  • air secukupnya
Cara-cara
  1. Bersihkan ikan aya dan potong.
  2. Masukkan dalam periuk dan masukkan asam keping, garam dan air.
  3. Air hendaklah melebihi paras ikan.
  4. Masak dgn api sederhana sehingga air tinggal lebih kurang 1/4.
  5. Lagi lama ikan dimasak lagi sedap, isi ikan pun lebih pejal.

Bahan-bahan (Kuah)
  • 4 sudu besar cili mesin
  • 7 bj bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1in halia *
  • 1in lengkuas
  • 1in kunyit hidup * ( * diblend )
  • 3 sudu besar rempah gulai nasi dagang ~ boleh guna rempah cap bunga ros kalau tak ada rempah khas utk gulai nasi dagang
  • 2/3 cawan santan fresh/pekat
  • 4 cawan air
  • air asam jawa
  • sedikit belacan ~ optional
  • nisan/gula melaka
  • garam
  • sedikit gula
  • 7 - 9 bj cili padi
  • minyak

Bahan-bahan (penumis)
  • 1 btg kulit kayu manis
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 bj buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang
Cara-cara
  1. Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan bahan penumis.
  2. Biarkan hingga wangi dan masukkan cili mesin.
  3. Goreng hingga cili menjadi garing dan masukkan bahan2 yg diblend.
  4. Masak hingga sedikit kering dan masukkan rempah gulai.
  5. Masukkan 1/2 cawan air dan masak lagi hingga garing dan pecah minyak.
  6. Masukkan lebihan air dan masak hingga mendidih.
  7. Masukkan santan dan renihkan hingga kuah mendidih sambil sesekali mengacau.
  8. Masukkan air rebusan ikan, jus asam jawa, belacan, nisan/gula melaka, garam dan gula.
  9. Masak hingga kuah sedikit pekat dan masukkan ikan yg dah dimasak tadi.
  10. Renih lagi kuah hingga kepekatan yg disukai.
  11. Sekiranya kuah terlalu pekat dan tak pecah minyak bolehlah ditambah air panas dan masak semula hingga keluar minyak.
  12. Masukkan cili padi dan masak lagi sekejap dan baru lah dipadamkan api.
nota K.Nor:

* ikan aya lebih sedap direbus lebih awal dan dibiarkan supaya rasa masam2 tu meresap ke dalam isi ikan.
** kalau ada belimbing buluh, boleh lah diletak dlm gulai ni. nanti rasa gulai lagi sedap :)

nota Ina:

* orang kata beras memainkan peranan dalam nak memastikan nasi dagang jadi elok. So, sebagai catatan, di bawah adalah beras dan santan yang Ina gunakan.

Beras jasmin jenama SunRice





Santan ni lebih pekat berbanding santan Kara

ROTI GULUNG SOSEJ



Jom...jom layan roti gulung sosej. Tuan rumah dah lama tak bersiaran ni. Ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan sebenarnya buat2 sibuk padahal tak sibuk langsung pun...kekeke. Sekarang ni sebenarnya yang sangat sibuk adalah Encik boss dan bukannya aku. so balik pun dah lewat after Isyak cenggitu, ekceli Isyak kt sini bukan la lewat...dlm pukul 7 pm gitu. Tapi klu time daylight saving (25 sept- 3 April) tu lain pulak la waktunya yg senantiasa bergerak dr 9 pm hingga la boleh cecah 10.30 pm baru masuk waktu Isyak.

So, oleh kerana Encik boss balik sudah lewat malam, aku pun masak ada sikit lewat la. Bila dah lewat tu faham-faham ajer la, nak ambik gambar pun takde mood nak2 klu hari dah gelap. Lampu kt rumah plak punya la romantika de amor gitu...lagi la susah nk dpt gambar yg elok cikiit. sebenarnya kamera tak canggih, cuba klu kamera canggih...redah jer...hik hik hik

Ishk aku ni klu nak mengarang ayat tak reti sangat tapi bila dh start bercerita, habis semua aku nak taip. Kalau buat karangan bahasa Melayu ni konpem kena tolak markah sebab lari tajuk... wakakaka.... Tengok...nak cerita pasal roti tak pasal2 dah keluar cerita daylight saving la... itu la, ini la. Adoiii laaaa... Okey2, berbalik pasal roti gulung ni... Sebenarnya menu nak cepat ni. Takde gelek2 pun roti tu, terus gulung jer. Klu gelek roti tu sebelum digulung mesti nampak lg kemas kan. Dah la sosej besar gabak. Nak gulung pun tak lepas, sedor2 hujung roti dah bertemu hujung roti. Last2 terpaksa la belah 4 sosej tu. Bila dah 'kepeng' (korang faham tak? aku pun tak faham nak translate ke bahasa standard :p) camtu maka mula la aku merepek letak kacang peas. Tapi sedap jugak, hahaha.



Bahan-bahan
  • 2 sosej (ina belah 4 sbb besar, klu saiz standard tu letak 1 terus la.)
  • 4 keping cheese (potong 2)
  • Peas secukupnya (steam/boiled)
  • Telur
  • Breadcrumbs

Cara-cara
  1. Letakkan cheease ke atas roti, diikuti sosej dan peas. Gulung kemas2.
  2. Celupkan roti ke dalam telur kemudian salut dengan breadcrumbs. Untuk mendapatkankan hasil yang sekata dan tebal ulang celup dan salut sekali lagi.
  3. Goreng roti gulung tadi. Untuk hasil cantik goreng secara deep fry tp klu tak suka minyak banyak, pandai2 la mengurangkan kuantiti minyak.

saiz asal sosej yg aku gunakan sebelum di belah 4. duk posing sebelah roti yg dh siap digoreng.

Monday, April 18, 2011

Picnic di Albert Park...

credit of this picture goes to Pani. TQ Pani untuk gambar beramai2 ni... :)


Setiap bulan kebiasaannya memang ada perjumpaan di kalangan ahli MAPSA City. Biasanya majlis baca yassin, solat dan potluck. Yer la kan..harap majlis macam ni la nak mengeratkan lg silaturahim. Kami kt sini bagi pelajar postgrad (atau lebih senang citer pelajar tua la...hehehe) dan keluarga mempunyai persatuan sendiri iaitu Malaysia Auckland Postgrad Student Association (MAPSA). So, tak bercampur la dengan pelajar undergrad yg adik2 tu. Maklum la klu nak buat aktiviti mana la nak sama citarasa orang muda dengan tua dewasa. Pelajar2 undergrad tu pun ada persatuan mereka sendiri.

Tapi walau pun begitu hubungan baik tetap seperti biasa. Macam kami ahli MAPSA City ni ada la jugak buat aktiviti bersama adik2 undergrad. Maklum la, mereka pun sama2 tinggal kt city. Untuk pengetahuan, sebenarnya MAPSA ni terbahagi kepada 3 qariah iaitu city, mount/suburb dan north shore. Sebab apa ada bahagian2 ni pulak adalah senang nak uruskan aktiviti2 kecil kt kawasan masing2. Dan setiap qariah ni akan ada penghulu masing2 yg telah diundi melalui pilihanraya MAPSA.

Kami orang2 kt city ni sedia maklum la, tinggal di apartment yg kecil, tak de kereta elaun tak cukup la...hehehe dan barang serba mahal. Tapi pilihan untuk tinggal di city ni terpaksa dibuat memandangkan dekat dengan universiti. Macam suamiku ni mmg setiap hari nak kena pegi ofis, klu tak nanti sv mesti mencari. Bagi mereka yg tinggal di mount pulak terpaksa la datang dgn bas untuk nak ke universiti. Nak buat camne la, dah universitinya dalam bandar. Klu datang dengan kereta alamaknya sedia duit ajer la bayar parking. Ok la, klu nak cerita pasal MAPSA dan kehidupan kt sini jawabnya sampai sudah la tak habes....hehehe. Meh layan gambar gathering MAPSA City semalam. Biasa kami buat indoor, tp kali ni buat kt park ala2 picninc memandangkan bilik untuk aktiviti international student yg biasa kami guna tu tgh renovate.

antara juadah yg dibawa pagi ahad semalam....


serangan telah dilakukan ke atas tupperware2 bertuah....hihihih



pokok besar yg cuma nampak dahan ni tempat aktiviti tresure hunt untuk anak2 kecil. budak2 tu bkn tau apa pun, mak bapak yg excited lebih...hehehe



biase port picnic kami kt belah2 air pancut sane tp sbb ptg smlm diramalkan akn mula hujan so, siap2 la cari port dkt dgn bangsal tu. klu hujan boleh la cepat2 lari berteduh. Alhamdulillah cuaca elok jer spnjg picnic.


kt taman ni banyak burung. klu kasi makan mmg banyak betul yg datang.


Antara pemandangan yang terdapat di Albert Park


pemandangan Sky City Tower dari Albert Park. nampak tak air pancut kt situ?
nak tgk gambar lg? boleh jengok sini...


Friday, April 15, 2011

REMPAH CAP BUNGA ROSE

Rempah ni ada 2 jenis, iaitu rempah mentah(gulai) dan rempah masak. Apa bezanya, x brp pasti tp bila masak, aku campur dua2.



Saje la nak masukkan entry rempah ni. sebagai makluman kepada sesapa yg nak tahu. Dan juga untuk simpanan diriku ini. Rempah bunga rose ni adalah rempah khas untuk buat gulai nasik dagang (gulai ikan tongkol). Kalau mak kt kampung biasa suka guna rempah yg beli dengan orang kt kampung atau yg jual timbang kt pasar. Maklum la kt Terengganu ramai orang jual rempah gulai nasi dagang ni. So, ikut selera masing-masing la kan nak beli yg mana, ikut sedap tekak sendiri...kan. Rempah cap bunga rose ni senang sbb dh paket siap2 dan ada jenama (commercial packaging). So, klu susah2 sgt nk ckp beli rempah timbang si polan sekian2, beli ajer la rempah ni kan...


ni rempah mentah, kalernya kuning sket


ni rempah masak, kalernya gelap sket..


Selain buat gulai ikan tongkol, boleh juga buat gulai ayam untuk nasik minyak. Dan juga gulai (daging) kawah. Tidak ketinggalan jugak kuah laksa Terengganu juga menggunakan rempah ini. Rasa rempah ni tak reti la nak terangkan macam mana...kena try sendiri...yg pasti mmg tak sama dengan rempah kari. Baru jer guna hari tu masak gulai ayam. Boleh tengok kt entry terdahulu Gulai Ayam.

P/s: Terima kasih kepada Akmalia yg sudi terbangkan rempah ni ke Auckland. Lagi terima kasih sbb melarikan diri tak nak terima bayaran, hehehe :) Semoga Allah SWT murahkan rezeki anda sekeluarga.


ni nama pengeluar rempah ni. kot2 la ada sesape nk beli...hehehe.... (saya tolong promosi free je tau....hehehe) p/s: sila klik pd gambar untuk imej yg lebih jelas.


FLUFFY PANCAKE




Mempelbagaikan resepi pancake. Dah lama benor tak buat pancake tetiba hari ni rasa nak makan. Skill pun dah lari....hahaha...tengok la rupa pancake ni, siap ada corak bunga bersegi2 kt bahagian tepi...hik hik hik. Itu bbrpa kali tukar pan sbb pan yg mula2 guna tu cepat benor panas. Bila nk akhir2 tu baru la elok skit rupanya. Tp buat pancake ni klu dpt guna non-stick pan yg baru mmg elok la kejadiannya. Itu berdasarkan pengalaman aku la. Klu org lain yg dah terer tu mungkin pakai pan apa pun jd jek...hehehe...

Walau pun ada bermacam rupa kejadian pancake aku pg ni tp nasib baik rasanya sedap. Lembut bangat weh. Sampaikan Faqihah kejap2 ckp 'i want more pancake'....haaaaa...sedap la tu maknanya...wakakaka...sila tekan lif & naik sendiri (masuk bakul angkat sendiri la...)

Ok, resepi copy paste dr blog izah. Izah kata dia ter derharka skit part telur tu...but i follow u derhaka, zah...hehehe...

FLUFFY PANCAKE
Sumber asal: food.com
Sumber :Izah

Bahan-bahan
  • 1 1/4 cwn tepung serbaguna
  • 2 sudu makan gula
  • 2 sk baking powder
  • 3/4 sk salt
  • 1 1/3 cwn susu segar
  • 3 sudu makan minyak sayur
  • 1 biji telur * saya letak 2 biji
Cara-cara:
  1. Campurkan semua bahan kering di dalam mangkuk besar. Ketepikan.
  2. Campurkan susu, minyak dan telur di dalam bekas yang lain dan sebatikan.
  3. Masukkan campuran susu ke dalam bahan kering. Gaul sebati.
  4. Saya biarkan adunan 10-15 minit tertutup.
  5. Masak pancake menggunkaan non-stick pan atau sapukan sedikit butter pada pan biasa.
  6. Masak hingga keperangan.
  7. Hidangkan dengan topping kegemaran.


Thursday, April 14, 2011

GULAI AYAM.... sedapnyerrrrrrrr!!!!

cili padi mmg wajib tau untuk gulai ni...masa mkn tu kena tenyeh2 cili tu kat nasik...mmg mabelesss laaa...


Hehehehe...mesti ada yg konpius apa la yg sedapnya dengan gulai ayam ni. Mcm la smua org tak biasa makan gulai ayam, kan? It's not about the menu...but...the memories.... (usihh...terspiking okleng plak dah..). Senang cerita makanan yg membangkitkan kenangan kepada orang yg anda sayang...sudah pasti la kan masakan emak!

Gulai ayam ni memang mengingatkan aku pd gulai ikan aye (ikan tongkol) mak aku yg kt kampung sana nuuuun. Bau ajer pun membuatkan tak sabar2 nak ngap. Gulai ni asalnya adalah gulai untuk nasi dagang tp disebabkan takde stok ikan, so aku belasah ajer guna ayam. Not bad jugak. Sedap jugak! Cuma klu guna ikan aye tu konpem la lg mabeles kan. Dulu tak pernah terfikir pun nak bawak rempah gulai nasik dagang ni sbb mana la aku reti msk nasik dagang. Tp bila dh lama duk sini teringin jgk kan nk mencuba. Kebetulan ada kwn dtg so, kirim la dgn dia rempah cap bunga ros ni. Gulai ni tak sama tau klu guna rempah kari. Rasa kuah tu mmg lain.

Tapi kalau ada rempah tak de resepi tak jadi jgk kan. Maka, terima kasih kepada K.Nor kerana share kan resepi ni. Kalau rindu masakan terengganu memang dapur K.Nor la first yg jd mangsa penyelongkaran....hehehe. Semalam msk lebih skit siap simpan dlm peti ais sbb nk makan lg. Hahaha...punya la seronok dpt mkn gulai ni. Wokeh, layan resepi dari K.Nor yg awet muda itu! hehehe....



* Disebabkan resepi asal adalah resepi ikan aya dan aku pun tiru sama jer cuma tukar ikan dengan ayam saje maka kt sini aku copy paste resepi asal sebijik2 la. InysaAllah ada peluang memang nak cuba versi ikan pula.

GULAI IKAN AYA@TONGKOL (Gulai Nasi Kuning/Dagang)
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahab-bahan
  • 1 ekor ikan aya@tongkol
  • 3kpg asam keping
  • sedikit garam
  • air secukupnya
Cara-cara
  1. Bersihkan ikan aya dan potong.
  2. Masukkan dalam periuk dan masukkan asam keping, garam dan air.
  3. Air hendaklah melebihi paras ikan.
  4. Masak dgn api sederhana sehingga air tinggal lebih kurang 1/4.
  5. Lagi lama ikan dimasak lagi sedap, isi ikan pun lebih pejal.

Bahan-bahan (Kuah)
  • 4 sudu besar cili mesin
  • 7 bj bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1in halia *
  • 1in lengkuas
  • 1in kunyit hidup * ( * diblend )
  • 3 sudu besar rempah gulai nasi dagang ~ boleh guna rempah cap bunga ros kalau tak ada rempah khas utk gulai nasi dagang
  • 2/3 cawan santan fresh/pekat
  • 4 cawan air
  • air asam jawa
  • sedikit belacan ~ optional
  • nisan/gula melaka
  • garam
  • sedikit gula
  • 7 - 9 bj cili padi
  • minyak

Bahan-bahan (penumis)
  • 1 btg kulit kayu manis
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 bj buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang
Cara-cara
  1. Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan bahan penumis.
  2. Biarkan hingga wangi dan masukkan cili mesin.
  3. Goreng hingga cili menjadi garing dan masukkan bahan2 yg diblend.
  4. Masak hingga sedikit kering dan masukkan rempah gulai.
  5. Masukkan 1/2 cawan air dan masak lagi hingga garing dan pecah minyak.
  6. Masukkan lebihan air dan masak hingga mendidih.
  7. Masukkan santan dan renihkan hingga kuah mendidih sambil sesekali mengacau.
  8. Masukkan air rebusan ikan, jus asam jawa, belacan, nisan/gula melaka, garam dan gula.
  9. Masak hingga kuah sedikit pekat dan masukkan ikan yg dah dimasak tadi.
  10. Renih lagi kuah hingga kepekatan yg disukai.
  11. Sekiranya kuah terlalu pekat dan tak pecah minyak bolehlah ditambah air panas dan masak semula hingga keluar minyak.
  12. Masukkan cili padi dan masak lagi sekejap dan baru lah dipadamkan api.
nota K.Nor:

* ikan aya lebih sedap direbus lebih awal dan dibiarkan supaya rasa masam2 tu meresap ke dalam isi ikan.
** kalau ada belimbing buluh, boleh lah diletak dlm gulai ni. nanti rasa gulai lagi sedap :)

nota ina:

*sebab ina guna ayam so, ina skip ajer part rebus tu sebaliknya masukkan terus ayam dalam kuah. dan ina tambah sedikit kerisik.
**rempah bunga ros yg ina guna tu ina campur dua jenis iaitu rempah biasa dan rempah masak.

Wednesday, April 13, 2011

Happy Anniversary Mas & Nieza

kad dari mas untuk peminat2nya



poskad dr nieza untuk peminat2nya



Tahniah! Tahniah! Tahniah buat Nieza (Our Journey Begins) dan Mas (Duniaku) yg menyambut anniversary pertama blog kesayangan mereka itu baru-baru ni. Ke-dua2 blog ni aku suka sebab mereka banyak resepi2 yg menarik. Dan mereka berdua ni pun ramah orangnya (setakat yg aku kenal melalui alam maya ni la....kt luar x tau camne...sama jer kot....hehehe).

So, kepada Nieza yg berada di Finland dan Mas yang berada Shah Alam, teruskan berkarya dan update resepi2 best untuk semua peminat anda termasuklah hamba insan yg kerdil ini untuk mencilok resepi2 tersebut dr anda pulak...hik hik hik. Akhir kata, Selamat Maju Jaya buat anda berdua!

Buat Mas dan Nieza, maaf la terlmabat sket ni sbb sibuk merempit cari rumah...nak blogwalking pun x brp sempat. Ok, terima la munge2 cinta ini yg tak seberapa ini. Gambar ini diambil semasa festival rose tahun lepas di auckland and i love it so much!




Tuesday, April 12, 2011

Edisi luah perasan. Rumah oh rumah!

Sehari dua ni tak sempat nak blogwalking. Kepala tengah pening fikirkan pasal rumah. Nak cari rumah...nak cari rumah. Sekarang ni semua benda naik harga. Sewa rumah naik harga, ayam naik harga dan td tgk berita butter dan cheese pun naik harga. Habes la hobi masak2 aku camni semua mende naik harga...uwaaaaa..... Itu belum masuk letrik lg. Tiap2 tahun naik tarif letrik. Klu musim sejuk faham2 sendiri la nak guna letrik byk. Nak rumah hangat kena pasang heater, nak keringkan baju kena guna dryer...semua tu gunakan letrik...dan penggunaan yg tinggi. Adoi... adoi...(sambil cuba menenangkan diri sendiri...huhuhu).

Sebenarnya kami ni berat hati nak pindah. Almaklum la dah lama duk kt rumah ni. Sejak mula2 menjejakkan kaki ke auckland lagi sehingga la skrg. Tapi apakan daya sewa makin naik. Rasa mcm tak berbaloi dengan rumah sempit tapi mahal ni. Banyak kenangan kt rumah ni....antaranya....



dapat tgk laut dari jauh...tuuuuu...nampak x skit tu....gambar ni diambil dr balkoni rmh kami... owh...blue..blue sky...


dapat tgk bunga api sempena hari2 tertentu. klu time new year mmg syok habes la. clear jer dpt tgk. dr balkoni jer. hahaha...kwn2 lain ada yg dpt tgk sipi2 ada yg x dpt tgk lgsg sbb apartment dorang terhalang dgn building lain.

dapat tengok plane aerobatics sempena hari2 tertentu. ini pun view dari balkoni rumah jer. plane ni bunyi mcm kapal perang jepun nk serang tanah melayu dulu2... uuuu....


dapat tgk bangunan2 (hahahaha...mcm xde motif kan). tp ok la kan drpd mengadap dinding...tak ke sakit jiwa. dan building yg ada 'bulatan' kt atas tu adalah bangunan insurans yg telah meluluskan peruntukan semasa aku operation dulu. sangat cekap dan cepat dlm uruskan claim.


yg ni plak view dr bedroom. building tgh tu adalah bangunan fakulti perikanan kot...universiti auckland klu x silap. yg bumbung biru nmpak skit2 jer tu plak fakulti undang2. yg bumbung hijau x sure plak sama ada fakulti undang2 jgk atau library. aisey, x perasan pulak padahal depan rumah ajer.


yg ni plak first time dlm hidup aku tgk logistik untuk penggambaran filem. korang kira sendiri la berapa byk lori kontena tu. itu baru sebahagian sajer. ada lagi sampai hujung jalan sane tp ini jer yg tercapai dek kamera hp aku yg aku snap dr balkoni rumah jer. kontena ni memuatkan equipments sahaja. mcm2 la dengan genarator dan kabel itu ini. kt seberang jalan sane pulak ada karavan khas untuk artis filem tersebut. siap ada nama lg, ok. dasyat2...betapa jakunnya aku yg tak pernah tgk penggambaran filem. tgk filem kt pawagam pun boleh kira ngan jari jerk! tak silap aku ni penggambaran filem hollywood 'yogie the bear'? citer kartun la beb! eh, tp x silap ada campur versi org kan. ntah...aku tak tgk pun citer tu. yg aku tau pasal penggambaran ni pun sbb masuk berita. klu tak, mmg habuk pn tak tau.

Owh...patut la naik harga...macam2 ada....hahahaha. Alaaaa....klu dh nak naik tu, tak de sebab pun boleh naik. Nasib laaaa....