Dermags Kulai

Dermags Kulai
R&D Skincare

Thursday, July 29, 2010

BUN COKLAT KAK LIZA





Sumber Asal : Kak Liza
Sumber : Cik Mat Gebu

Haaa...jgn terkozut plak tgk kaler bun ni. Dah nama pun bun coklat kan, mesti la kaler cokelat. Tak kan kaler pink plak kot...hahahaha. Ambik gambar plak waktu mlm, ditambah dgn mentol rmh ni yg kaler kuning ni ha....gelap gulita la jwbnya....hahaha. Apa pun roti ni sedap betul dimakan masa panas2 baru keluar oven tu. Sengaja aku buat kecik2 spy bleh dpt byk & senang dimakan. Simpan smpai pagi untuk bekpes tp panaskn dulu la.

Tp yg harunya tgh duk syok masukan bhn2 dlm BM, bila tiba turn nk masukn yis baru perasan yis aku dh nk abes. Ades, hentam ajer la sikit yg ade tu pastu memandai tambah bread improver. Nk buat camne, nk buh bread softener, takde la pulak. Cam x caya jer yis aku abes, biasenya x smpat abis yis xpired dulu....kuang kuang kuang.. ini menunjukkan xtvt meroti sgguh xtif skali dijalankan musim ini...ngeh ngeh ngeh..

Resepi asal ni xde inti pn kt dlm tp aku memandai bubuh inti untuk nk menambahkan kesedapannya. Dan disebabkan aku ni bkn terer sgt nk bubuh inti roti yd berbentuk cecair ni...slalunya mesti pecah...uwaaaa... so, aku masukkan chocolate rice jer & bila dibakar ia kan cair jgk...hehe. Tp klu x nak buh inti bleh jer ikut resepi Cik Mat yg paipkan coklat ats bun.

Bahan-bahan

  • 500 g tepung berprotein tinggi
  • 30 g tepung susu
  • 20 g serbuk koko
  • 100 g gula halus
  • 11 g dry instant yeast
  • 1 camca teh bread softerner (optional)
  • 1 biji telur, dikacau dengan garfu
  • 1/2 camca teh garam
  • 250 ml air
  • 80 g mentega
  • 100 g Milk coklat untuk hiasan (tiada dalam resipi asal)

Cara-cara

  1. UNTUK DOH :-) Satukan semua bahan dalam mangkuk adunan, kecuali mentega, uli hingga menjadi doh. Tambah mentega dan uli hingga mentega sebati dan doh menjadi kenyal, licin dan anjal. Masa menguli kurang lebih 25 - 30 minit. KAEDAH LAIN :-) Satukan semua bahan2 dalam bread maker, pilih setting for dough, tekan dan tunggu hingga siap.
  2. UNTUK BUN COKLAT :-) Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, uli 5 minit dan bagi2kan doh pada saiz yang diingini, timbang untuk mendapatkan saiz yang sama besar. Bulat2kan dan susun atas loyang yang telah digris dengan mentega. Biar naik sekali ganda (kurang lebih 45 minit).
  3. Bakar dalam oven pada suhu 200C selama 25 minit (mat bakar pada suhu 180C selama 20 minit). Bila roti masak, keluarkan dari oven dan sapu permukaannya dengan mentega. Alih roti atas jaringan dan biarkan sejuk.
  4. Cairkan milk chocolate secara double-boiler hingga cair, masukkan dalam piping bag dan buat zig-zag atas permukaan bun coklat tadi.
  5. CATATAN MAT GEBU ;-) Mat buat separuh adunan, dan untuk telur tu, lepas dipukul dengan garfu, mat ambil sebahagian atau pun kurang lebih 30g. Manakala bun coklat tu, berat setiap biji doh lebih kurang 41 g semasa dibentuk. Dapat 12 biji....

Wednesday, July 28, 2010

TELUR DADAR BERMAYONIS

tu dia...asap x abes lg dh snap gambar...hehehe


Sumber : K. Nor

Pagi td ternampak menu ni kt dapur k.nor. So, apa lg...menu simple2 cenggini suka sgt la aku meniru. Kata k.nor, dia tgk iklan Sheila Rusly pelakon fofular tu la masak telur dadar pesen cenggini. So, k.nor ngejas ikut stail dia. Dan aku plak tukang tiru serta ejas ikut bahan yg ada kt rumah ni & kuantiti yg diperlukan. Ok, layan resepi di bawah. K.nor, halal yer tepek kt sini. Kuantiti tu dh edit, nk tgk resepi ori k.nor sila refer link kt ats yer.


Bahan-bahan


  • 2 bj telur
  • 1 sudu besar mayonis
  • 1/2 labu bawang besar ~ dipotong dadu
  • 2 bj cili merah ~ dibelah dua dan hiris - aku ganti dgn cili padi
  • daun saderi ~ dihiris - sbb xde stok so aku ganti dgn daun bwg
  • sedikit garam
  • sedikit hirisan isi ayam - ini aku yg tambah (optional)
  • sedikit minyak

Cara-cara


  1. Masukkan minyak ke dalam frying pan dan panaskan.
  2. Pecahkan telur ke dalam sebuah mangkuk dan masukkan mayonis.
  3. Pukul dgn garfu hingga sebati.
  4. Masukkan kesemua bahan2 lain dan gaul lg hingga sebati.
  5. Tuangkan adunan telur dan goreng hingga telur dadar masak.
  6. Angkat dan hidangkan.

Tuesday, July 27, 2010

NASI BRIYANI IMAN

Nasi tu sbnrnya lg kuning....


Nasi beriani Iman? Bukan suka suki letak nama tau tp dh nama perencahnya camtu. Sebenarnya perencah ni kawan yg kasi setelah pulang dari cuti2 mesia. Adeh, klu si zila tau mesti dia ckp, smpai aku dh balik mesia lg sekali, baru nk guna perencah ni....hua hahahaha.... Takpe2, zila x tau lg kewujudan blog aku, dia tgh syok enjoy menikmati makanan mesia tu... keh keh keh...

Perencah ni aku rasa ada kt belah2 utara jer kot. Utara mesia la, x kan utara auckland plak... ngeh..ngeh..ngeh...jgn mareee... Klu MIL aku selalu guna perencah Nasi Daging brand Iman ni la. Sedap jer, nak2 klu jd tukang makan...hahaha. Perencah nasi beriani ni x tau la aku nk kata sedap ke tidak sbb aku ni tak reti sgt mkn nasi beriani....emh, sebenarnya dulu kurang suka. Tp sejak datang sini la, lama2 jd suka plak skit2. So, nasi beriani hari ni licin jer la aku sapu...hehehe. TQ zila. Sini antara makanan halal yg paling mudah dpt adalah nasi beriani selain dr kebab.

Gambar kt ats tu sepatutnya nasik tu lg kuning. Tp biase la kamera cap meriam & model cap ayam....hahahahaha...'

Sekian, corat coret hari ni, resepi takde yer. Cuma rujuk pada belakang pek perencah jer, hehehe..... Then makan la dgn lauk kari dalca & daging masak merah. Itu semua org reti msk. Acar? takde acar2, timun mahal kt nz....kah kah kah. Klu buat pn aku sorang jer yg makan, membazir jer, dh la timun mahal kt sini. Pelik btl aku sebatang timun boleh cecah 4-5-6 dolar. Kecik plak tu...




ini lah perencah Nasi Briyani Iman ... harga pn ada lg...keh keh keh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...