Dermags Kulai

Dermags Kulai
R&D Skincare

Monday, October 18, 2010

GETTAH

yang kosong...sedap dimakan begitu saje ^_^

sape suka manis, boleh sira...

Ge'tah...camne nak eja ni...hehehe. Tp cara pronounce nyer mcm sebut getah la cuma ada sabdu/ dengung sket di tengahnya ('ge-ttah'). Ni snek org terengganu. Klu boring2, kunyah la gettah yer. Tp budak2 muda skrg ni kenal x gettah? atau pun suka x makan? hurmm... entah la. yg pasti cara buatnya takde la susah mana pun. Macam buat kulit karipap jer. Malah, klu ada lebihan doh karipap yg dah x cukup inti tu, bleh jer jadikan gettah ni. Gettah ni ada dua versi, satu yg plain dan satu lg yg sira. Tp klu nak dimodenkan, korang celup la dalam cokelat ke. Bak kata k.nor secubit garam...kita yg buat dia kan...hehehe..

Ok, layan resepi kt bawah yg ambik dari mak. Tp dh ngejas dah sikit sbb mak kasi resepi untuk 1 kg tepung gandum... mak aih, klu buat banyak tu jwbnya sebulan pon belum tentu rumah ni bleh habiskan...kekekeke....

Bahan-bahan
  • 250 gram tepung gandum
  • 1 biji telur ~ resepi asal 1/2 biji aje ~
  • 45 gram marjerin ~ saya guna butter ~
  • 90 ml air
  • 1 sudu besar gula
  • secubit garam

Cara-cara

  1. Campur marjerin dengan tepung. Gaul rata sampai berderai.
  2. Masukkan gula kemudian telur. Gaul sebati.
  3. Masukkan air yg telah disebatikan dengan garam secara sikit2.
  4. Uli sehingga doh tidak melekat di tangan.
  5. Canai doh dan potong mengikut saiz yg dikehendaki.
  6. Untuk buat bentuk riben, potong doh yg telah dicanai secara memanjang dan buat sedikit lubang dgn menggunakan pisau. Masukkan satu bucu/hujungnya sahaja ke dalam lubang yg telah dibuat. ~rujuk gambar di bawah ~
  7. Goreng dalam minyak yg banyak.

cara2 buat bentuk riben gettah

3 comments:

  1. saya kenal gettah dan saya suka gettah....huhu

    ReplyDelete
  2. @Akma,
    Klu tringin sgt nk mkn, bagitau jer. InsyaAllah boleh buatkan ;-)

    ReplyDelete
  3. Hummmm. Memang sukar melihat kuih ni sekarang. Cari di Internet pun baru jumpa kat sini, bagi menghilang rindu. Huuh... huhhh.... huhhh......

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...