Dermags Kulai

Dermags Kulai
R&D Skincare

Friday, August 12, 2011

FRIED HOKKIEN FLAT NOODLES



Hehehe.....sebenarnya mee goreng jer!  Nama menu jer lebih-lebih.  Tapi sebenarnya hamba ini tidaklah ketahui akan gerangan nama mee ni dalam bahasa.  Mee lidi ke?  Tapi mee lidi kering kan?  Yang ni memang sama cam mee kuning tu cuma bentuknya aje lebar.  Mee goreng ni buat masa sahur tadi.  Main campak2 ajer sebab dah lewat.  Lepas tu terus ngap!  Ok la, tak leh stori mori panjang2, hari ni ada misi yang perlu diselesaikan.  Resepi campak2 seperti di bawah:

Bahan-bahan

  •  200 gram hokkien flat noodles
  • 1/2 biji bawang besar - kisar
  • 2 ulas bawang putih - kisar
  • 1 cm halia - kisar
  • 5 tangkai cili kering - rendam air panas seketika dan kisar kasar / 2 sudu besar cili boh
  • 1 sudu gula
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 biji telur
  • Garam
  • Udang / fishball / crab ball / fish cake
  • Sawi

Cara-cara
  1. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia yang telah dikisar hingga naik bau dan bertukar warna sedikit.  Masukkan cili kering / cili boh.  Tumis sehingga garing.
  2. Masukkan gula, kacau sehingga bahan tumis bertukar warna sedikit gelap.
  3. Masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap manis dan sos tomato dan kacau sebati 
  4. Kemudian masukkan garam dan rasa rempah.  Sekiranya tidak cukup rasa boleh tambah sos atau kicap lagi.  Masukkan sedikit sahaja air.
  5. Masukkan udang, fishball, fishcrab, fish cake.  Kacau sebati.
  6. Masukkan telur, pecahkan dan gaul sebati.
  7. Kemudian boleh la masukkan mee, kacau seketika dan masukkan sawi.  

5 comments:

  1. adeh tak tahan jiwa raga masuk sini...feveret akak kalau masak mi gaya gini..
    sebelum apa2 akak balik dulu lah

    ReplyDelete
  2. Assalam ina,
    wah mee ina ni terpampang betul kat muka akak ni..hehe..sedap nampaknya tu..betul kata kak anim, sebelum apa2 (akak cekup udang & fishball) tu baik akak pun balik juga..heheh..

    ps, oh baru akak tahu kuih bom yang ina maksudkan tu dalamnya inti isi ikan ya..hubby orang mana sebab kalau sebelah selatan malaysia memang selalunya kuih bom ni manis..hehe..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum..kak inaaaaa.. i miss uuuu... lama dah tak jenguk blog akak ni... saya pun feberet mee gini. kalau makan n masak sendrik dah lama tak selengkap ada fish ball gini.. makan sahur pon besyt panas2 terus ngap ni

    ReplyDelete
  4. noodles grg camni.. sgt mgoda.. ala basah2 sikit.. salam kenal2 ina.. nnti akk add ina yer..

    ReplyDelete
  5. @k.anim,
    laaaaa kak anim, dah nak balik? masuk la duluuuuuu...baru nak bancuh air oren ni. hihihihi...


    @k.ayu,
    owh, k.ayu pun nak balik juga? tp sempat lg cekup udang ngan fishball tuuuu...hik hik hik.

    ha'ah kak, kuih bom kami pesen cenggini la. hubby orang penang + johor, tu yg dia x biasa kuih bom versi saya ni.


    @izah,
    i miss u toooooooo ijah! ahkak duk bertapa tu yg x muncul2 tu. ni skrg dh keluar bertapa, kekeke. alaaa zah, ni kebetulan ada lebih fishball buat yong tau fu hari tu, campak ajer lerr.... klu tak selalunya, ayam ayam ayam jer le.


    @k.dzana,
    salam kenal jgk kak. mekasih yer add saya. menu2 kt blog akak pun best2 jgk semuanya. :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...