Dermags Kulai

Dermags Kulai
R&D Skincare

Monday, June 21, 2010

SALMON STEAK

I love salmon, yummy!


Sehari dua ni rajin pulak menggodek blog. Maklum la baru berjinak-jinak dengan dunia blog. Dulu teringin jugak nak ber blog tp tak tahu nak cerita pasal apa. Lagi satu ada penyakit M nak mengarang ni. Tapi sekarang rasa seronok pulak tengok blog orang yg duk tepek2 resepi ni. Apa salahnya mencuba kan. Lagi pun sejak duduk sini, suka benar mencuba pelbagai resepi. Dulu....habuk pun tak tau. Hehehe....

Minggu ni takde cubaan resepi terbaru. Banyak stok barang2 dah 'yellek'. So, tak pe la... tepek aje la menu2 yg sebelum ni post kt fb jer. Malam ni nak tepek Salmon Steak. Resepi ni diinspirasikan dr myresipi.com. Baca sekali lalu dan lupa pulak nak save. So, bila time buat tu hentam ikut citarasa sendiri. Nak cari semula, myresipi dh tak boleh access.

SALMON STEAK

Ikan
• Sekeping salmon steak
• Lada hitam
• Lada sulah
• Sedikit garam

Sos Putih
• 1 sudu besar butter
• 1 cawan susu segar
• 1 sudu kecil tepung gandum
• Sedikit lada hitam

Lain-lain
• Mix Vegetables
• Lemon

Cara-cara

1. Lumurkan salmon steak dengan lada hitam, lada sulah & garam secukupnya. Aku pakai grinder aje lada hitam tu. Sebab tu nampak kasar sikit. But i like it! Perap seketika sebelum digoreng. Gunakan sedikit minyak sahaja apabila menggoreng. Kalau guna non stick pan, tak perlu goreng pakai minyak lg.
2. Sediakan sos putih. Cairkan butter dalam fry pan, kemudian masukkan tepung gandum. Kacau cepat2 supaya tidak berketul. Kemudian masukkan fresh milk diikuti serbuk lada hitam. Siap.
3. Untuk sayur cuma perlu stimkan seketika. Siap untuk dihidangkan.

Sunday, June 20, 2010

KEK COKLAT & BUTTER ICING

sangat ceria dapat buat kek...hehe

letak dalam cups pn ok

Kek Coklat merupakan kek kegemaran ramai. Dan yg paling penting kegemaran tukang makan yg ada dalam rumah ni...hehehe. Buat pun tak de la susah mana. Dulu guna resepi yg kakak aku bg tp tiba-tiba hilang la pulak resepi tu. Sekali bila belek2 myresipi terjumpa la resepi yg hampir sama. Cuma resepi yg aku jumpa ni lg canggih, siap dgn ganache. Namanya pn canggih 'Death By Chocolate Cake'. Malam ni pulak tak dapat buka myresipi, so tak dapat la nak link. Nanti dah ok, aku edit.

Tapi masa ni aku tak buat ganache, sebaliknya aku bubuh butter cream jer. Ni sebab tiba-tiba jer rase nk makan so, guna bahan mana yg ada kt rumah jer. Oh, yer...maafkanlah cream yg nmpak tak smooth itu, saya budak baru belajar... ;-)

KEK COKLAT

• 2 cawan gula (kisar)
• 2 cawan tepung (ayak)
• 3 biji telur grade A / size 7
• 1 cawan cocoa powder
• 1 cawan susu cair
• 1 cawan minyak (@ butter cair)
• 1 cawan air panas mendidih
• 1 tsp soda bikarbonat
• 1 tsp baking powder
• 1 tsp esen vanilla

Cara-cara

1. Tepung, cocoa powder, soda bikarbonat & baking powder diayak bersama.
2. Pukul gula & telur sampai kembang, tambahkan esen vanilla.
3. Masukkan susu & minyak / butter cair ke dalam adunan, kacau sebati.
4. Masukkan bahan2 yg diayak (cara 1.) ke dalam adunan. Gaul dengan cara kaup balik.
5. Akhir sekali masukkan air panas. Kacau sebati.
6. Bakar selama 45 miniy pada suhu 175-180 degree. Boleh juga kukus selama lebih kurang 1 jam.

BUTTER ICING

Bahan-bahan ( Boleh hias sebiji kek 1 kilo )
• 250gm butter
• 150gm shortening
• 250gm icing sugar (diayak dulu)
• 2 sudu besar susu segar
• Pewarna ikut suka

Cara-cara

1. Pukul kesemua bahan (kecuali susu segar) hingga kembang atau rupa berubah menjadi putih gebu...
2. Setelah cream kembang, putih dan gebu (sekiranya nampak kurang lembut barulah masukkan susu cair tadi) jika cuaca panas mungkin cream tidak memerlukan susu kerana akan menajdi agak lembut
3. Ambillah banyak mana cream yang diperlukan dan letak pewarna ikut suka. Kacau sehingga rata...

Saturday, June 19, 2010

NASI KERABU PERANTAU


Dulu masa baru beberapa bulan duduk di Auckland ni teringin benar nak makan nasi kerabu. Tapi mengenangkan diri sendiri tak pernah buat nasi kerabu dan bahan-bahan pun susah nak dapat (pada fikiran aku ketika itu) maka hajat nk makan nasi kerabu tu dilupakan aje.

Sehingga la pada satu hari aku terbelek di myresipi.com dan terjumpa la satu resepi namanya Nasi Kerabu Perantau. Alkisahnya diberikan nama perantau kerana tuan punya resepi tu berada di luar Malaysia ketika itu dan dgn kebijaksanaannya menggunakan dan menggantikan bahan-bahan yg sesetengah susah nk dpt maka terhasilkan nasi kerabu. Aku sangat suka resepi ini kerana amat mudah dan rasanya sedap (ada rasa nasi kerabu la....hehehe). Dan mcm biase la, aku ada la ejas2 sikit mengikut keadaan aku. Kata orang walau pn tak betul2 sama tp dapat la jg merasa hampir2 sama....hehehe....(ni part aku perasan sedap lar.....kekeke).

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

Nasi
• 4 cwn beras
• 1 sudu kecil garam
• 4 1/2 cawan air - macam masak nasi biasa.. nak lembik/keras kena tambah/kurangkan air
• 2-3 titik pewarna kuning
• 2-3 helai daun limau purut(optional)
• 1 btg serai-diketuk(optional)

Sambal Tumis
• 5-10 biji lada kering
• 1/2 biji bawang besar
• 2 ulas bawang putih
• 1cm halia
• 1cm kunyit/ 1 sk serbuk kunyit
• 200ml/ 1/2 tin santan pekat
• 2 btg serai
• 2 keping asam gelugur
• 2 sudu besar budu / 3 sudu besar sos ikan
• garam dan gula melaka

Sambal ikan
• 1 ekor ikan kembung- saiz besar
saya pakai tuna dlm tin aje, senang ;-)
• 1 cawan kelapa kering/ kelapa parut
• 2 ulas bawang putih
• 1/3 biji bawang besar (4-5 biji bawang merah)
• 1 batang serai
• 1cm halia

Kerabu
• kubis
• timun
• taugeh
• daun kesum

Bahan lain- optional
• solok lada
• telur asin
• bawang jeruk
• ayam goreng kunyit
• sambal belacan

Cara-cara

Sediakan sambal tumis
1. blend lada kering, bawang, kunyit dan halia sehingga lumat.
2. Panaskan minyak(kena banyak siket), tumis semua bahan blend tadi sehingga pecah minyak

Masak nasi
3. Cucikan beras dan masukkan semua bahan utk masak nasi yang lain. Masaklah seperti masak nasi biasa.

Cara sedia sambal kelapa ikan
4. Bersih ikan dan bakar. Sementara tu bolehlah goreng kelapa
5. Goreng kelapa tanpa minyak dengan api kecil sehingga jadi perang. Kalau kelapa parut ni kasar, bolehlah ditumbuk sekejap ketika kelapa masih panas-panas.
6. Asingkan isi ikan dengan tulang. Tumbuk isi ikan untuk kelihatan halus.
7. Tumbuk pula bawang dan serai, sehingga lumat. Kalau guna food processor masukkan bawang dan isi ikan sekali gus ke dalam food processor .
8. Campur sekali ikan dan bawang, goreng tanpa minyak sehingga agak garing.
9. Campurkan ikan dengan kelapa goreng tadi. Masukkan garam dan gula. Gaul hingga sebati.

Kerabu
10. Hiris semua sayur dan gaul ratakan.
11. Bila nak makan tu, ambik sikit semua bahan dan letak ke dalam nasi. Boleh juga dimakan dengan bahan lain tu.. lagi sedap

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...