Dermags Kulai

Dermags Kulai
R&D Skincare

Tuesday, August 03, 2010

MARBLE BANANA MUFFIN




Sumber 1: Bisous A Toi
Sumber 2: Izah
Sumber 3: Mas
Sumber 4: K.Nor
Sumber 5: Hana

Ok, dh study pasal teknik dan tips membuat muffin maka aku pn try la buat muffin ku yg pertama. Amacam? jadi tak? tak tau la...hahahaha... Tp rasanya sedap..mmg sedap. Tak rugi mencuba. Tgk sumber2 kt ats yg telah ramai mencuba. Sedap la tu klu ramai yg cuba....hehehe..Muffin ni bleh masuk dlm list la. Cuma kena asah lg skil spy x terlebih aduk sbb muffin aku ni nmpak cam ada lubang skit2. Mengikut nota k.hana tu klu ada lubang maknanya terlebih aduk/kacau la.

Bahan-bahan

Bahan A
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan gula kastor (saya guna cuma 1 cawan-itu pun masih manis)
  • 1 sudu besar baking powder
  • 1/2 sudu teh garam

Bahan B

  • 1 biji telur (L)
  • 1 cawan susu segar
  • 1/2 cawan minyak masak (mentega cair)
  • 1 cawan pisang lecek kasar
  • 1 sudu besar coklat paste
  • Topping: Coklat chip/ Walnut/ apa apa yang disukai

Cara-cara

  1. Ayakkan tepung bersama baking powder dan satukan semua bahan A ke dalam satu bekas. Ketepikan.
  2. Satukan telur, susu segar dan minyak dan gaul hingga sebati. Masukkan adunan susu segar tadi ke dalam bahan A dan gaul sebati. Jangan gaul terlalu lama, cukup sekadar bersatu dan masukkan pisang yang dilecek kasar tadi.
  3. Bahagikan 2 adunan, dan masukkan coklat paste ke dalam satu adunan. Kemudian cedokkan ke dalam muffin pan dan selang selikan untuk marble kan muffin.
  4. Bakar pada suhu 190 C selama 25 minit.

TEKNIK DAN TIPS MEMBUAT MUFFIN

Sumber Asal : Aneka Muffin Primasara Femina
Sumber 1 : Hana

Haaaa.....nota ni aku kebas kt rumah k.hana. Sbgai peringatan untuk aku dan klu sesapa yg terbaca ni kira sama2 dapat ilmu la. Bagus k.hana, byk pahala ko dpt share ilmu masak2 ni... hehehe.... Ok, teknik2nya seperti di bawah yg aku copy paste sebijik2 xde ejas2 dh dr blog hanamemories. Sebarang pertanyaan, bleh tanya k.hana tau...sbb aku x reti psl muffin2 ni. Bila baca nota ni baru aku tau apa itu muffin....huawawawawa....selama ni yg aku tau muffin tu ala2 cupcake yg menggunung & merekah2 gitu....keh keh keh...


Sinopsis
ALkisahnya.. Muffin berasal dari bahasa Perancis moufflet yang bererti roti yang lembut. Dalam bahasa Jerman muffe yang merujuk pada salah satu jenis kek. Muffin dikategorikan sebagai quick bread kerana proses pengembangannya tidak menggunakan yis tetapi baking powder@soda bikarbonat dan juga telur. Baking powder mutlak dalam pembikinan muffin. Sedangkan soda bicarbonat tidak wajib, hanya ditambah ke dalam adunan yang biasanya mengandungi coklat atau yang mengandungi byk cairan dan buah2an utk `mengering`kan adunan.

Cara mengaduk adunan
Prinsip dasar membuat muffin adalah mencampurkan bahan kering dan bahan cecair. Aduk campuran bahan dengan senduk kayu/spatula hanya beberapa kali sahaja (biasanya 5 kali) asal bercampur semuanya. Jangan dikocok@mixer! Adunan yang terbentuk memang tidak licin, berbongkah-bongkah, bahkan kadang kala masih terlihat bahan kering belum menyatu dengan bahan basah. Bila adunan terlalu lama di aduk akan menghasilkan gluten, yang akan mengakibatkan muffin menjadi bantat, dan teksturnya kasar dan penuh lubang.

Cara menuang adunan ke dalam cup
Tuang adunan muffin ke dalam cetakan menggunakan sendok atau skoop aiskerim hingga hampir penuh atau 3/4 penuh agar tinggi permukaannya selepas masak. Ketika menuang, adunan muffin harus dalam bongkahan yang besar, bukan mengalir seperti kek (tanda muffin terlalu banyak di aduk). Jika lubang tray muffin tidak terpakai semua, isikan juga dengan mangkuk kertas agar loyang tidak terlalu panas dan mengakibatkan loyang cepat rosak dan muffin yang berdekatan dengannya kurang kelembapan.

Cara membakar Muffin
Salah satu kunci kejayaan membakar muffin adalah kepanasan oven yang tepat! Panaskan oven suhu 200darjah celsius selama 20min. Pasang rak di tengah, bila terlalu ke bawah, dasar muffin akan terlalu kering, bahkan kosong. Adunan yang sudah di tuang harus terus dibakar. Untuk hasil terbaik, usahakan membakar muffin sekali harung sahaja! Biasanya hasil yang kedua tidak sebaik yang pertama. Jika terlalu banyak, campurkan adunan kering dan basah setengah bahagian dahulu, setelah adunan pertama masak, baru campur baki adunan dan terus dibakar.

Masa membakar muffin antara 20-25min, Untuk mengetahui muffin masak, masukkan sebatang lidi ditengah muffin, jika masih melekat maknanya belum cukup masak. sebaliknyer jika lidi dilihat bersih bererti muffin sudah masak. Muffin yang sempurna pembuatannya adalah permukaannya yg menggunung dan berlaku sedikit rekahan! teksturnya tidak halus seperti cake, tetapi berlubang kecil rata dan lembab. Jika muffin hanya naik sebelah, maknanya oven terlalu panas. Masing2 mempunyai oven yang berbeza2 suhu kepanasannya. Maka sesuaikanlah mengikut kepanasan suhu oven masing2. Jika suhu 200 muffin yang di masak cepat hangus, maka turunkan 10darjah celsius.

Penggunaan Loyang
Ada dua ukuran standard muffin iaitu yang berlobang 6 utk 200ml dan berlubang 12 utk 100-150ml. Selain yang berlogam ada juga yang bersilikon. Loyang yang berwarna gelap lebih menyerap panas. Oleh sebab itu turunkan suhu 15-20 darjah celsius dari panas yang diminta dalam resepi saat menggunakannya.

Selamat memuffin!! mudah2an anda semua berjaya! Sekian.

Monday, August 02, 2010

ROTI BEBOLA BERGULA... Lagi!

jimatkan gula mek na oiiiii........hahahaha...

Sehari dua ni cam mls je nk update blog. Oooo...sbb tenet slow. Ni hari ni apesal la plak yahoo mail bermasalah plak tak leh nk send emel. Nyampassss tul! Hehehe...mcm la aku ada kerja penting pn dgn emel tu. Tp tu la kan.... kononnya jauh kt oberc ober the river & apa2 ober la, kemudahan internet ni mmg penting untuk berhubung dgn dunia luar.

Oooopppss....silap topik plak. Ini kan blog masak2 so, kembali semula kpd rancangan msk2 kita.. ngeh...ngeh..ngeh... Roti ni kan dh berpuluh kali dh aku buat. Dan ramai plak yg suka tu. Cuma roti kosong yg ada gula aje tp btl2 mendapat sambutan...hehehe. Kali ni buat 3 adunan untuk Della yg order sempena besday anaknya. Buat roti time winter ni ada sedikit mencabar la. Sejuk2 roti x brp nak naik, berjanggut la tunggu. So, spt biase masukkan/penaikkan dlm oven dgn suhu antara 35-45c selama 30 minit. Isyaallah naik la tu. Untuk resepi sila rujuk entry terdahulu di sini.



'timba' breadmaker pn nk posing jgk...almaklum la dapur sekangkang kera...keh keh keh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...