Dermags Kulai

Dermags Kulai
R&D Skincare

Wednesday, February 06, 2013

Donut Keledek





yang banyak ni untuk tujuan frozen. :)


Assalamualaikum dan selamat pagi.

Menyambung lagi menu keledek.  Resipi ini asalnya adalah dari donut kentang yang dihasilkan oleh Ros Jintan Manis.  Kemudian ditukar oleh K.Nor Secubit Garam menjadi donut keledek.  Aku pulak ambik resepi ni kat blog K.Yati

Donut Keledek

Bahan-Bahan
  • 500 gram tepung gandum
  • 200 gram keledek yang telah direbus dan dilenyek
  • 4 sudu besar susu tepung
  • 1 biji telur (Yatie letak 2 biji telur, dipukul sedikit) - saya follow k.yatie
  • 200 ml air suam ~ Yatie letak 1/2 cwn je-tuang sikit2 masa uli doh - saya guna fresh milk
  • 3 sudu besar marjerin/butter
  • 3 sudu besar gula halus
  • 3 sudu kecil yis 

 Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.
  2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
  3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
  4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..

Monday, February 04, 2013

Kuih Keria



Mr. H request nak keria yang nipis-nipis.

Semalam kan plan asal nak buat donut keledek tapi Mr. haza pulak request kuih keria.  Akhirnya donut pun buat, kuih keria pun buat kemudian sempat pulak siapkan inti karipap yg juga guna keledek....hehehe.  Ni namanya hari keledek :D

So lepas ni entry keledek berderet-deret la yerk, hahaha... :p

Sambil-sambil tu aku nak cerita pasal cuaca yang panas terik kemudian disirami hujan mencurah-curah.  Waaahhhh, nikmatnya kan.  Sehari dua ni memang panas terik kemudian semalam dengan hari ni hujan turun mencurah bumi.  Syoknya rasa macam nak sambung tido jer pagi-pagi tadi tapi tak boleh sebab kerja banyak menunggu tu haaaa.  Sebut pasal hujan panas teringat pulak pengalaman 'berharga'  semasa berada di New Zealand dulu.  Kisahnya nanti la aku akan story mori, sekarang kena sambung buat keje dulu yer adik kakak.

Kuih Keria
Sumber :  quinnie@MyResipi

Bahan-bahan
  • 500 gm keledek (saya buat keledek merah + putih) - ina ada keledek putih jer
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung ubi kayu
  • 1/4 cawan gula untuk menyira dan sedikit air 
Cara-cara:

  1.  keledek dikupas, dibelah dua dan direbus hingga empuk.
  2. toskan keledek dan lecek hingga lumat
  3. campurkan tepung gandum dan tepung ubi bersama keledek dan uli hingga sebati.
  4. ambil sedikit adunan tepung, dibulat-bulatkan dan buat lubang ditengahnya. jadikan seperti gelang.
  5. goreng hingga masak dan kuning. toskan kueh tadi.
  6. panaskan gula dengan sedikit air didalam kuali. kacau hingga likat dan kemudian masukkan kueh yang telah siap digoreng tadi. kacau rata/ golek-golek hingga gula melekat dikueh. padamkan api dan bolehlah dianggkat.

Saturday, February 02, 2013

Snow Cheesecake








Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu.

Aku tengok ramai blogger masak-masak dah cuba kek ni.  Memang aku dah gedik sangat nak try tp minggu ni sibuk sikit nak siapkan hantaran kahwin adik ipar yang nak nikah minggu depan.  So, tak tau la bila ada kesempatan.  Almaklum la bila dah ngadap buat hantaran tu jadi ralit.  Tapi petang semalam semangat dah berkobar-kobar nak buat jugak walau macam mana sekali pun.  Membawa ke malam baru la siap kek dan disimpan dalam peti dulu seperti yg disuruh resepi.

Ni la first time aku buat kek span yang menggunakan ovelet.  Maklum la masa duk kt new zealand dulu bayang ovelet pun tak pernah nampak.  Berdebar habis jugak masa bakar kek ni, hahahaha.  Harap-harap jangan la collapse atau bantat ke.  Mau kecewa berguling-guling, keh keh keh :D  Alhamdulillah nasib baik jadi.  Fuuhhh! Lega.

So, macam mana rasa kek ni?  Seperti namanya kek ni memang penuh rasa keju.  Sedap cuma pada aku muak sedikit dan masin.  Hehe...masin tu mungkin disebabkan cheddar cheese.  Aku pun minta la komen dari Mr. Haza.  Kali ni pandangan beliau serupa dengan aku.  "Kuatnya rasa cheese".  Kata beliau spontan.  "Yang kt bawah dah sedap tp kt atas masin la".  Kata beliau lagi.  Sudahnya beliau makan kek sahaja dan tinggalkan cream  topping cheese itu.  Haiiissshhh, membazir jer, dah la cis mahal :p  Nampaknya aku kena bersetuju dengan kak MaDiHaA pasal kek ni.  Cuma pada aku kek ni macam misteri, walau pun muak tp tetap ada kesedapan yg tak tau tang mana, hahaha.  Susah mau explain, kena rasa sendiri.  Dan disebabkan aku dalam fasa diet la kononnya maka aku pun bagi la kt 2 jiranku.

Sumber:  Izah Muffin Lover
Sumber Utama : Sherry mz@MyResipi


Snow Cheesecake / Kek Keju Bersalji

Bahan-bahan:

  • 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
  • 100 gram gula halus
  • 100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga) - akak guna shelf raising flour
  • 60 gram tepung jagung (maizena)
  • 50 gram air sejuk (dr peti ais)
  • 1 sudu teh baking powder- tak letak
  • 2 sudu makan ovelet
  • 75 gram mentega (dicairkan)
  • izah tambah esen vanilla

  • UNTUK KRIM
  • 1 kotak cream cheese philadelphia
  • 1/2 tin susu pekat manis- izah letak sekadar manis pada selera
  • (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.

  • UTK TOPPING
  • 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan) 
        Dicadangkan parut halus supaya kek tidak muak ketika dimakan.

 Cara-cara:
  1.  Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar. 
  2.  Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.  Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
  3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
  4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.  *izah  bakar kek menggunakan kaedah waterbath
  5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.*izah potong kek  menggunakan benang
  6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
  7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
  8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
  9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.
 
kek semasa dibakar naik gebu tp setelah dikeluarkan (tunggu sejuk) ia mengecut sedikit.


aku belah/potong guna pisau jer. pisau besar lagi senang keje.

dapat la dua untuk atas dan bawah. saspen jer nak alihkan sbb lembut mcm nk melendik patah
guna pinggan jer maklum la mengenangkan space dlm peti yg penuh harta karun tu... :p tp mula la lepas tu kek ni tenggelam sikit ke tengah sbb pinggan tak rata, hehehe
Faqihah sangat suka, ni potongan kedua untuk dia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...