Dermags Kulai

Dermags Kulai
R&D Skincare

Tuesday, June 29, 2010

TREVALLY MASAK SAMBAL TUMIS / TUMIS LADA


Masak simple lagi. Senang keje aku, hahaha. Sebenarnya aku dalam proses nak mencuba pelbagai resepi. Hari-hari duk skodeng dapur orang. Tapi tu la kan, ada bahan yang cukup ada bahan yang tak cukup. Dan ada yang aku cuba tak menjadi...kui kui kui...pecah lobang. So, sepi la blog ni tanpa cerita. Ni takat masak sambal tumis ni sape2 pun boleh buat. Masakan paling instant kalau kebuntuan idea. Saje la tepek kt sini skdr mengisi ruang. Masak merah ni lebih kurang sama aje cuma klu ayam & daging tu gunakan sos tomato atau tomato puri dan kalau seafood gantikan dgn air asam jawa. Teringat pulak tahun lepas gotong royong buat ayam masak merah untuk jamuan raya MAPSA. Pedas tak hengat, abis 'menangis' semua orang. Menangis2 pn ramai jgk yg terkenang2 ayam masak merah MAPSA City. Agak2nya tahun ni, MAPSA bahagian mana pulak yg ditugaskan untuk masak2 jamuan raya. Cewah, dh ckp psl raya, pose pun belum lg...keh keh keh...

Bahan-bahan

• 2 keping ikan trevally yg telah dipotong
• 1/2 biji bawang besar - dikisar
• 2 ulas bawang merah - dikisar - tp aku tak letak sbb tak ada
• 2 ulas bawang putih - dikisar
• 1/2 inci halia - dikisar
• 2 sudu besar cili kisar - aku guna 1/2 sudu extra hot chilli powder
• Belacan (optional)
• Air asam jawa secukupnya
• Gula / nissan/ gula melaka secukupnya
• Garam secukupnya
• 1/2 biji hirisan bawang besar


Cara-cara

1. Ikan dibersihkan dan digaul dgn garam & kunyit. Goreng & ketepikan.
2. Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan kelihatan layu.
3. Masukkan serbuk cili atau cili kisar. Masak hingga hampir garing dan hilang bau maung cili.
4. Masukkan gula. Biar sampai pecah minyak. Kemudian masukkan belacan kalau suka.
5. Masukkan air asam jawa, kemudian garam. Biar sebati. Kalau nampak terlalu pekat, boleh tambahkan sedikit air.
6. Masukkan hirisan bawang besar dan ikan. Pastikan sambal tadi serata pada ikan. Boleh juga dituang terus pd ikan tanpa perlu menggaulkannya di dalam kuali.

Nota: bahan2 kisar tu sukatannya adalah anggaran sahaja. Biase aku dah siap2 blend untuk stok beberapa hari sahaja (tak boleh lama2, tak sedap & bawang tu pn akan bertukar warna). Bila time nak guna cedok saje dalam 5-6 sudu besar.

Saturday, June 26, 2010

SINGGANG IKAN TREVALLY


Ikan singgang pun masuk blog jugak? Tak pe lah, bukan senang nak buat ikan singgang kat negara omputih ni kalau tak cukup bahan. Tak cukup bahan tak cukup la rasa singgang. Nasib baik ada Asian Supermarket (kedai cina), boleh la jumpa lengkuas, kunyit hidup, asam gelugor/keping. Frozen pun frozen la dr tak ade langsung.

Ikan yang aku guna ni namanya ikan trevally. Kalau kt malaysia tak tahu la apa namanya tp aku tengok rupanya macam ikan selar cuma saiznya aje yang besar. Sori la, aku ni bab ikan tak berapa nak terer sangat. Ngaku aje la, hehehe. Semalam skodeng masakan2 ikan kt dapur Hana. Seronok baca corat coret dia pasal ikan fresh kt Jepun sane. Kami kt sini bukan selalu pn makan ikan, mahai. Tapi kalau kena time ada promosi tu, ok la harganya. Macam kali ni dapat la ikan trevally yang kecik sikit so harga pn ok la. Kalau tak selalunya besar gabak. Buat apa la banyak2 setakat kami bertiga. Ikan pn kalau simpan lama2 dah tak sedap.

Berbalik pada singgang tadi. Nak letak jugak ke resepi? Setakat masak rebus camni sape2 pun boleh masak. Tapi tak pe la, sebab tengah rajin kan...hehehe. Mesti ada yang konfius kenapa aku letak lada hitam dalam singgang. Kalau tahu dek mak aku ni mesti dia cakap mana la aku belajar masak singgang macam ni, keh keh keh. Alkisahnya aku dapat style ni dari kawan aku yang mak dia merupakan tukang masak orang kenduri-kendara. Dia cakap mak dia masak macam tu. Dan aku pun tau mak dia masak sedap. So, aku pun try la. Ntah apa beza aku tak tau tapi aku rasa macam sedap jugak. Layan aje la....hehehe..

Bahan-bahan

• Seekor ikan trevally (ikut kesukaan anda)
• 2 ulas bawang merah - aku takde bawang merah, so gantikan dgn sehiris bawang besar
• 1 ulas bawang putih - belah dua
• 1 inci kunyit hidup - hiris
• 1/2 inci lengkuas - hiris
• 1 keping asam keping/gelugor
• 10 biji lada hitam (optional)
• Beberaa biji cili padi - (optional)
• Air secukupnya
• Garam secukupnya

Cara-cara

1. Bersihkan ikan.
2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk.
3. Tunggu sehingga ikan masak. Tutp api dan boleh dihidangkan.

STRAWBERRY LOUISE TARTS

Tart kegemaranku..

ini dah bukan nama strawberry louise tarts dah...dh jadi nutella tarts


Tart ini antara pencuci mulut yang paling aku suka. Sebabnya sedap & mudah dibuat. Resepi dalam iklan tv Foodinaminute jer. Tapi kalau buat tart ni terpaksa la ada dua versi. Sebabnya cik abe tak suka apa-apa food yang ada kelapa. So, biasanya inti tetap sama cuma kat atas tu aje aku tukarkan, cover dengan lebihan pastri. Untuk kali ni cik abe nak filling nutella so, apa susah... cedok aje la nutella....hehehe... Untuk resepi asal & menyaksikan video iklan membuat tart ini sila rujuk di sini

Bahan-bahan (12 biji)

• 75 gram butter (lembut/suhu bilik)
• 1/4 cawan gula kastor
• 2 biji telur (diasingkan putih & kuning)
• 1 cawan tepung gandum
• 1 tsp baking powder
• 1/2 cawan Rose's Strawberry Conserve (aku guna aje apa2 jem yang ada kt rumah)
• 1 tbsp gula
• 1/4 cawan kelapa

Cara-cara

1. Panaskan oven 180°C . Griskan tin/tray muffin dengan butter. Aku guna bake cup so tak perlu lg gris.
2. Pukul butter dan gula sehingga kembang dan berkrim. Kemudian masukkan kuning telur satu persatu.
3. Masukkan tepung gandum dan baking powder yang telah diayak bersama. Gaul sehingga menjadi doh yang lembut. Sekiranya doh terlalu lembut, bungkus dgn plastik & masukkan ke dalam peti sejuk selama 20 minit.
4. Canai doh dengan meletakkan doh di antara 2 helai baking paper. Potong doh kepada 12 bahagian (base) dengan bulatan berukuran 6-7 cm. Letakkan base ke dalam tin/tray muffin yang telah disediakan tadi.
5. Masukkan jem atau filling kesukaan ke dalam base tadi.
6. Untuk meringue; pukul putih telur dan gula sehingga kembang mcm buat kek chiffon tu. Kalau diterbalikkan tak akan jatuh. Masukkan kelapa. Kacau perlahan sehingga rata.
7. Masukkan ke atas base yang telah berisi jem tadi.
8. Bakar selama 12-15 minit sehingga perang. Setelah masak, biarkan seketika di dalam tin muffin sebelum disejukkan di redai.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...