Dermags Kulai

Dermags Kulai
R&D Skincare

Monday, April 11, 2011

1st time angkut award dan tag...

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua,

Ni first time tau dapat awards dan kena tag. Mula2 dulu tak berapa faham sangat apakebendanya kan tp bila dh tgk sane sini baru la faham. klu tag gambar dlm fesbuk tu reti sangat la kan...hak hak hak...


ni gambo frame dengan bunga rose ni daripada K.Hana (mek jepong yg dah balik malaya tu..hik hik hik). munge ros ni k.hana tujukan khas untuk peminat2 dia sempena birthday ke-2 hanamemories. ampuuuuun k.hana, dh lama tu akak suruh ambik dan dh lama saya ckp dh ambik...tp baru nak gantung kt sini....huhuhu...apa2 pun tenkiu k.hana...memang mesra peminat gitu. klu jd selebriti harussss menang selebriti fofular sbb rajin layan peminat kan....hik hik hik...








5 awards kt atas ni pulak dapat dari Love. Mekaseh Love ingat kt i. Love u! Lepas tu tengok kt blog Izah dapat lagi. Izah pun angkut dr Love jgk tp dia cuma angkut dua jer.....hahaha...aku tamak angkut semua. Tak pe, Izah mmg selalu dpt awards. aku baru pes time...sian...sian... maklum la blog suam2 kuku....hehehehe... walau bagaimana pun terima kasih izah sbb sudi listkan akak kt situ. Kemudian jalan2 lagi... dpt lg award yg sama dari Hasue. Katanya dia awardkan antaranya kepada sesiapa yg ada kt tepi tetingkap dapurnya tu. Hehehehe...scroll2...tak sangka ada jugak tersenarai blog aku ni. Terima Kasih yer Hasue. Owh, tidak lupa jgk kepada Mas yg awardkan kpd semua rakan2 blogger.

Ok, sekarang citer pasal tag pulak. Tag ni dpt dari Mamawana awal tahun baru2 ni tp x sempat nk buat. Tambah2 masa awal tahun ada mcm2 dugaan dan dgn tak x sihatnya (alasan...hehehe).
Berkenaan tag ni....

"Once you have been tagged,you are suppose to write a note, with 25 random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated."

alamak...banyak jgk tu...came ni...tak tau la nak citer apa pasal diri sendiri...tak reti tp sbg tak menghampakan org yg meng-tag-kan saya, saya tulis la serba sedikit, ok.

  1. surirumah sepenuh masa
  2. ada anak sorang
  3. skrg ktt auckland, new zealand.....ikut suami sambung belajar
  4. suka berinternet.....hehehe
  5. suka berkawan....berkawan biar seribu, berkasih biar satu! ahaks!
  6. tak suka konfrantasi atau selisih faham. klu berlaku, lebih suka berdiam diri atau mengalah asalkan hubungan silaturahim dpt diteruskan dan berjalan dgn baik. tp jgn ambik kesempatan pulak.
  7. hobi? tak payah tanya la....sedia maklom...hahaha... memasak dan makan la...
  8. suka bergurau
  9. air yg paling suka minum, air masak.
  10. pendiam dgn org yg baru kenal tp mulut tak reti diam dgn org yg dh lama kenal...hik hik hik....
Alamak...mmg dah tak tau nk tulis apa lagi... hold dulu la...nanti sambung lagi....hehehe.

Sebenarnya kan, dulu aku ni tak suka pun berblog. Tp lepas tu selalu cuba resepi dan kawan2 mintak resepi. kemudian terfikir apa salahnya buat blog untuk sape2 kawan2 aku yg tanya resepi tu untuk refer.....atau lebih tepatnya aku malas nak emel atau search semula banyak2 kali kt dorang....hahahaha. Tapi bila dah ada blog rasa seronok pulak dapat kenal kawan2 baru. Klu blur nak masak apa, skodeng jer kt tetingkap tu kan...hehehe. Walau pun blog ni suam2 kuku tp itu tak menjadi masalah asalkan aku gembira dgn apa yg aku buat dan tidak menyalahi hukum Islam dan undang-undang negara.

ok, la...dah panjang ni...pasal awards di atas rasanya dah ramai dapat kan. nanti konpem pusing pi mai pi mai jgk. pasal tag rasanya bukan semua orang suka kena tag kan so, tak berani nk tag sebarangan. Tp, apa pun saya nak ucapkan terima kasih bagi sesape yg sudi jejakkan cursor anda ke blog suam2 kuku ni. Love to know you all!

Sunday, April 10, 2011

Wah! Akan ada MasterChef Malaysia!



Wah! wah! sungguh teruja program kegemaranku kini akan diadakan di Malaysia. Dulu penah jugak sembang-sembang dengan suami agak2 nanti program MasterChef ni ada tak kat Malaysia. Suami cakap konpem one day akan sampai kt Malaysia punya la. Lalu kami pun meng'imagine' kan chef wan menjadi juri dan komplen ala2 mulut lasernya itu hahahaha... Tp program MasterChef ni juri2nya takde la selazer mcm dlm Hell's Kitchen tu. Hatta semasa si Ramsay menjadi juri MasterChef US pun dia lebih bersopan santun (tp ada jgk la lazer seposen tu) berbanding dlm programnya sendiri yg byk sensored perkataan sane sini.

Rasanya ramai dah tahu kot apa rancangan MasterChef ni. Tp bagi yang tak tahu, program ni adalah program realiti tv untuk pertandingan masak2 la. Bila kita dengar masterchef tu mesti kita ingat yang program tu untuk orang yg dah master dlm masak2 kan mcm chef2. Tapi sebenarnya program ni sebenarnya untuk amatur. Tak kira la sama ada anda seorang pelajar, surirumah, guru, peguam, doktor, petani atau sape2 aje termasukla yg baru2 nak jd chef. Yang penting anda ada bakat terpendam dalam masak2 ni dan memang minat memasak. Klu anda langsung tak reti masak, konpem la kena tendang terus....wakakaka...dh nama pun program masak2.

Sepanjang yang aku tengok program MasterChef ni ada versi dari UK, US, OZ, dan NZ. Tak sure asal program ni dr mana, UK kot. Peserta akan dipilih melalui audition...kena masak la dan kemudian juri akan rasa. Kemudian ditapis sehingga la dpt bilangan yg dikehendaki untuk masuk tv. Juri ada 3 orang dan kekadang ada juri jemputan untuk tema masakan yg tertentu. Setiap minggu akan ada la tema masak apa, masakan cina ke, india ke, italy ke...dan macam2 la. Ada juga minggu yg masak ikut menu sendiri dan ada juga minggu yg masak ikut resepi yg disediakan oleh program tersebut. Tp yg syoknya rancangan ni, peserta diberi masa beberapa minit untuk memilih bahan-bahan mentah dengan limit terhad. Klu juri kata cuma ambik 13 item sahaja so, jgn memandai nak ambik lebih. Nanti juri tu akan keluarkan barang yg lebih sesuka hati. Bayangkan klu dlm kepala otak dah plan nak masak nasik lemak, tetiba terambik lebih item then juri keluarkan santan. Camne korang nk msk nasik lemak? Hahahaha.....kt sini yg best nk tgk tu mcm mana peserta jd kelam kabut dan terpaksa tukar plan.

Lagi satu part yang best bila peserta di bawa ke restoren atau hotel dan dikehendaki untuk menyediakan masakan untuk tetamu yang ramai...maybe dlm 100 org camtu. Masa ni la part paling kelam kabut sebab peserta2 ni kan amatur, mana la penah ada pengalaman masak kt tempat2 camtu. Masa ni jugak peserta akan dibahagikan kepada kumpulan2 tertentu. Yes, untuk part2 tertentu ada minggu yg peserta dibahagikan ikut kumpulan tetapi kebanyakkannya adalah secara individual.


amacam? ada 'style' tak aku posing ngan apron MasterChef? Wakakakaka....ini la namanya edisi perasan tak hengat... :p


Hadiah? Agak2 apa lah hadiah MasterChef Malaysia yer? Klu kat New Zealand ni hadiahnya memang best, dapat kereta, dapat 1 tahun groceries supply dr pasaraya yg jd sponsor rancangan tersebut, dapat peralatan memasak berjenama, dan paling syok dapat dapur & oven yang canggih gitu from Fisher & Paykel! Tak berkelip mata aku tengok stove yang canggih itu! Hahahaha....sabo jer la....

So, kepada rakan2 blogger terutamanya blogger masak2 ni. Kalau anda memang sangat minat masak, apa salahnya mencuba bakat kan. Kekadang tuah tak siapa yang menyangka kan. Macam 1st version MasterChef NZ ni pemenang nya adalah cikgu (lelaki) sekolah rendah. Siapa sangka kan, dari minat masak2 untuk keluarga akhirnya bergelar MasterChef gitu!

P/s: Sesapa yg berminat boleh download borang MasterChef Malaysia. Tarikh tutup penyertaan pada 18 April 2011. Anda juga boleh like Facebook MasterChef Malaysia.

Thursday, April 07, 2011

SERI MUKA PISANG



Faqihah duk tgk cd Dora. Si Dora plak duk nyanyi2...banana...banana..terus tetiba teringat ada 2 biji pisang yg xde sape makan. Sebab duduknya tersorok, klu tak konpem dh selamat dah pisang tu. Kemudian fikir2 nak buat apa dengan pisang 2 bijik ni. Nak buat kek atau muffin x plak rasa nk mkn sbb baru jer mkn kek 1-2 hari lepas. Kemudian selongkar2 dapur izah terjumpa la resepi ni. Nampak cam menarik. Tak pe la, itu hari si izah buat serimuka durian...tak dapat durian kita ganti ajer la dengan pisang...hik hik hik. Emh, agak2 ada tak org nak buat serimuka stoberi ke, kiwi ke? adessss....mcm2 la aku ni...

Maka lenyek la pisang 2 biji tu. Nasib baik dapat la 1 cawan so, lepas la untuk buat setengah adunan. Elok jer siap kukus serimuka ni tetiba bunyi sms. Owh, dpt text dari K.Ema, katanya nak datang rumah. Hahahaha...k.ema ni mcm tau2 jer aku baru sudah kukus kuih. K.Ema ni dulu jiran aku tp dh tamat dh studynya dan dh kembali berkhidmat di UIA. Skrg k.ema dtg oklen untuk menghadapi viva voce....alaaa..mcm exam lisan gitu/interview (betul kan?). Dan telah pun selamat dengan jayanya. Tahniah K.Ema. Sekarang telah bergelar Dr. Norsaremah. Tp doktor ni tak bleh bukak klinik....wakakakaka... btw Tahniah jugak kepada Dr. Akmalia dan Dr. Noor Aishikin yg dah berjaya menjalani viva voce bbrp minggu lepas. Waaah, syoknya mengira gelaran orang. Harap suamiku dan rakan2 yg lain pun berjaya seperti mereka juga nanti. InsyaAllah. Ameen.

Berbalik pada kuih ni. K.ema kata sedap sangat. Hahaha....dia x tipu tau. Memang sedap. Dulu k.ema ni mmg selalu la menjadi mangsa hasil eksperimen aku cuba resepi2 baru. Rindu la tu pd kuih-muih aku...wakakaka... Tapi betul ni, sedap kuih ni, masa kukus tu harum jer bau santan dan pisang tu. Next time nak buat lagi la. Tp bahagian bawah tu aku tak letak pewarna, baru sedar pewarna kuning kt rumah dh habes. So, pucat skit la yg bahagian bawah tu.. Ok, x payah cakap byk, jom tgk resepi. Resepi dari myresipi tp skodeng kt dapur izah.



Sumber Asal: Hasiah63 MyResipi
Sumber : Izah

Bahan-bahan

( BAWAH ):-
  • 1 cawan tepung beras
  • 2 cawan santan
  • 2 cawan pisang yang dilenyek
  • 1/2 cawan gula
  • 2 sudu tepung kastard
( ATAS ):-
  • 60 gm tepung gandum
  • 100 gm gula
  • 250 gm santan
  • 50 gm jus pandan
  • 1/2 sudu besar tepung jagung
  • 2 biji telur
  • Sedikit garam
  • Sedikit pewarna hijau

Cara-cara
  1. ( BAWAH ) - Satukan semua bahan di atas, kacau sebati.
  2. Kukus selama 20minit atau hingga masak.
  3. ( ATAS ) - Kacau telur bersama gula, kemudian masukkan pula bahan-bahan selebihnya.
  4. Kacau sebati, tapiskan.
  5. Tuang ke atas bahagian bawah tadi, kukus lagi selama 20minit atau hingga masak.
  6. ( UNTUK BAHAGIAN BAWAH, SAYA MASUKKAN SEDIKIT PEWARNA KUNING SUPAYA WARNANYA TIDAK KELIHATAN PUCAT. )


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...