Dermags Kulai

Dermags Kulai
R&D Skincare

Friday, May 06, 2011

NASI DAGANG



Sebelum terlupa baik aku masukkan entry nasik dagang ni. Aku buat minggu lepas...hari apa dah lupa. Memang niat asal beli ikan nak buat nasik dagang ni. Lepas tu pending sebab tekak plak sakit. Camne nak makan nasik dagang, nak tenyeh2 cili padi tu kalau tekak dah perit2 kan. Bila tekak dh ok sket, aku pegi buat nasi lemak la plak ikan tu. Orang terengganu makan nasik lemak lauk ikan tau. Kuat makang ikang sungguh! Muahahahaha... Nasib baik ikan tu besar skit so ada la baki lagi, dan campur plak dengan mackeral dalam tin. Boleh la..

Ni kira2 first time la aku buat nasik dagang betul2. Pernah la dulu try sekali buat tapi guna rice cooker dan gulai pun takde rempah khas. So, rasa tu memang ada kureng la. Kali ni Alhamdulillah rasa puas hati la kat tekak aku ni. Cuma part nasik tu ada ejas2 sket dari segi sukatan air sebab aku guna santan tin jer. So, xde sukatan yang tepat untuk air, cuma agak2 jer. Next time InsyaAllah akan catat sukatan yang tepat. Resepi gulai aku guna resepi dari K.Nor. Sebelum ni dah pernah try guna ayam kat sini.

NASI DAGANG

Nasi
  • 4 cawan beras jasmine
  • 1 cawan beras pulut
  • 1 tin (400 ml) santan
  • Garam
  • Gula
  • Bawang besar - hiris halus
  • Halia - hiris halus
  • 1 sudu besar halba
  • Air (1 - 1 1/4 cawan ; perlu cek semula)
Cara-cara
  1. Beras dan beras pulut disatukan. Cuci dan bersihkan. Rendam semalaman atau selama 8 jam.
  2. Alaskan pengukus (bahagian berlubang) dengan daun pisang dan cucuk2kan. Masukkan beras yang telah direndam dan kukus selama 5 minit.
  3. Ambik 1/2 tin santan dan dicampur dengan air untuk dijadikan santan cair dan campur sedikit garam.
  4. Keluarkan beras dari pengukus dan masukkan ke dalam bekas lain. Gaul bersama santan cair tadi. Sekira takut nasik terlembik boleh masukkan sebahagian santan dahulu dan sambung selepas kukus kali kedua (sebelum masukkan santan pekat).
  5. Masukkan kembali beras ke dalam pengukus dan kukus untuk kali ke-2 hinnga nasi masak.
  6. Angkat dan pindahkan sekali lagi ke dalam bekas. Semasa nasi masih panas, masukkan gula, santan pekat, bawang, halia dan halba. Gaul biar rata. Rasa masin dan manis nasi.
  7. Kalau menggunakan santan fresh, proses masak nasi telah selesai. Memandangkan saya menggunakan santan tin so, saya sambung kukus 5 minit lagi.




GULAI IKAN AYA@TONGKOL
(Gulai Nasi Kuning/Dagang)
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahab-bahan
  • 1 ekor ikan aya@tongkol - ina guna ikan trevally dan mackeral
  • 3kpg asam keping
  • sedikit garam
  • air secukupnya
Cara-cara
  1. Bersihkan ikan aya dan potong.
  2. Masukkan dalam periuk dan masukkan asam keping, garam dan air.
  3. Air hendaklah melebihi paras ikan.
  4. Masak dgn api sederhana sehingga air tinggal lebih kurang 1/4.
  5. Lagi lama ikan dimasak lagi sedap, isi ikan pun lebih pejal.

Bahan-bahan (Kuah)
  • 4 sudu besar cili mesin
  • 7 bj bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1in halia *
  • 1in lengkuas
  • 1in kunyit hidup * ( * diblend )
  • 3 sudu besar rempah gulai nasi dagang ~ boleh guna rempah cap bunga ros kalau tak ada rempah khas utk gulai nasi dagang
  • 2/3 cawan santan fresh/pekat
  • 4 cawan air
  • air asam jawa
  • sedikit belacan ~ optional
  • nisan/gula melaka
  • garam
  • sedikit gula
  • 7 - 9 bj cili padi
  • minyak

Bahan-bahan (penumis)
  • 1 btg kulit kayu manis
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 bj buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang
Cara-cara
  1. Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan bahan penumis.
  2. Biarkan hingga wangi dan masukkan cili mesin.
  3. Goreng hingga cili menjadi garing dan masukkan bahan2 yg diblend.
  4. Masak hingga sedikit kering dan masukkan rempah gulai.
  5. Masukkan 1/2 cawan air dan masak lagi hingga garing dan pecah minyak.
  6. Masukkan lebihan air dan masak hingga mendidih.
  7. Masukkan santan dan renihkan hingga kuah mendidih sambil sesekali mengacau.
  8. Masukkan air rebusan ikan, jus asam jawa, belacan, nisan/gula melaka, garam dan gula.
  9. Masak hingga kuah sedikit pekat dan masukkan ikan yg dah dimasak tadi.
  10. Renih lagi kuah hingga kepekatan yg disukai.
  11. Sekiranya kuah terlalu pekat dan tak pecah minyak bolehlah ditambah air panas dan masak semula hingga keluar minyak.
  12. Masukkan cili padi dan masak lagi sekejap dan baru lah dipadamkan api.
nota K.Nor:

* ikan aya lebih sedap direbus lebih awal dan dibiarkan supaya rasa masam2 tu meresap ke dalam isi ikan.
** kalau ada belimbing buluh, boleh lah diletak dlm gulai ni. nanti rasa gulai lagi sedap :)

nota Ina:

* orang kata beras memainkan peranan dalam nak memastikan nasi dagang jadi elok. So, sebagai catatan, di bawah adalah beras dan santan yang Ina gunakan.

Beras jasmin jenama SunRice





Santan ni lebih pekat berbanding santan Kara

8 comments:

  1. Salam Ina...

    Rajinnya adik kak cek wat nasi dagang...sedapnya....:)

    ReplyDelete
  2. kak ina...sedappnya nasi dagang...
    rajin akak membuatnya...
    mak mas pandai buat nasi dagang...
    teringat lak sedappnya nasi dagang mak tu...

    ReplyDelete
  3. wow,nasi dagang..ada ikan tongkol lagi..yummy!

    *slmt hr ibu :)

    ReplyDelete
  4. cik cek,
    nak makan sebab tu rajin sgt tu ber nasik dagang...hehehe


    Mas,
    bila dh menjadi, rasanya takde la susah sgt pun. mak mas org utara kan? pndai jgk buat nasik dagang yer. kelass gitu. bila plak anaknya nk try buat? hehehe...


    Del,
    totttt! bukan ikan tongkol.. hehe...mackerel dlm tin jer campur dgn fresh trevally. kawen campur gitu...tak kisah la janji ada rase... hihihi

    ReplyDelete
  5. Del; selamat hari ibu jugakkkk...

    ReplyDelete
  6. santan kara dah naik rega 1 dollor! nyampasss betoiii..huhuuhu

    ReplyDelete
  7. BERAS JASMINE TUE BLI KT MNE YG ADA JUAL YERRKK... BPE HENGGET TUEEEE....

    ReplyDelete
  8. kami ade menjula rempah cap bunga rose...rempah kerutup rempah dalca


    sila email pada saya afa_7881@yahoo.com atau add YM saya untuk keterangan lebih lanjut.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...