Dermags Kulai

Dermags Kulai
R&D Skincare

Tuesday, January 11, 2011

SALAM SEMUA!

Salam dan apa khabar semua? semoga sihat2 belaka yer. Dah sebulan tuan rumah ni membiarkan dapurnya tak berupdate. Dah bersawang agaknya, hehehe. Ni tuan rumah dh datang nk buang sawang & sapu apa yg patut, hehehe. Sebenarnya tuan rumah tak de la buzy pon. Ada la serba sedikit yg menyumbangkan kpd tidak ber-update-nyer blog ni. Campur skit faktor 'M', pastu ada skit gi jalan2, pastu masalah kesihatan skit. Tu yg sebulan tak berupdate. Semoga lepas ni bertambah sihat dan bertambah rajin la nk update blog.

Ok la, memandangkan dah lama tak update, kita cuci mata dulu dgn gambar2 kek yg aku buat sepnjang tempoh tak berupdate tu. Skrg kan, faham sgt la kan nape ada blogger masak2 ni yg marah2 bila gambar kena cilok. Yer la kan, nak masak satu hal, nak 'tangkap' gambar cantik2 satu hal, nak edit plak satu hal, nak masukkan dlm blog dgn segala karangan satu hal. Byk betul steps kan. Aku pn kekadang smpai kt step ambik gmbr jer pastu dtg faktor 'M', habissssss!!!Hahahaha... Di kalangan blogger masak2 ni ramai jgk wanita yg berkerjaya. Mmg salute-tabik spring la derang ni, dh penat2 balik keje boleh lg masak dan ber blog.

Byk plak membebel, jom layan gambar.


Kek ni jiran yg minta buatkan. Aku ni mmg tak terer langsung tp sbb suka buat so no hal la tp dgn syarat jiranku itu kena 'redha' jer la apa jua rupa yg bakal keluar, hahahaha....



kek coklat, resepi boleh tgk kt sini

ini plak kek masa birthday faqihah hujung tahun lepas. thn lepas byk date terlepas atas sbb2 tertentu dan tak sempat nak ber kek bagai. so, faqihah nyer birthday rajinkan diri jgk buat kek. konon2 nak tiru cam k.hana punya tp sbb 'keras tangan' punya pasal jd le rupa cenggini. kawan aku tanya nape spongebob aku rupe cenggini? aku jawab ler...ini spongebob versi 'ketor' (ketar) daaaaa.....hahaha...

Thursday, November 04, 2010

STRAWBERRY CHEESE TART



Sebenarnya bukan rajin pun nak buat tart ni tapi disebabkan hari tu beli stoberi mulah2 dah tu stoberi tu duk diam jer dlm peti s. Tak bleh jadi ni, bukan tahan lama sgt pun buah ni. 2-3 hari jer dh mula nak lebam2 dah. Hari tu dah feeling2 dah celup stoberi ni dlm cokelat. Tp tak kan la 3 kotak tu smua nak feeling lagu tu. Mau 'feeling' sakit perut plak nanti...kekekeke. So, cari2 resepi last2 berkenan tart ni kt blog kak wan. Cuma kt blog k.wan tu mcm2 buah yg ada, yg ni stoberi ajo la.

Tgh syok2 duk follow resepi k.wan tu tiba2 time nak buat filling tart ni baru sedar susu pekat takde dlm stok. Adeh la, camne la aku bleh feeling duk ingt masih ada setin lg susu pekat kt rumah. Rupa2nya dh guna la. Aisey, ini boleh menimbulkan panik ni. Last2 terpaksala aku tangkap feeling ngejas filling tart ni. Adeh, berapa byk feeling daaaaa....




Sumber : Tart Mini Buah-buahan (Resipicitarawan)

Bahan-bahan

Untuk Pastry Tart
  • 60gm gula ising
  • 250gm tepung gandum
  • 125gm mentega sejuk di potong dadu
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu besar air sejuk
  • 1/2 sudu teh esen vanila/esen badam

Cara-cara

  1. Satukan gula ising dan tepung gandum. Dengan menggunakan hujung jari, ramas mentega sejuk ke dalam adunan tepung sehingga menjadi serbuk roti.
  2. Masukkan kuning telur, esen vanila, gaul sebati di ikuti oleh air sejuk. Uli hingga menjadi doh yang lembut.
  3. Rehatkan selama 15-20 minit. Ambil sebesar ibu jari (atau lebih~ikut saiz acuan anda~) dan tekan ke dalam acuan tart mini. Trim lebihan dibahagian atasnya.
  4. Cucuk sedikit dengan garpu dan bakar selama 15 minit pada suhu 160C.
  5. Keluarkan dari oven dan sejukkan dahulu kulit tart.

Cheese Filling

  • 115gm cream cheese (suhu bilik) - saya guna 125 gram
  • 150gm susu pekat manis - saya guna 125 gram fresh cream + 75 gram gula icing
  • 1 sudu besar lemon jus - tak letak
  • 1 sudu kecil esen vanila - tak letak

Hiasan

  • Blueberry, Strawberry, Kiwi,Mandarin Orange,Lychee (di hiris kecil)
  • Coklat masakan cair secukupnya - jika suka - saya gantikan dgn strawberry filling/jem

Cara-cara

  1. Pukul cream cheese bersama susu pekat, lemon jus dan esen vanila hingga lembut dan tidak berketul. Masukkan ke dalam mangkuk, tutup dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk sehingga hendak di gunakan.
  2. Ambil kulit tart, sapukan sedikit dengan coklat cair dan sudukan 2 sudu kecil cheese filling kemudian atur buah-buahan di sukai di atasnya. ~ saya masukkan cheese filling dahulu kemudian baru masukkan strawberry filling~





Kalau tak nak cheese filling boleh gantikan dengan custard filling seperti di bawah.

Custard Filling

  • 130gm instant custard / kastard segera
  • 330ml susu segar
  1. Satukan semua bahan, whisk hingga rata dan tidak berketul, ambil kulit tart dan sudukan 2 sudu kecil custard filling, kemudian atur di atasnya dengan buah-buahan yang di sukai.

SOTONG SUMBAT BERLADA




SOTONG SUMBAT BERLADA

Sumber :Homekreation

Masa tgk resepi sotong ni kt blog Along mmg dah berkenan dah. Nampak sedap jer. Ni baru berkesempatan nak cuba. Tp terpaksa ejas skit sbb ada bahan yg tak cukup dan buat sekor sotong jer. Kebetulan takde stok udang so, gantikan dgn tuna sahaja untuk sumbat dlm sotong tu. Cili hijau pun takde. Susah benar nak jumpa cili besar kt sini. So, aku gantikan dgn buah tomato dan cili padi. Nak letak cili padi smua takut ter over pedas plak. Maka, kaler tu nampak merah jer la. Klu ada cili hijau mesti kaler lg cantik.

Ok la, layan resepi kt bawah, mintak halal yer Along nak copy paste kt sini. Mintak maaf yer terpaksa edit skit sbb keadaan tak mengizinkan nk tiru bulat2. Sape nak tgk versi asal yg lg meleleh air liur bleh klik link kt atas. Klu tgk resepi kt blog Along nak2 part seafood mmg tangkap leleh la kasi perut bekeroncong...hehehe...


Bahan-bahan

Untuk sumbat :
  • Tuna
  • 1 sudu kecil jintan halus
  • 1/2 sudu kecil jintan kasar
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk kari
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit

Cara-cara:

  1. Campur semua bahan dan sumbat ke dalam sotong
  2. Masukkan kepala sotong ke badan sotong dan cucuk dengan lidi.
  3. Bakar hingga masak.

Untuk Sos:

  • 1/2 biji tomato
  • beberapa biji cili padi
  • 1 batang serai
  • 1/2 batang bunga kantan
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 biji bawang putih
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

  1. Kisar semua bahan dengan sedikit air.
  2. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
  3. Masak sehingga semua rasa sebati dan siram sos ke atas sotong.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...