Followers

Tuesday, November 02, 2010

LAKSA PENANG



Perrhhh! Lama betul tak makan laksa. Sib baik ada laksa halal so apa lagi, terus la bikin laksa. First time buat ni tp laksa tu guna yg ready made ajor la kan. Resepi ni aku ambik dr MIL, hasil pemerhatianku masa mil masak dulu...., masa tu aku baru kawen. Keh keh keh, mmg lama giler dh tu. Sib baik ada catat sket. Tp klu x ingt dh pun apa susah, kt tenet ni mcm2 resepi boleh cari. Ketuk aje papan kekunci ni hah! ^_^. Baca sana sini org penang kata accessories laksa penang ni tak bubuh telur. Tp sbb aku dh biase makan dgn telur jd terpaksa la letak jgk. Jgn mare yer org penang ;-). Tenkiu jugak buat kawan2 yg bg mcm2 idea untuk nak mnyedapkan lg laksaku ini yg serba kekurangan... ;-) Alhamdulillah dpt makan dgn 'jayanya'...hehehe




Bahan-bahan
  • Laksa beras
  • 1 ekor ikan trevally (tanpa kepala)
  • 1/2 biji bawang besar
  • 5 sudu besar cili kering (rebus dan blend)
  • belacan ~ takde so, ganti dgn segenggam udang kering~
  • Segenggam daun kesum
  • 2 batang bunga kantan
  • Asam keping
  • Garam seckup rasa

Cara-cara

  1. Rendam laksa dalam air beberapa jam atau semalaman. Kemudian rebus dan toskan. Ketepikan.
  2. Untuk membuat kuah laksa: Ikan dibersihkan dan direbus bersama sedikit garam dan asam keping.
  3. Kemudian, ambik isi ikan yg telah direbus td, kisar bersama bawang besar dan belacan. Masukkan ke dalam periuk bersama air rebusan ikan tadi.
  4. Masukkan juga cili kering yg telah siap dikisar. Tambah air sekiranya air rebusan tidak tidak mencukupi. Masak atas api sederhana.
  5. Masukkan bunga kantan yg telah dibelah 2 atau 4 dan asam keping mengikut masam yg anda kehendaki.
  6. Apabila kuah mendidih, masukkan daun kesum dan garam secukupnya.
  7. Makan bersama ulam sperti daun salad, timun, bawang besar, cili padi/cili merah, nenas, daun pudina dan telur.




2 comments:

  1. laksa penang...teringin nak makan utk berbuka...tp nanti "lugarrrr"...kena cari jugak...hehehe

    ReplyDelete
  2. sedapnya...sy dh buat!!! thanks resepi

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...