Followers

Thursday, November 04, 2010

STRAWBERRY CHEESE TART



Sebenarnya bukan rajin pun nak buat tart ni tapi disebabkan hari tu beli stoberi mulah2 dah tu stoberi tu duk diam jer dlm peti s. Tak bleh jadi ni, bukan tahan lama sgt pun buah ni. 2-3 hari jer dh mula nak lebam2 dah. Hari tu dah feeling2 dah celup stoberi ni dlm cokelat. Tp tak kan la 3 kotak tu smua nak feeling lagu tu. Mau 'feeling' sakit perut plak nanti...kekekeke. So, cari2 resepi last2 berkenan tart ni kt blog kak wan. Cuma kt blog k.wan tu mcm2 buah yg ada, yg ni stoberi ajo la.

Tgh syok2 duk follow resepi k.wan tu tiba2 time nak buat filling tart ni baru sedar susu pekat takde dlm stok. Adeh la, camne la aku bleh feeling duk ingt masih ada setin lg susu pekat kt rumah. Rupa2nya dh guna la. Aisey, ini boleh menimbulkan panik ni. Last2 terpaksala aku tangkap feeling ngejas filling tart ni. Adeh, berapa byk feeling daaaaa....




Sumber : Tart Mini Buah-buahan (Resipicitarawan)

Bahan-bahan

Untuk Pastry Tart
  • 60gm gula ising
  • 250gm tepung gandum
  • 125gm mentega sejuk di potong dadu
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu besar air sejuk
  • 1/2 sudu teh esen vanila/esen badam

Cara-cara

  1. Satukan gula ising dan tepung gandum. Dengan menggunakan hujung jari, ramas mentega sejuk ke dalam adunan tepung sehingga menjadi serbuk roti.
  2. Masukkan kuning telur, esen vanila, gaul sebati di ikuti oleh air sejuk. Uli hingga menjadi doh yang lembut.
  3. Rehatkan selama 15-20 minit. Ambil sebesar ibu jari (atau lebih~ikut saiz acuan anda~) dan tekan ke dalam acuan tart mini. Trim lebihan dibahagian atasnya.
  4. Cucuk sedikit dengan garpu dan bakar selama 15 minit pada suhu 160C.
  5. Keluarkan dari oven dan sejukkan dahulu kulit tart.

Cheese Filling

  • 115gm cream cheese (suhu bilik) - saya guna 125 gram
  • 150gm susu pekat manis - saya guna 125 gram fresh cream + 75 gram gula icing
  • 1 sudu besar lemon jus - tak letak
  • 1 sudu kecil esen vanila - tak letak

Hiasan

  • Blueberry, Strawberry, Kiwi,Mandarin Orange,Lychee (di hiris kecil)
  • Coklat masakan cair secukupnya - jika suka - saya gantikan dgn strawberry filling/jem

Cara-cara

  1. Pukul cream cheese bersama susu pekat, lemon jus dan esen vanila hingga lembut dan tidak berketul. Masukkan ke dalam mangkuk, tutup dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk sehingga hendak di gunakan.
  2. Ambil kulit tart, sapukan sedikit dengan coklat cair dan sudukan 2 sudu kecil cheese filling kemudian atur buah-buahan di sukai di atasnya. ~ saya masukkan cheese filling dahulu kemudian baru masukkan strawberry filling~





Kalau tak nak cheese filling boleh gantikan dengan custard filling seperti di bawah.

Custard Filling

  • 130gm instant custard / kastard segera
  • 330ml susu segar
  1. Satukan semua bahan, whisk hingga rata dan tidak berketul, ambil kulit tart dan sudukan 2 sudu kecil custard filling, kemudian atur di atasnya dengan buah-buahan yang di sukai.

SOTONG SUMBAT BERLADA




SOTONG SUMBAT BERLADA

Sumber :Homekreation

Masa tgk resepi sotong ni kt blog Along mmg dah berkenan dah. Nampak sedap jer. Ni baru berkesempatan nak cuba. Tp terpaksa ejas skit sbb ada bahan yg tak cukup dan buat sekor sotong jer. Kebetulan takde stok udang so, gantikan dgn tuna sahaja untuk sumbat dlm sotong tu. Cili hijau pun takde. Susah benar nak jumpa cili besar kt sini. So, aku gantikan dgn buah tomato dan cili padi. Nak letak cili padi smua takut ter over pedas plak. Maka, kaler tu nampak merah jer la. Klu ada cili hijau mesti kaler lg cantik.

Ok la, layan resepi kt bawah, mintak halal yer Along nak copy paste kt sini. Mintak maaf yer terpaksa edit skit sbb keadaan tak mengizinkan nk tiru bulat2. Sape nak tgk versi asal yg lg meleleh air liur bleh klik link kt atas. Klu tgk resepi kt blog Along nak2 part seafood mmg tangkap leleh la kasi perut bekeroncong...hehehe...


Bahan-bahan

Untuk sumbat :
  • Tuna
  • 1 sudu kecil jintan halus
  • 1/2 sudu kecil jintan kasar
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk kari
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit

Cara-cara:

  1. Campur semua bahan dan sumbat ke dalam sotong
  2. Masukkan kepala sotong ke badan sotong dan cucuk dengan lidi.
  3. Bakar hingga masak.

Untuk Sos:

  • 1/2 biji tomato
  • beberapa biji cili padi
  • 1 batang serai
  • 1/2 batang bunga kantan
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 biji bawang putih
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

  1. Kisar semua bahan dengan sedikit air.
  2. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
  3. Masak sehingga semua rasa sebati dan siram sos ke atas sotong.

Tuesday, November 02, 2010

KARI KEPALA IKAN




Kepala ikan ni lebihan dr ikan yg buat laksa. Disebabkan ikan tu besar sikit so, potong siap2 asingkan untuk buat lauk. Maka terhasil la kari kepala ikan. Ni menu semalam yer. Sori la byk entry yg terlewat dlm sehari. Tuan umah duk layan feeling2...hahahaha. Minggu lepas kononnya ejen rumah nak dtg buat inspection maka bertungkus lumus la housekeeping sakan bagai nak rak. Berkilat smpai silau mata aku kerjakan dapur tu. Alih2 last minute ejen tu called ckp kansel appointment that day. Tunda ke hari senin plak. Aisey, jenuh makcik ni nak menten dapur, bilik air & living room kasi berkilau2 gitu. Hari yg sama jgk faqihah tlg sepahkan smua toys dia....hehehe. Sib baik jgk senin lepas ejen tu jadi datang dan dtgnya kejap jer. So, lepas tu barula senang hati nak masak2 dan update blog ^_^.

Layan kari kepala ikan yer. Tgk gambar dulu. Resepi insyaAllah klu rajin taip esok. Ini malam mata sudah mengantuk...hehehe.... Ni pun byk lg entry yg tak sempat update. Tp takpe, gambar spnjg masa fresh...takde basi2...hahaha


LAKSA PENANG



Perrhhh! Lama betul tak makan laksa. Sib baik ada laksa halal so apa lagi, terus la bikin laksa. First time buat ni tp laksa tu guna yg ready made ajor la kan. Resepi ni aku ambik dr MIL, hasil pemerhatianku masa mil masak dulu...., masa tu aku baru kawen. Keh keh keh, mmg lama giler dh tu. Sib baik ada catat sket. Tp klu x ingt dh pun apa susah, kt tenet ni mcm2 resepi boleh cari. Ketuk aje papan kekunci ni hah! ^_^. Baca sana sini org penang kata accessories laksa penang ni tak bubuh telur. Tp sbb aku dh biase makan dgn telur jd terpaksa la letak jgk. Jgn mare yer org penang ;-). Tenkiu jugak buat kawan2 yg bg mcm2 idea untuk nak mnyedapkan lg laksaku ini yg serba kekurangan... ;-) Alhamdulillah dpt makan dgn 'jayanya'...hehehe




Bahan-bahan
  • Laksa beras
  • 1 ekor ikan trevally (tanpa kepala)
  • 1/2 biji bawang besar
  • 5 sudu besar cili kering (rebus dan blend)
  • belacan ~ takde so, ganti dgn segenggam udang kering~
  • Segenggam daun kesum
  • 2 batang bunga kantan
  • Asam keping
  • Garam seckup rasa

Cara-cara

  1. Rendam laksa dalam air beberapa jam atau semalaman. Kemudian rebus dan toskan. Ketepikan.
  2. Untuk membuat kuah laksa: Ikan dibersihkan dan direbus bersama sedikit garam dan asam keping.
  3. Kemudian, ambik isi ikan yg telah direbus td, kisar bersama bawang besar dan belacan. Masukkan ke dalam periuk bersama air rebusan ikan tadi.
  4. Masukkan juga cili kering yg telah siap dikisar. Tambah air sekiranya air rebusan tidak tidak mencukupi. Masak atas api sederhana.
  5. Masukkan bunga kantan yg telah dibelah 2 atau 4 dan asam keping mengikut masam yg anda kehendaki.
  6. Apabila kuah mendidih, masukkan daun kesum dan garam secukupnya.
  7. Makan bersama ulam sperti daun salad, timun, bawang besar, cili padi/cili merah, nenas, daun pudina dan telur.




Monday, November 01, 2010

MR. CRAB



Sabtu lepas ada org mengidam nak makan ketam. sib baik ada jumpa ketam...huhuhu... kalau tak, kempunan la. sib baik bkn mama faqihah yg teringin kan, klu x nanti x pasal kena gossip ibu mengandung plak. klu abah faqihah tak per, tarak gossip2...hahaha.

Ketam ni msk apa? ntah la...tak tau pn masak apa tp turutkan aje ciri2 yg disebutkan org 'mengidam' tu. Tumis bawang putih (tumbuk) ngan bawang besar (hiris) kemudian masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan dan cili padi yg dibelah dua dan sedikit air. Masak smpai pekat dan sebati. Taburkan dgn sedikit daun ketumbar. Siap!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...