Dermags Kulai

Dermags Kulai
R&D Skincare

Wednesday, August 10, 2011

BUTTERFLY CAKE



Assalamualaikum WTH dan salam sejahtera. Hurrmm...mcm lama jer kan tak update blog. Hehehe...memang lama pun, dah masuk beberapa purnama gitu. Biase la tahap kerajinan tu ada sikit down (sikit ke? cam banyak jer...kekeke). Bila kawan-kawan tanya nape tak hapdet tetiba rasa nak update la pulak. Haisshhh, macam2 kan.

Sebelum update tu sempat lagi tukar template segala mak nenek. Konon2 fefeeling semangat baru la, kui kui kui... (aku nk tengok jer lama mana semangat baru aku ni...kikiki). Tak pe2, kali ni bukan sekadar citer masak2, semua nak taram masuk dalam ni (tu pun bila kerajinan melanda. :p)

Ok la sebagai entry pembuka meh layan kek rama-rama. Baru buat semalam ni. Ada orang tu request nak makan kek ber icing lepas terawih. Hehehe... boleh tahan taste laling ai ni, ingatkan nak kuih2 tradisional gitu dalam bulan puasa ni. Alang-alang dh request tu, apa lagi boleh la aku buat eksperimen untuk butterfly cake ni kan. Tak guna acuan rama-rama pun. Sekadar kek yang bulat tp dipotong jd rupa sebegitu. Dan tak menggunakan banyak tip pun cuma tip bercorak 'star'. Kek kat dalam tu adalah kek coklat je. Dan bagi kawan2 kt facebook yang tanya resepi buttercream boleh check kt sini yer. Itu resepi yang aku jadikan rujukan tapi masih dalam proses mengubahsuai mengikut tekstur yang aku inginkan. So, nanti dah dapat resepi yang aku rasa dah ok, aku share yer. :)

close-up

lolipop sebagai mata rama-rama...hehe

8 comments:

  1. Blog looking fresh dear! Nice...hey we had the same background! I just changed it to white couple of days ago...hehe! :D

    Cantiknya kek!!! So creative...

    Selamat Berpuasa dear! :)

    ReplyDelete
  2. wah ada gak yang suka makan kek di bulan posa ni ya..memang tak heran pun.en somi akak tu pun sama..kejap2 tanya dlm peti ais takde apa nak makan ke?..itu lah soklan dia tiap kali balik dr terawih..hehe

    ReplyDelete
  3. @love,
    mekasih2. itu la, dh berapa kali tukar background tu tp last2 mmg suka kt kaler cerah2.

    kek tu hasil eksperimen melalui pemerhatian di internet...hehe.


    @kak anymz,
    itu la kak, request kek icing di bulan puasa. sib baik saya mmg suka deco2 dgn icing ni. boleh la buat asah skil kan. tapi saya x de la beriya pun nak makan, buat je yg suka hehehe.
    biasa la kan kak, org balik terawih mesti nak cari kuih buat kunyah2.

    ReplyDelete
  4. wahhh akhirnyer kak ina ku kembali berblogging!! yippiii!!

    kak ina mata rama2 tuh kiut giller.. lolipop lagi..
    n kek rama2 neh, mmg terbaekkkk arr!! chantek n curlastttt gitewww^^

    chantek-chantek!!

    p/s:errr tak nk buat kat ai sama ker utk my bufday nnt?hhihi

    ReplyDelete
  5. @Luna,

    itu mata rama-rama mintak incik haza belikan lepas terawih. smlm ckp kt dia, boleh belikan lolipop tak? (lawak eh, cam budak kecik mintak gula2). pastu dia cakap, awak nak buat mata rama2 eh? hahaha, pandaiiiii pun..

    owh, besday kamoo sudah hampir yer, boleh2...boleh buatkan, suh tok penghulu order dgn kami okeh... hihihihi....

    ReplyDelete
  6. Assalam ina, lamam tak dengar suara,
    salam ramadan buat ina & family ya..cantik kek buttefly ni ina..memang ada acuan butterfly gini ya..tak pernah akak jumpa..
    bila dah jumpa recipe buttercream yang sesuai pada ina, bolehlah share kat sini pula ya..

    ReplyDelete
  7. cantik lah star tu terbentuk elok jer...resepi butter cream ni x lembik ye? prob nak cari gula icing kat sini...yg byk powdered sugar...pernah guna tp lembik, susah nak bentuk...;(

    nampaknya kena tunggu balik mesia baru leh deko2 buter cream, senang nak cari bhn...Salam ramadhan ina.

    ReplyDelete
  8. @K.Ayu,
    Duk memerap kak, tu yang lama tak dengar sura tu...hehehe. Salam ramdhan jgk buat k.Ayu sekeluarga.

    Ha'ah, mmg ada acuan kek rama2 tp bentuk dia lain skit la, lebar skit. Tp xde dlm koleksi saya pun, hehe. yg ni saya main potong2 jer kek yg bulat tu. InsyaAllah nanti dah dapat resepi buttercream yang best saya akan share.



    @E-na,
    Buttercream ni tak lembik kalau kita tukar sukatan butter dan shortening tu. Setakat ni ok la. Tapi masih dalam proses mencuba lagi. Emh, powdered sugar tu camne plak? apa beza dgn icing sugar? tp tetap jugak halus kan?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...