![]() |
| Nasi ayam goreng |
Pejam celik dah masuk hari ke-7 kita berpuasa. Waah seminggu tu. Sekejap jer kan. Setakat ni aku masak jer kat rumah. Tak jejak lagi ke pasar Ramadhan. Entah la, tak ada dorongan lagi nak pergi. Tak seperti tahun lepas, bukan main lagi tak sabar-sabar nak membeli juadah kat pasar Ramadhan. Maklom la 3 tahun lebih tak jumpa. Tapi tahun ni, masak sendiri lebih menjadi keutamaan dan mendatangkan rasa puas hati. Lagi pun kita orang bukan makan banyak. Walau pun masak sikit jer tp tetap ada baki lagi kekadang tu. Masing-masing tak nak over makan takut nanti pancit semasa terawih, hahaha.
Semalam kawan aku tanya pasal blog aku sebab nak cari resepi nasi ayam goreng. Tetiba datang pulak idea untuk aku masak nasi ni untuk iftar kemarin. Mr. Haza ni kalau datang cerewet dia boleh fonin jugak kepala nak masak apa. Tapi kalau tiba time 'mudah', memang sonang sangat keje. Contoh macam nasi ayam goreng ni. Dia tak nak lauk tambahan dah. Cukup jer nasi yg dah sedia dengan ayam tu dan salad, tapi dengan syarat wajib ada air asam. Sonang kan, hehehe.
Sebelum ni dah pernah post resepi nasi ayam goreng kat sini. Tapi kali ni menggunakan beras jasmin jer sebab takde stok basmati kat rumah. Kali ini juga aku menggunakan resepi air asam sendiri seperti di bawah.
Bahan-bahan
Untuk Nasi
- 3 cawan beras basmathi-cuci toskan
- 1 sudu makan rempah kari
- 1 inci halia-tumbuk kasar
- 4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
- 2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
- 1/2 labu bawang besar-potong dadu
- 2 inci kulit kayu manis
- 2 biji buah pelaga
- 3 kuntum bunga lawang
- 1/2 cawan susu cair
- sedikit kiub ayam
- garam, lada hitam
- daun ketumbar @ daun kari
- 6 ketul drumstick@ 1/2 ekor ayam potong2
- 1sk Serbuk kunyit
- 1sb Serbuk kari
- Garam
Cara-cara
- Gaul ayam dengan serbuk kunyit, serbuk kari dan juga garam. Perap sebentar. Kemudian goreng hingga masak. Angkat dan toskan.
- Dalam periuk, panaskan minyak tumiskan bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk dan rempah kari hingga wangi.
- Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi.
- Tuangkan susu cair dan 3 cawan air (bergantung jenis beras basmathi).
- Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam serta kiub ayam.Masak nasi hingga masak.
Air Asam
- 1 biji cili merah
- 3-4 biji cili padi -hiris
- seketul belacan (2-3 cm)
- 1 sudu besar sos cili
- 2 sudu kecil pes asam jawa adabi
- 1/2 biji bawang besar - hiris nipis
- 1 biji tomato - hiris nipis
- 1 cawan air (bergantung pd kepekatan yg diingini)
- 1 buji limau kasturi
- garam gula secukup rasa
- Kisar cili merah, belacan dan gula (dalam1/2 sudu besar). Kalau rajin,boleh jer tumbuk. Masukkan ke dalam mangkuk.
- Satukan sos cili, pes asam jawa bersama air. Tuang ke dalam mangkuk tadi. Kacau sebati.
- Masukkan bawang, tomato, cili padi yg telah dihiris.
- Perahkan limau kasturi dan masukkan garam. Kacau sebati.







