
Wednesday, January 19, 2011
CHICKEN BALL & BUN GULA

NASI MINYAK HUJAN PANAS

Nasi minyak ni menu semalam so, semuanya sudah 'selamat' la. Semalam malas nak masukkan entry (cakap terang2 ni.....hehehe). Nama nasi minyak ni sesuai benar dengan cuaca kat oklen ni yg hujan panas tak tentu. Hari ni pun td elok jer panas ni tiba2 mendung dan angin bertiup kuat, sejuuuuukkk la jugak. Ini tengah summer ni. Tp kalau waktu panas terik tu memang betul2 panas la macam kt mesia. Cuma yg syoknya bila waktu panas ada angin bertiup. Alangkah nyamannya bila cuaca panas kemudian ada angin bertiup sejuk. Hehehe...syok la! Apartment kami lak dekat dengan laut, sambil feeling2 dgn cuaca boleh la layan burung-burung yang berterbangan dan bunyi kapal yg pong! pong! bunyinya..... hahahahaha..... banyak pulak merepek ni.... :p Ok, sila layan resepi di bawah! Aku cuma buat 2 pot beras jer.
- 4 cawan beras basmati
- 5 cawan air
- 2 kiub ayam
- 2 helai daun pandan
- pewarna merah, kuning dan hijau
Bahan Tumis
- 1/2 inci halia
- 2 ulas bawang putih
- 1/2 biji bawang besar
- 2 sudu besar minyak masak
- 1 sudu besar minyak sapi
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 3 kuntum bunga cengkih
- 3 biji buah pelaga
Bahan Hias
- bawang goreng
- kismis
Cara-cara
- Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
- Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang
- Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi
- Masukkan beras dan gaul rata.
- Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
- Masaklah nasi sehingga masak
- Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.
- Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka.

Tuesday, January 18, 2011
DONUT (TANPA TELUR)

Ok, berbalik pada cerita donut. Biasanya kalau buat donut aku suka guna resepi skyblue kt MyResipi. Sedap donut tu, makan kosong tanpa gula pun sedap. Tapi kali ni aku nak try resepi ni pulak sebab takde telur. Kiranya sesuai la kan untuk mereka yg tak boleh makan telur atau alergik dengan telur. Donut ni gebu dan padat, kiranya puas hati la buat. Tapi rasa memang tak sama dengan donut yg ada telur sebab donut bertelur (errkkk...betul ke ayat ni?) rasanya lemak2 skit.
Ok, layan resepi di bawah. Mintak halal yer pada tuan empunya resepi.

Sumber : Majalah RASA
Bahan-bahan
- 200gm tepung
- 20gm gula
- 20gm mentega - ina letak 10 gm butter & 10gm shortening
- 1 sudu teh yis kering
- 1/2 sudu teh garam
- 100ml susu segar - ina bancuh air dengan susu tepung sbb takde susu segar
- Gula kastor untuk gaul kan donut selepas goreng nanti.
Cara-cara
- Masukkan tepung,gula dan garam ke dalam mangkuk. Kacau rata.
- Kemudian buatkan lubang di tengah adunan dan masukkan susu dan yis kering. Kacau sedikit.
- Seterusnya masukkan pula mentega. Uli hingga sebati (uli dengan lemah lembut dan kalau boleh dalam 15 min)
- Setelah itu,buatkan bulat2 dan peram seketika hingga naik dalam 1 jam.
- Bila dah naik, bulatkan lagi sekali n buatkan lubang di tengah dan goreng dengan minyak yg panas dan api yg perlahan.
- Bila nampak kekuningan..angkat dan gaulkan dengan gula kastor tadi.
Note: Kalau guna breadmaker, masukkan semua bahan2 dalam BM dan tunggu hingga siap dan teruskan dgn step 5 tadi.
Monday, January 17, 2011
SPAGHETTI GORENG BASAH


Bahan-bahan
- 1 ulas bawang putih
- 1 sudu besar bawang kisar (bawang merah, putih, halia)
- 1/2 sudu kecil serbuk cili / cili boh
- Sedikit gula
- Isi ayam (nak lagi sedap, masukkan udang/sotong)
- Sos tiram
- Sos tomato
- Sos cili
- Kicap manis
- Sedikit serbuk belacan
- Air secukupnya
- 1 biji telur
- Spegeti secukupnya
- Garam secukup rasa
- Sayur - terpulang pd citarasa. ina letak kobis jer.
Cara-cara
- Tumis bawang putih hingga naik bau. Kemudian masukkan bawang kisar, tumis hingga bertukar warna.
- Masukkan serbuk cili yg telah dijadikan pes. Tumis hingga hilang bau maung cili.
- Masukkan sedikit gula kemudian masukkan isi ayam. Masukkan serbuk belacan.
- Masukkan sos tiram, sos tomato, sos cili dan kicap. Rasakan masam manis dan masin. Kemudian masukkan air secukupnya (ikut nak basah byk mana....hehehe)
- Masukkan telur dan pecahkan/kacau sedikit.
- Bila telur masak, masukkan spegeti. Kacau sebati, masukkan garam dan sayur. Siap!

note: jgn lupa semasa merebus spegeti tu tambahkan lebih sikit minyak supaya spegeti tidak cepat kembang ketika menghidang spegeti goreng basah ni. :)
Thursday, January 13, 2011
BUN SARDIN


Sumber :alma MyResipi
Bahan-bahan ( 12-16 biji )
- 180ml air
- 20g butter - ina letak 10g butter, 10g shortening-
- 1 sdk garam
- 1 sdb gula
- 330g tepung gandum
- 1 sdb susu tepung
- 1 sdk instant yeast - ina letak 2 sudu-
- 1/2 sudu kecil bread improver -tambahan, resepi asal tak letak-
Untuk inti
- 1 tin kecil sardin (sos sardin guna separuh sahaja, ikan dilenyek)
- 1/2 biji bwg besar cincang
- 1/2 sudu kecil serbuk cili
- sedikit perahan lemon atau air asam jawa
- note: kesemua bahan ini ditumis dan dimasak seketika hingga kering.
- ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
- Tuna (dlm tin) + 1-2sdb mayonis, gaul rata - resepi asal-
Untuk glaze & toppings
- 1 sdk susu segar
- 1/3 biji telur
- Sedikit sesame seeds (bijan)
- @ ina cuma guna kuning telur yg dicampur sedikit pewarna kuning
Cara-cara
- Masukkan kesemua bhn2, ikut susunan tu, ke dlm breadmaker. Ikut arahan breadmachine msg2 utk buat doh.
- Bila siap uli, bawa keluar doh dr breadmachine dan tumbuk-tumbukkan.
- Bentukkan bulat kecil (saiz ikut masing2), then leperkn. Sudukan sedikit inti tadi dan tutup rapat2. Letakkan atas bekas pembakar yg dah digriskan sedikit.
- Untuk toppings: Pecahkn sebiji telur, kacau then amik 1/3 aje (byk2 kang membazir lak sbb nk gunanye sket jer). Kemudian campurkn 1/3 telur td dgn susu segar & kacau. Then sapukan atas bun tadi, pastu taburkn sket bijan atas bun.
- Ulang buat sampai habis doh. Then rehatkan bun dlm 40-50min atau biar ia naik sekali ganda drpd saiz asal, kalau nk leh je tutup longgar bun td dgn cling film (tp saya xbuat2 pun…naik gak dgn jayanyer).
- Then bakar dlm preheated oven 190ºC selama 10-12min atau sampai atasnye golden.
Wednesday, January 12, 2011
CEK MEK MOLEK @ MEK COMEL



Sumber : Makyong MyResipi
Bahan-bahan ( 12-13 biji )
- 2 cawan ubi keledek(yg telah direbus dan dilecek)
- 1 cawan tepung gandum
- gula
- minyak untuk menggoreng
Cara-cara
- Gaulkan ubi dengan tepung sehingga jadi doh yang lembut
- Bahagikan kepada 12 bahagian. Buatkan bentuk bulat.
- Leperkan doh kecik tadi. Kemudian masukkan 1 sudu kecil gula- kalau tak mahu manis boleh kurangkan sukatannya.
- Tutup rapat-rapat supaya gula tak keluar semasa menggoreng. Buatlah bentuk seperti di dalam gambar ini.
- Panaskan minyak. Goreng dengan api sederhana sehingga masak/perang.
note: adunan memang sedikit lembik, klu tambah gandum kuih akan jd keras. Oleh itu letakkan sedikit minyak di tangan untuk mengelakkan doh melekat (di tanga) ketika membulatkan/ menggentel.
update: sori, td tersilap kopipes resepi.
Tuesday, January 11, 2011
KEK ALUNAN KASIH

Dan alkisahnya mmg terjadi pun! uwaaaa....tetiba camne tertepis tgn ni gedebuk jatuh 2 bijik telur. Aiseyyyy!!!! camne ni? Nak guna 4 biji jer atau nk belasah 1 biji telur yg dlm peti s? klu ikut pantang larang buat kek ni mana boleh mende sejuk dr peti s kan. Dlm duk fonin mikir, keluarkan dulu telur tu. Dan setelah dicampur tolak bahagi tambah aku belasah jer bubuh telur sejuk tu dan kemudian susu tu aku panaskan. nasib la labu, huhuhu.....
Kebetulan plak semalam ada majlis baca yassin MAPSA City. Ntah angin mane la dtg tetiba rajin plak nak buh icing kt atas kek yg aku buat ni. Tp buat simple jer sbb gula icing tinggal skit jer, pastu food colouring pn dh abes. Kuat benor main kaler....hehehe. Hari tu cik abe pegi kedai pesan kt dia belikan kaler tp jenama yg biase guna tu dh byk kaler yg habes so, dia belikan brand lain. Tp byk pulak ingredientsnya...tak sempat nk cek betul2 lg. Ok la, layan resepi di bawah.

Sumber : Izah
Bahan-bahan
- 5 Biji Telur
- 1 ½ cawan Planta atau (250g) - Kak Nor dan Mas letak 250g butter
- 2 ½ cawan tepung gandum (ayak sekali dgn baking powder)
- 2 cawan gula halus (boleh kurangkan..sy guna 1 ½ cwn je) -ina ikut resepi 2 cwn
- 1 sudu kecil baking powder
- ½ cwn susu cair**
- 1 sudu kecil esen vanilla (bole guna perasa lain juga)
- Sebuk koko (secukupnya)
- Pewarna ( ikut citarasa masing2..)
- sediakan tapis teh yg halus..untuk ayak serbuk koko.
Cara-cara
- Pukul planta@butter dan gula sampai kembang.
- Masukan telur satu persatu..pukul lagi sampai kembang
- Masukan esen vanilla dan susu cair…gaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit.
- Bahagikan dua bahagian..campurkan pewarna pink dan satu bhgn pwrna hijau.
- Griskan loyang dan tabur sikit tepung..masukan adunan pink..ratakan dlm loyang dan ayak *serbuk koko menutupi lapisan pertama…ayak nipis2 jer..
- Then masukan lapisan kedua..warna hijau..ratakan perlahan2.. (jgn smpai serbuk koko di lapisan pertama td terangkat). Ayak serbuk koko di atas lapisan kedua.
- Mcm tu lah seterusnya..smpai adunan abis.
- Bakar lebih kurang 45min..160 Degree ikut oven masing2.
SALAM SEMUA!
Ok la, memandangkan dah lama tak update, kita cuci mata dulu dgn gambar2 kek yg aku buat sepnjang tempoh tak berupdate tu. Skrg kan, faham sgt la kan nape ada blogger masak2 ni yg marah2 bila gambar kena cilok. Yer la kan, nak masak satu hal, nak 'tangkap' gambar cantik2 satu hal, nak edit plak satu hal, nak masukkan dlm blog dgn segala karangan satu hal. Byk betul steps kan. Aku pn kekadang smpai kt step ambik gmbr jer pastu dtg faktor 'M', habissssss!!!Hahahaha... Di kalangan blogger masak2 ni ramai jgk wanita yg berkerjaya. Mmg salute-tabik spring la derang ni, dh penat2 balik keje boleh lg masak dan ber blog.
Byk plak membebel, jom layan gambar.


kek coklat, resepi boleh tgk kt sini

ini plak kek masa birthday faqihah hujung tahun lepas. thn lepas byk date terlepas atas sbb2 tertentu dan tak sempat nak ber kek bagai. so, faqihah nyer birthday rajinkan diri jgk buat kek. konon2 nak tiru cam k.hana punya tp sbb 'keras tangan' punya pasal jd le rupa cenggini. kawan aku tanya nape spongebob aku rupe cenggini? aku jawab ler...ini spongebob versi 'ketor' (ketar) daaaaa.....hahaha...