
Setiap bulan kebiasaannya memang ada perjumpaan di kalangan ahli MAPSA City. Biasanya majlis baca yassin, solat dan potluck. Yer la kan..harap majlis macam ni la nak mengeratkan lg silaturahim. Kami kt sini bagi pelajar postgrad (atau lebih senang citer pelajar tua la...hehehe) dan keluarga mempunyai persatuan sendiri iaitu Malaysia Auckland Postgrad Student Association (MAPSA). So, tak bercampur la dengan pelajar undergrad yg adik2 tu. Maklum la klu nak buat aktiviti mana la nak sama citarasa orang muda dengan tua dewasa. Pelajar2 undergrad tu pun ada persatuan mereka sendiri.
Tapi walau pun begitu hubungan baik tetap seperti biasa. Macam kami ahli MAPSA City ni ada la jugak buat aktiviti bersama adik2 undergrad. Maklum la, mereka pun sama2 tinggal kt city. Untuk pengetahuan, sebenarnya MAPSA ni terbahagi kepada 3 qariah iaitu city, mount/suburb dan north shore. Sebab apa ada bahagian2 ni pulak adalah senang nak uruskan aktiviti2 kecil kt kawasan masing2. Dan setiap qariah ni akan ada penghulu masing2 yg telah diundi melalui pilihanraya MAPSA.
Kami orang2 kt city ni sedia maklum la, tinggal di apartment yg kecil, tak de keretaelaun tak cukup la...hehehe dan barang serba mahal. Tapi pilihan untuk tinggal di city ni terpaksa dibuat memandangkan dekat dengan universiti. Macam suamiku ni mmg setiap hari nak kena pegi ofis, klu tak nanti sv mesti mencari. Bagi mereka yg tinggal di mount pulak terpaksa la datang dgn bas untuk nak ke universiti. Nak buat camne la, dah universitinya dalam bandar. Klu datang dengan kereta alamaknya sedia duit ajer la bayar parking. Ok la, klu nak cerita pasal MAPSA dan kehidupan kt sini jawabnya sampai sudah la tak habes....hehehe. Meh layan gambar gathering MAPSA City semalam. Biasa kami buat indoor, tp kali ni buat kt park ala2 picninc memandangkan bilik untuk aktiviti international student yg biasa kami guna tu tgh renovate.
Kami orang2 kt city ni sedia maklum la, tinggal di apartment yg kecil, tak de kereta

